Call nowWhatsapp

Virus #CoronaVirus Pada Tombol Pintu

Virus corona pada pintu

Update terbaru mengenai coronavirus #2019nCoV, saintis temui virus di tombol pintu rumah pesakit di China dan juga dalam najis pesakit 2019-nCoV ini di Amerika.

Virus #CoronaVirus Di Luar Badan Manusia

Ini satu penemuan yang menunjukkan virus 2019-nCoV ini boleh survive di luar badan manusia dan itu boleh jadi sumber jangkitan.

Ini juga menunjukkan virus ini boleh berjangkit melalui tangan yang tercemar dengan kuman yang ada dalam muntah dan najis.

Kita semua tahu, ada bermacam jenis virus yang boleh menyebabkan penyakit pada manusia.

Satu perkara tentang virus ini, sifatnya, ia kena ada dalam badan host untuk hidup (host boleh jadi manusia atau binatang). Bila duduk di luar host, ia mati atau hilang keupayaan untuk menyebabkan penyakit.

Kebanyakan virus yang menyebabkan selsema (pada manusia) boleh tahan lama di luar badan manusia, ada yang sampai > 7 hari.

Virus yang menyebabkan flu pula boleh tahan lebih kurang 24 jam di luar badan manusia. (berbeza ikut jenis virus).

Sesetengah kuman yang menyebabkan jangkitan saluran percernaan (muntah dan cirit birit). Ada kuman ni boleh survive lama di luar badan manusia.

Ada yang berhari-hari,
ada yang berminggu-minggu,
malahan ada yang sehingga 5 bulan!

Kuman tu tersebar luas semasa muntah atau cirit birit, malah ada yang boleh jadi aerosol, terapung dalam udara dan menjangkiti orang lain, tanpa ada direct contact dengan pesakit.

Itu yang pernah terjadi semasa SARS-COV, ada seorang pesakit ni kena cirit birit yang teruk, dan lepas tu ramai sangat orang sekeliling dia yang berjangkit kena SARS. (jangkitan melalui aerosal atau virus yang terapung di udara).

Jadi 2019-nCoV ni pula macam mana? Kita sedang dalam proses nak kenal lagi coronavirus yang baru ni.

Ada kemungkinan tak virus ni boleh tahan di luar badan manusia, di persekitaran kita?

Kalau boleh tahan, berapa lama?

Sehari?
Seminggu?
Sebulan?

Semua possible. Yang pasti kita belum tahu dan sedang taaruf lagi dengan 2019-nCoV ini.

Pencegahan Menggunakan Mask Berkesan?

Jadi selama ini ramai yang beri penekanan kepada pakai mask sebagai cara untuk elak jangkitan, tanpa sedar, virus 2019-nCoV ni boleh merebak melalui pelbagai cara lain seperti sentuh apa apa barang yang tercemar, berkongsi bilik air dengan pesakit, di mana virus tu terapung dalam udara di situ selepas muntah atau cirit birit.

Tangan yang tidak dibersihkan dengan kerap dan sempurna adalah sumber utama penularan penyakit!

Tangan yang tak bersih boleh terpegang makanan, jadi makanan pun jadi tercemar.

Tangan atau pakaian penjaga yang tercemar semasa bersihkan muntah anak-anak/orang sakit boleh sebarkan virus kepada orang lain.

Virus mungkin ada dalam makanan mentah yang tercemar dengan virus, yang tak masak sepenuhnya.

Jadi selain dari nak pakai mask, yang lebih utama ialah menjaga kebersihan, paling penting, basuh tangan

Basuhlah tangan menggunakan air dan sabun kerana kajian membuktikan basuh tangan dengan sabun dan air boleh menghilangkan kebanyakan virus.

Basuh tangan dengan air yang mengalir lebih baik dari menggunakan sanitizer, tetapi tak salah guna sanitizer jika air mengalir tidak ada. Kesannya tak sama macam guna air mengalir tetapi sekurang kurangnya bersihkan juga tangan dari kuman.

Sekarang saintis di China sedang test lagi jika virus ni boleh ada di common item macam handphone dan komputer. Mungkin sesekali elok kita swab juga hp kita ๐Ÿ˜‰. Bersihkan dari pelbagai virus yang ada di sekeliling kita.

Sumber :

https://www.nhs.uk/common-health-questions/infections/how-long-do-bacteria-and-viruses-live-outside-the-body/

https://www.cdc.gov/handwashing/when-how-handwashing.html

https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-02-01/coronavirus-lurking-in-feces-may-reveal-hidden-risk-of-spread

https://news.cgtn.com/news/2020-02-03/Coronavirus-detected-on-doorknob-in-S-China-s-Guangzhou-NMua1LcOWY/index.html

Bottom Line

Sebaiknya ambik langkah pencegahan. Pencegahan bukan sahaja dari sudut ambil suplemen, tapi jaga kebersihan dan pemakanan sekali.

Jemput lawati artikel saya berkenaan #coronavirus berikut:

Set Corona Virus Shaklee gabungan beberapa vitamin untuk imun booster
Set Corona Virus Shaklee gabungan beberapa vitamin untuk imun booster

Suplemen pun kalau mampu, belikanlah untuk anak-anak. Ini yang saya selalu buat. Saya kerja keras, saya sayang anak-anak, saya belikan suplemen untuk mereka disamping ambil langkah pencegahan yang lain.

Dan kita dah tau pun coronavirus 2019-nCoV ni pun sangat bahaya sehingga boleh sebabkan kematian, lebih baik kita mencegah.

Bagaimana Nak Beli Set CoronaVirus?

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk Beli Set CoronaVirus Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

11 thoughts on “Virus #CoronaVirus Pada Tombol Pintu

  1. Ezna says:

    Ye tak ye jugak tombol pintu, escalator, barang-barang yang dipegang oleh pesakit masa kat mall. Fikir2 balik macam nak dok rumah je time wabak ni kan?….

  2. Mahamahu says:

    Betul lah kita pun ada baca yang virus ini mampu bertahan dan hidup diluar tubuh badan manusia dalam tempoh lama. Kalau kita tersentuh tempat yang ada virus tu kita boleh terjangkit takutnya lagi bahaya dari penyakit lain hurmmmm….

  3. aliah says:

    kadang kadang kita tak perasan virus boleh merebak dari tombol pintu, kena sanitize tempat tempat pegang , so that bersih. Virus ni tak reda lagi takat ni, jaga diri semua, pakai mask, makan makanan sihat, minum air cukup. Semoga virus ini tak berleluasa teruk lagi, amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge