Call nowWhatsapp
Select Page

Keluarga saya planning trip Langkawi sejak bulan 9 tahun lalu. Masa tu kami memang tahu akan ada program Langkawi International Maritime & Airforce (LIMA) Exhibition tahun 2023. LIMA adalah anjuran Kementerian Pertahanan Malaysia, acara dianjurkan setiap 5 tahun.

Saya dan adik beradik memang antara yang selalu hadir acara LIMA sejak ia diperkenalkan tahun 1991 dan diadakan setiap 2 tahun sekali bertempat di Langkawi, Kedah.

Walaupun bukan setiap LIMA kami hadiri, tapi pernahlah beberapa kali join, dengan tahun pembukaan 1991 pun kami adik beradik antara yang menghadirinya. Macamana boleh hadir? Sebab Almarhum Ayahanda saya ketika itu ialah penjawat awam di Kementerian Pertahanan Malaysia. Jadi dapat join percuma. Seronok.

Saya dengan adik-adik no 5 dan 6 LIMA tahun 1993
Saya dengan adik-adik no 5 dan 6 LIMA tahun 1993

Mengenangkan seronoknya program LIMA ni, last year bila Hari Kemerdekaan 2022, tengok anak-anak pun excited tengok aeroshow, so pakat dengan adik beradik untuk join LIMA tahun ini 2023.

Apa lagi, bulan 9 tahun lalu lagi kami dah booking tiket. Settlekan semua urusan penginapan dan kenderaan di Langkawi. Alhamdulillah.

So since event pun this month, Mei 2023, its time for shopping!

Shopping Time for Langkawi Trip 2023

Awal tahun ni memang dah bagitau anak-anak siap-siap, since bajet ketat sikit bulan 3 dan 4 (sebab sekolah dan raya), maka baju raya beli 2 pasang seorang sahaja. Baju kebangsaan dan baju jalan 2 pasang. Eh 3 pasang lah.

Baju anak-anak memang dah lama tak beli baru. Ada la banyak bulan juga. Jadi cakap dengan anak-anak, kita shopping lepas raya, sekali harung untuk open house dan Trip Langkawi 2023.

So pilihan saya terjah ialah Uniqlo!

Jenguk-jenguk apps Uniqlo, banyak juga pilihan yang cantik dan selesa untuk cuaca masa sekarang. Sekarang musim panas kan, dan pilihan juga ada dan sesuai untuk acara Lima 2023.

Untuk masuk exhibition LIMA, ada requirements pemakaian. Pakaian mesti smart casual, terutama lelaki baju mesti ada kolar, seluar pulak mesti seluar slack sahaja. Jeans tak dibenarkan. Jadi kenalah beli at least 2 pasang, sebab 2 hari nak masuk exhibition.

Total lebih Rm600! Beli apa?

  • T-shirt collarless untuk sedondon 1 family besar (warna biru)
  • 1 T-shirt polo dan seluar slack untuk anak boy No 1
  • 2 pasang T-shirt polo dan 1 seluar slack untuk anak boy no 2
  • 2 pasang seluar untuk anak girl no 3 dan 4
  • 2 helai blaus untuk anak girl no 3 dan 4
  • Saya? Inner Airism lengan panjang sahaja. tu pun beli sebab nak pakai dengan T-shirt lengan pendek biru sedondon family. Hahah

Saya banyak dah beli baju baru, sebab tahun lalu 2022 ialah tahun saya travel. 2kali dapat travel tahun lalu 2022, iaitu umrah pada bulan September 2022 dan Trip Shaklee Switzerland pada bulan November 2022. So ada banyak pakaian yang boleh dipakai untuk trip Langkawi nanti.

Lagipun all this while pun saya pun banyak shopping untuk diri sendiri, sebab saya banyak event Shaklee yang saya hadiri. Setiap kali ada event, beli baju baru! Especially kalau kena ikut tema kumpulan.

Untuk raya pula saya dah beli kasut baru dan handbag baru raya. Hahah nanti saya share apa saya beli untuk raya hari tu.

Shopping di Uniqlo
Shopping di Uniqlo
Baju-baju Uniqlo berkualiti. Cuma harga sekarang memang tak murah cam dulu
Baju-baju Uniqlo berkualiti. Cuma harga sekarang memang tak murah cam dulu

Macam inilah saya bersedia. Lepas tu of coz la kan supplements terbaik Shaklee jangan lupa bawa! Biasanya untuk travel with kids ni saya bawa:

  • Hero Kiddo Gummy
  • Nutriferon
  • OmegaGuard
  • ResV
  • Protein powder: ESP dan Lifeshake Matcha
  • Lecithin – untuk burn fat!
  • Set skincare Youth
  • Ostenutrix
  • Vitamin C
  • Coqtrol Plus

Ya segala macam bawa juga, sebab paling penting masa travel ialah imuniti badan dan juga tenaga.

LIMA 2023 Langkawi, Here We go!

Kena doa ni hari-hari, mudah-mudahan Allah permudahkan event LIMA 2023 tu sendiri, mendatangkan banyak keuntungan kepada negara kita terutamanya.

Juga mudah-mudahan Allah lindungi semua, permudahkan urusan keluarga kami, jaga dan pelihara kami dan semua orang.

Oh ya, memang event LIMA 2023 ni bukan pada cuti sekolah tau. Jadi saya kena buat surat cuti sekolah untuk maklumkan pihak sekolah. Kira field triplah ni, aktviti luar kelas!

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. 

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679

Dengan menyertai team bisnes saya, 

Register sini

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)