9 Perkembangan Bayi dan Keperluan Nutrisi Ibu Mengandung

By | 18 April 2016
perkembangan bayi dan keperluan nutrisi ibu mengandung

Baru-baru ini ada terbaca di laman web PAMA berkenaan 9 Perkembangan Bayi Dalam Kandungan yang tentu semua ibu ingin tahu. Yelah, kita sedang mengandung, tentu sekali kita ingin tahu apakah bayi dalam kandungan kita buat, dan bagaimanakah perkembangannya di dalam itu.

Di bawah adalah antara perkara penting yang saya ambil daripada PAMA.

9 Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

Sebelum itu, jemput tonton perjalanan 0-9 bulan bayi dalam kandungan dalam video di bawah.

1. Penglihatan

Kelopak matanya masih tertutup rapat, tetapi pada minggu ke-28, matanya tidak tertutup rapat lagi. Bayi mungkin melihat serta membuka dan menutup matanya.

2. Pendengaran

Bayi boleh mendengar suara anda dan sekiranya dia sedang tidur, dia boleh dibangunkan oleh bunyi muzik yang kuat. Dia mungkin menggemari beberapa jenis muzik dan menunjukkan kegemarannya melalui pergerakan. Dia akan melompat apabila terdengar bunyi yang mengejutkan.

3. Ekspresi Wajah

Bayi mengerutkan dahi, menjulingkan mata, mengerutkan bibir serta membuka dan menutup mulut.

4. Sistem Sokongan Hidup

Bayi dibekalkan dengan nutrien oleh plasenta serta dilindungi oleh cecair amnion hangat yang boleh ditukar setiap empat jam. Cecair ini mengawal suhu badan bayi serta melindunginya daripada jangkitan dan hantukan yang tiba-tiba.

5. Pergerakan

Bayi menendang dan menumbuk, dan ada kalanya membuat balik kuang. Bayi boleh menggenggam tangannnya.

6. Corak Tidur

Bayi tidur dan bangun secara tidak tetap. Bayi mungkin paling aktif ketika anda cuba hendak tidur.

7. Keperibadian

Bahagian otak yang melibatkan peribadi dan kecerdikan lebih kompleks apabila tiba bulan ketujuh. Oleh itu, peribadi bayi akan terbentuk tidak lama lagi.

8. Menghisap, Menelan Dan Bernafas

Bayi menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya lalu mengalirkan air itu keluar dari badan sebagai air kencing. Kadangkala bayi minum terlalu banyak cecair tersebut dan tersedu. Bayi membuat pergerakan bernafas dengan dadanya, berlatih untuk persediaan hidup di luar rahim.

9. Rasa

Tunas rasanya sedang terbentuk dan menjelang minggu ke-28, bayi dapat bertindak balas terhadap rasa manis, masam dan pahit.

Keperluan Pemakanan Sihat dan Suplemen Ibu Hamil

Bagi ibu hamil, selain pemakanan, doktor juga turut membekalkan beberapa suplemen yang perlu diambil oleh ibu hamil. Jika tidak cukup nutrisi, akibatnya boleh memberikan risiko kepada bayi yang dikandung.

Akibat Tidak Cukup Nutrisi Ibu Hamil

1. Bayi kurang berat badan

Jika seorang ibu hamil mengalami kekurangan pemakanan, maka bayi dalam kandungan turut akan mengalami kurang nutrisi. Dengan kata lain, nutrisi dan mineral amatlah penting untuk pertumbuhan seumur hidup.

Sekiranya ibu tidak cukup nutrisi, akibatnya, bayi akan menunjukkan tahap pertumbuhan dan berat badan yang rendah. Berat badan kurang daripada 1.5kg ketika dilahirkan akan merisikokan bayi ditahan di wad disebabkan masalah berat badan rendah.

Selain itu kurang pengambilan pemakanan semasa mengandung akan menyebabkan sistem imun yang rendah, berisiko menghidap penyakit akibat jangkitan.

2. Berpotensi anak dengan IQ rendah

Kesan malnutrisi pada ibu hamil akan memberikan kesan kesihatan kepada bayi di sepanjang hidupnya. Bayi yang mengalami masalah malnutrisi akan menyebabkannya mudah terdedah kepada jangkitan, bukan sahaja di awal kelahirannya, bahkan pada masa dewasan kehidupannya.

Selain itu terdapat kebarangkalian yang tinggi bayi akan mengalami  gangguan kognitif serta IQ yang rendah secara langsung berkaitan dengan gejala kekurangan gizi, terutama selama masa kehamilan.

3. Pertumbuhan terbantut pada kanak-kanak

Anak-anak yang dilahirkan dari ibu yang tidak cukup nutrisi ini lebih terdedah kepada pertumbuhan yang rendah, kurang koordinasi, penglihatan kabur, kesukaran untuk belajar, dan banyak penyakit lain. Anemia merupakan salah satu penyakit yang disebabkan kerana masalah malnutrisi, yang memberi kesan kepada beberapa wanita hamil di seluruh dunia. Hal ini juga meningkatkan risiko kematian ibu dan bayi semasa melahirkan. Kesan serius lain adalah kelahiran pra-matang, kesukaran bersalin, pendarahan selepas bersalin, dan cacat lahir.

4. Malnutrisi semasa proses menyusu

Selain kesan semasa kehamilan, dalam proses menyusu juga sangat penting pengambilan makanan berkhasiat dan suplemen. Ini kerana bayi yang menyusu ibu memerlukan gizi seimbang yang hanya didapatinya melalui susu ibu.

Saya pernah saksikan seorang bayi baru berusia 9 bulan dengan berat hanya 5.0 kg, bertarung nyawa hanya disebabkan masalah malnutrisi, di sebuah kotaraya Kuala Lumpur. Akhirnya anak ini kembali menemui penciptaNya selepas sebulan di tahan di ICU disebabkan masalah malnutrisi dan dehidrasi. Kita tidak mahu lagi kes seperti ini terjadi di kalangan kita. Anak-anak kita berhak untuk mendapat segala macam kesempurnaan yang ibubapanya mampu.

Nutrisi yang diperlukan Ibu Hamil

1. Asid Folik

Bayi dalam kandungan sangat memerlukan asid folik dalam jumlah banyak untuk pembentukan sel dan sistem saraf. Dalam tempoh trimester pertama janin akan memerlukan tambahan asid folik sebanyak 400 mikrogram setiap hari. Jika janin mengalami kekurangan asid folik, maka menjejaskan perkembangan janin dan boleh membuat janin dilahirkan dengan kelainan seperti mengalami anenchephaly (tanpa tempurung kepala), mengalami bibir sumbing dan mengalami spina bifida (keadaan di mana tulang belakang tidak bersambung). Asid folik boleh didapati pada buah-buahan, beras merah dan sayur-sayuran hijau.

BComplex membantu membekalkan asid folik yang sangat penting untuk bayi

BComplex membantu membekalkan asid folik yang sangat penting untuk bayi

Selain pemakanan, lengkapkan pengambilan asid folik anda dengan pengambilan vitamin B Complex. Vitamin B Complex daripada Shaklee mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang penting dan asid folik. Untuk ibu mengandung, vitamin B Complex membantu dari segi:

  • Dalam pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  • Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
  • Membekalkan asid folik yang sangat penting untuk mengelakkan kecacatan janin

2. Protein

Selain menjadi sumber bagi kalori dan zat, protein penting untuk pembinaan sel-sel badan. Protein diperlukan oleh ibu hamil dengan jumlah kira-kira 60 gram setiap harinya atau 10 gram lebih banyak daripada biasanya. Protein boleh didapatki dari kacang-kacangan, tempe, putih telur, daging dan tahu.

