Hari ini sempena Hari Arafah bagi tahun 1444H, saya ingin kongsikan dengan anda satu ibrah yang saya dapat daripada penulisan seseorang di Facebook. Ianya tentang ibrah ibadah korban yang dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim AS
Kisah ini diambil daripada khutbah Hari Raya Haji Almarhum Prof Shahnon Ahmad pada tahun 1990 terdahulu. Sangat menginsafkan.
Khutbah Hari Raya 1990 Oleh Prof Shahnon Ahmad.
Saya ingat sangat tarikh 2 Julai 1990, sebab tarikh tu adalah Hari Raya Haji. Time tu saya sedang bercuti. Kuliah akan mula dalam seminggu dua lagi. Pagi raya tu macam biasa kami sefamili pergi solat di Masjid USM. Saya suka solat masjid USM. Biasanya khutbah kedua ada khutbah dalam Bahasa Inggeris. Pagi tu khatib ialah Al Marhum Prof Shahnon Ahmad. Beliau adalah Sasterawan Negara. Dia juga Pengarah Pusat Islam USM waktu tu. Bila Prof Shahnon berkhutbah bahasa dia indah. Susunan katanya tersusun. Ayat ayat dia menusuk. Glup glup masuk dalam hati. Inilah kali pertama air mata saya deras mengalir. Bukan saya seorang. Ramai orang bergenang air. Teknik bahasa storytelling Prof Shahnon memang luarbiasa. Kisah Nabi Ibrahim yang beliau naratifkan seolah berada di depan mata. Seolah saya sedang melihat layar yang tayang kisah ini. Ada satu petikan katanya yang saya ingat sampai sekarang. Saya rasakan tidak ada khatib yang mampu jelmakan naratif khutbah menusuk begitu. Prof Shahnon tidak guna teks. Hanya poin poin penting yang beliau catit. Macam mana saya tahu. Lepas solat saya hampiri Prof. Masa bersalam saya minta teks khutbah. Dia senyum. Dia tunjukkan kertas kecil. “Saya tulis poin saja. Tak dak teks.” Ayat yang terngiang tu yang Prof sebut. Saya catit maklumlah saya budak universiti waktu. Saya bawa buku nota “Suka atau tidak. Sedar atau tidak. Kisah kisah Ibrahim ini kisah kita. Kitalah Ibrahim. Ibrahim ada Ismail. Ismail bukan sekadar anak. Ismail adalah benda yang bertakhta dalam hati. Ismail kita berbeza beza. Ismail kita mungkin harta. Ismail kita mungkin jawatan. Ismail kita mungkin rumah dan kereta. Ismail kita mungkin keturunan kita. Mungkin ego kita. Ibrahim tidak disuruh bunuh Ismail. Bukan secara literal sembelih Ismail. Allah suruh Nabi Ibrahim bunuh rasa bermilik terhadap Ismail. Bunuh rasa mutlak memiliki. Bunuh rasa sayang pada dunia ini. Hakikatnya Ismail kita, Ismail Ibrahim adalah kepunyaan ALLAH.” Sidang jemaah sekalian. Raya korban ini bukan sekadar korbankan binatang. Bukan. Tapi korban rasa pemilikan pada benda picisan yang berdaki dalam diri insan. Rasai semua pemilikan adalah milik Tuhan” Masa tulis bait kata Prof Shahnon, menitis air mata saya. Betapa ibrah kehidupan yang Allah sampaikan kita selalu keciciran. Melihat dari sudut pandang yang berbeza. Tuan puan. Cuba semak. Apa Ismail kata?
Apakah “Ismail” kita?
Hanya kita sahaja yang tahu apakah “Ismail” kita ketika ini. It could be:
- duit
- our home
- our family
- our position and power
- our lifestyle
Saya ada tonton drama bersiri Nabi Yusof, sebuah drama yang dibuat oleh Iran. Pun memaparkan perkara “Ismail” yang sama.
Kita sedia maklum bagaimana Nabi Yaakub AS diuji dengan kehilangan anaknya Nabi Yusof, anak yang paling dikasihinya, buta matanya bertahun-tahun dan bermacam dugaan lagi yang baginda hadapi.
Dalam siri tersebut, ada satu scene “Nabi Yusof” sebut begini dihadapan isterinya, “ayahanda perlu sabar dan redha, aku anaknya yang paling dikasihinya namun aku juga adalah hak Allah. Ayahanda kena belajar melepaskan, baharulah ada kebaikan.” Begitulah lebih kurang.
Selepas pada “Nabi Yaakob” redho dan belajar tentang itu, baharulah Allah temukan semula baginda dengan Nabi Yusof AS.
Bila saya tengok siri tu, memang teringat yang Almarhum Prof Shahnon share ni.
Muhasabah Diri Kita
Korbankan rasa pemilikan pada benda picisan yang berdaki dalam diri insan. Rasai semua pemilikan adalah milik Tuhan. Redho, sabar dan lepaskan apa yang telah pergi.
Mungkin ada diantara kita sedang diuji, diuji dengan merudumnya bisnes yang dibina bertahun-tahun, hilang habis semua downline yang telah 10 tahun bersama? Ahli keluarga sakit / meninggal? Dan macam-macam bentuk ujian yang Allah hadirkan. Semua ujian adalah untuk memberitahu kita, semuanya milik Allah. Belajar sabar, redho dan let go secepatnya.
InsyaAllah ada kebaikan atau rahmat Allah bagi setiap ujian.

Tafsiran daripada Surah Al-Insyirah ayat 5-6:
- Setiap kesukaran pasti ada kemudahan.
- Allah SWT Maha Bijaksana mengatur kehidupan manusia.
- Maka sabar dan bersangka baiklah dengan Allah SWT.
Nabi Yusuf as sukar hidup selepas terpisah dengan bapa, dicampakkan ke dalam perigi, digoda wanita, masuk penjara namun kemanisan yang datang dan nikmat selepas itu ialah baginda AS menjadi menteri di Mesir.
MasyaAllah, moga Allah sentiasa memberikan kita panduan dan bimbingan.
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Untuk dapatkan Resvivix Shaklee, boleh klik link berikut
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline #resVvixchallenge #feelyoung #polyphenols #coolparents #myyouthfulpower
#shaklee #shakleemalaysia
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Certified Product Expert / Trainer
Shaklee Gombak
PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