ESP membekalkan khasiat penting protein untuk pembinaan sel sihat bayi

ESP membekalkan khasiat penting protein untuk pembinaan sel sihat bayi

Untuk khasiat protein, cuba amalkan pengambilan ESP yang lengkap dengan 9 asid amino perlu untuk tubuh dan diperbuat daripada soya non GMO, tentulah selamat untuk anda. Bagi ibu hamil, ESP berfungsi untuk:

  • Memberikan tenaga kepada ibu hamil
  • Kulit bayi lebih halus, gebu dan cantik selepas dilahirkan
  • Membantu perkembangan sel-sel badan fetus
  • Meningkatkan sistem imun ibu
  • Membantu penyerapan vitamin yang lebih baik

3. Kalsium

Berfungsi dalam pertumbuhan dan pembentukan gigi dan tulang janin. Dengan ada kalsium yang cukup selama kehamilan, ibu hamil dapat terhindar dari penyakit osteoporosis. Kenapa hal ini boleh terjadi? Ini kerana jika ibu hamil tidak mempunyai kalsium yang cukup, maka janin akan mengambil khasiat kalsium dari tulang ibunya.

Kalsium dalam ostematrix cukup sebagai bekalan kalsium ibu mengandung

Kalsium dalam ostematrix cukup sebagai bekalan kalsium ibu mengandung

Susu dan produk tenusu lainnya merupakan sumber kalsium yang baik. Selain dari susu, kacang-kacangan dan sayuran hijau merupakan sumber kalsium yang baik juga.

Untuk mendapatkan khasiat susu yang optimum, ibu hamil boleh mengamalkan pengambilan Ostematrix. Mengapa Ostematrix baik untuk ibu hamil? Antaranya disebabkan:

  • Mengurangkan risiko kehilangan gigi pada usia muda
  • Mengurangkan risiko pre-aklampsia
  • Mengurangkan risiko menghidap osteoporosis
  • Mengurangkan komplikasi semasa bersalin
  • Menguatkan tulang ibu untuk menampung pertambahan berat janin secara fizikal
  • Membantu proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula selepas bersalin
  • Mengelakkan sembelit di kalangan ibu hamil

4. Vitamin A

Sangat bermanfaat bagi penyelenggaraan fungsi mata, pertumbuhan tulang dan kulit. Selain itu vitamin A juga berfungsi untuk meningkatkan sistem imun dan pertumbuhan janin.

5. Zat Besi

Berfungsi di dalam pembentukan darah terutama membentuk sel darah merah hemoglobin dan mengurangkan risiko ibu hamil mengalami anemia. Zat besi akan diperlukan pada saat kehamilan memasuki usia 20 minggu. Keperluan zat besi bagi ibu hamil adalah sebanyak 30 mg setiap hari. Zat besi boleh diperoleh pada hati, daging atau ikan.

Vitalea mengandungi vitamin dan mineral mencukupi untuk tumbesaran bayi dalam kandungan

Vitalea mengandungi vitamin dan mineral mencukupi untuk tumbesaran bayi dalam kandungan

Bagi keperluan vitamin A dan zat besi, hanya cukup dengan pengambilan Vitalea sahaja. Ini kerana Vitalea telah pun mengandungi lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Antaranya

  • Mengandungi beta carotene membantu meningkatkan sistem imun, daya penglihatan
  • Mengandungi kalsium, fosforus, vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Mengandungi vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah kepada ibu dan bayi
  • Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang

6. Vitamin C

Tubuh ibu hamil memerlukan vitamin C untuk menyerap zat besi. Selain itu vitamin C sangat baik untuk kesihatan gusi dan gigi. Fungsi lain dari vitamin C adalah meningkatkan sistem imun si ibu kerana vitamin C mengandungi banyak antioksidan.

Selain itu, vitamin C turut berperanan dalam penghasilan kolagen untuk pertumbuhan otot, tulang dan tulang rawan.

Vitamin C meningkatkan sistem imun ibu dan bayi

Vitamin C meningkatkan sistem imun ibu dan bayi

Dalam satu kajian yang dijalankan ke atas 2064 orang ibu hamil, mendapati ibu hamil yang mengamalkan pengambilan vitamin C daripada makanan dan makanan tambahan hanya sebanyak 24mg setiap hari, adalah 2x ganda berisiko menghadapi kelahiran pra matang berbanding ibu hamil yang mengambil vitamin C dengan 550mg setiap hari secara minima.

7. Vitamin D

Vitamin D membantu penyerapan kalsium dan pertumbuhan tulang bayi. Vitamin D boleh di dapat dari sumber makanan, susu, kuning telur atau hati ikan. Khasiat vitamin D telah terdapat di dalam Ostematrix dan ESP.

8. Minyak Ikan

Kandungan penting yang terdapat dalam minyak ikan adalah khasiat omega 3 yang penting untuk kesihatan dan perkembangan janin dan bayi. Omega 3 tidak boleh disintetis oleh tubuh menyebabkan kita hanya dapat memperolehnya dengan mengambil makanan atau makanan tambahan yang mengandungi omega 3 seperti minyak ikan.

Minyak ikan Omega Guard mengandungi khasiat terbaik untuk si manja anda

Minyak ikan Omega Guard mengandungi khasiat terbaik untuk si manja anda

Secara lebih spesifik, asid lemak Omega 3 umumnya mengandungi 2 bahagian yang paling bermanfaat bagi tubuh. Kedua-dua bahagian tersebut adalah EPA (eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kedua-dua bahagian omega 3 ini sangat diperlukan janin untuk tumbuh dan berkembang.

  • EPA diketahui dapat menyokong pertumbuhan dan prestasi jantung, sistem kekebalan tubuh, dan tindak balas keradangan
  • DHA dianggap sangat merangsang pertumbuhan fungsi otak, mata, dan sistem saraf pusat.

Untuk memperoleh bayi yang bijak, selain daripada mengambil asid folik, ibu hamil juga disyorkan untuk mengambil minyak ikan. Minyak ikan mengandungi EPA dan DHA yang dapat membantu pertumbuhan kognitif otak janin, selain juga bermanfaat untuk pertumbuhan organ-organ tubuh lainnya. Selain itu, terdapat kebaikan yang banyak minyak ikan untuk ibu dan bayi, antaranya:

  • Mengawal kenaikan berat badan si ibu
  • Mengurangkan risiko kelahiran pra matang
  • Mengurangkan gejala ekzema dan asthma pada bayi
  • Menguatkan sistem imun bayi

Untuk minyak ikan, cubalah amalkan pengambilan Omega Guard daripada Shaklee yang istimewa. Satu hidangan Omega Guard mengandungi 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

21 thoughts on “9 Perkembangan Bayi dan Keperluan Nutrisi Ibu Mengandung

    1. Raihanah Ahmad Post author

      masih ramai belum tahu kak, sekarang memanjangkan info supaya banyak kesedaran

      Reply
  1. nohas

    ibu yg sihat, In shaa Allah, bayi pun sihat…dah berusaha, kita berdoa & bertawakkal kpd Allah SWT..
    suka tengok bayi dlm rahim ibu…tenang sangat…

    Reply
  2. fidah shah

    Indahnya kalau ingat balik waktu mengandung…satu hubungan exclusive antara ibu dan anak..
    Setuju, perlu suplement dan vitamin yang mencukupi untuk kesihatan ibu dan anak
    fidah shah recently posted…Antara Salad Dan PecalMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      bestkan pregnant. masih ramai ibu tak ambil kisah bab pemakanan masa pregnant ni. artikel ini awareness untuk semua

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      haa BP, tanggungjawab pastikan nutrisi yang lengkap

      Reply
  3. saniahibrahim

    Walaupun dh pencen dari mengandung tapi baca artikel ni dapat tambah pengetahuan…
    Akak masa zaman mengandung dulu asid folik yang dibekalkan pihak hospital pasti akak makan,bila tau banyak khasiat nya.

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      saya dulu pun mmg ikut je cakap doktor ambil suplemen yang dia bekalkan, bila jumpa shaklee saya amalkan shaklee dengan pengetahuan doktor

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      nutrisi yg lengkap penting utk ibu dan bayi. kalau tak ambil shaklee pun, pastikan isteri amalkan pemakanan seimbang, berkhasiat dan suplemen

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge