Semalam tempoh Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan dengan tambahan sebanyak 14 hari lagi. Ia insyaAllah bakal berakhir pada 14 April 2020.
Ramai yang mula risau, gusar dan bersedih dengan situasi ini.
Allah suruh Sabar
Allah suruh sabar,
Al-Baqarah 2:153
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
Dalam ayat di atas Allah dah cabar kita.
Kamu ni berimankah atau tidak? Kalau beriman, maka sabar! Dan teruskan solat, jaga solat!
Dan Allah akan berikan bantuan.
Allah tak suruh kecam sana sini.
Kalau kata-kata Allah pun kita tidak mahu dengar cakap, cakap siapa lagi mahu didengar?
Jangan hairan bila Allah beratkan kerisauan di hati kita, sebab kita sendiri banyak hitung masalah dan tuding jari. Sesungguhnya itu kufur nikmat.
Inilah azab = risau risau risau tanpa henti
Ibrahim 14: 7
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
ALLAHU.. Ini lah jelaga, kekabutan, jerebu dalam hati kita.Yang nampak dengan nyata.
Inilah Ad-Dukhkhan, asap yang jelas nyata. Yang Allah sebut dalam:
Ad Dukhaan 44:10
“Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat).”
Berjelaganya hati kita dalam menilai sesuatu perkara. Berjerebunya iman kita sehingga tidak dapat menilai dengan nilaian Al-Quran.
ALLAHU Akbar.
Sungguh tanda-tanda kiamat itu kian mendekat. Masih belum bersedia untuk membawa bekal terbaik?
Ini bukan ujian pendapatan, ini bukan ujian kewangan, ini bukan ujian terkurungnya jasad. Tapi inilah ujian iman.
Pahala Syahid Dengan Bersabar dan Tawakal
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الطَّاعُونِ فَأَخْبَرَنِي أَنَّهُ عَذَابٌ يَبْعَثُهُ اللَّهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ وَأَنَّ اللَّهَ جَعَلَهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ لَيْسَ مِنْ أَحَدٍ يَقَعُ الطَّاعُونُ فَيَمْكُثُ فِي بَلَدِهِ صَابِرًا مُحْتَسِبًا يَعْلَمُ أَنَّهُ لَا يُصِيبُهُ إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ إِلَّا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ شَهِيدٍ.
Daripada ‘Aisyah RA, isteri Nabi SAW berkata; “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang penyakit ta’un lalu baginda menceritakan kepadaku bahawa penyakit itu adalah sejenis siksaan yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan sesungguhnya Allah menjadikan hal itu sebagai rahmat bagi orang yang beriman. Seseorang yang ketika berjangkit penyakit itu, tetap dalam negerinya dengan sabar dan tulus kerana Allah, yakin bahawa tidak akan mengenainya selain apa yang telah ditentukan Allah baginya, maka untuk orang itu pahala seperti pahala orang yang mati syahid”. (HR Bukhari No: 3474) Status: Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah.
2. Apa jua musibah seperti penyakit yang menular ke sesuatu tempat adalah suatu siksaan yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki.
3. Sesungguhnya musibah dan penyakit bagi orang mukmin adalah rahmah kerana ia menjadikan kita sentiasa sentiasa mendekatkan diri dengan Allah, sentiasa bermunajat dan berdoa serta melatih diri untuk bersabar diatas kepayahan dan kesulitan.
4. Bagi orang beriman, kita sentiasa yakin terhadap qada dan qadar yang telah ditentukan Allah. Kita yakin bahawa penyakit seperti Covid 19 tidak akan mengenai kita selain apa yang telah ditentukan Allah. Namun usaha dan ikhtiar perlu dilakukan antaranya usaha pencegahan dengan kuarantin di rumah dan menjaga kebersihan diri.
5. Pahala mati syahid bagi orang beriman yang sabar dan tulus kerana Allah. Oleh itu terus kekal di rumah semasa penularan wabak penyakit dalam tempoh perintah kawalan pergerakan oleh pihak berkuasa.
Bottom Line
Seronok bisnes Shaklee ni. Selama 9 tahun ini saya enjoy juga buat bisnes ni. Mungkin bagi sesetengah orang mungkin rasa lambat dengan Shaklee ni tapi bak kata pepatah, If you wanna go far, go together!
Bagi saya sendiri, saya memilih bisnes Shaklee atas sebab yang saya tuliskan di atas. Jutawan pun sangat ramai dalam Shaklee, dan saya insyaAllah salah seorang daripadanya.
Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:
- Bagaimana Bisnes Shaklee Mengubah Hidup Saya
- Bisnes Shaklee Untuk Orang Muda Jana Income Lebat
- Peluang Bisnes Shaklee Dengan Income Unlimited: 3C
- Kisah Kejayaan Yang Menusuk Kalbu Dengan Bisnes Shaklee
- Cara Bisnes Shaklee Sampai Berjaya
- Gabungan 10 Orang Masters Antara Kelebihan #TeamJutawan
- 3 Penjuru Income Dengan #JomDetoxJutawan
- Cara Berniaga Gaya Jutawan
- Nak kaya? Panduan Dari Al-Quran
- Definisi Kaya Menurut Islam
- Lepasi 3 Peringkat Ujian Ini Jika Mahu Berjaya
- Tawakal Seumpama Burung Terbang Pagi
- Sabar Formula Quantum effort
- Taqwa Perkara Pertama Quantum Effort
- Tips Untuk Kaya: Present Moment
- Solat Sebagai Salah Satu Amalan Quantum Effort
- 7 Nasihat Padu Dari Businessman Yang Buat Jualan 500 Juta Setahun
- Bersyukur Salah Satu Amalan Quantum Effort
Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!
Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah
Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak



Betul, kita semua sedang di uji sekarang. Moga kita semua sabar dengan ujian ni. Moga dipermudahkan jugak frontline aamiin
Yaa sangat-sangat kena sabar dab positif..kalau tak stress memang naiklah darah Sis ni haa..kita doa aje bebanyak moga semuanya cepat berakhir..
Sis Lin recently posted…BANNER DAN WATERMARK AKU DARI SUNAH SAKURA
Semoga kita sentiasa bersabar dengan ujian Allah. Moga rakyat Malaysia membantu menangani kes penularan wabak ini, dengan #stayathome
Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan Allah mahu setiap orang bersabar dan beefijir apa langkah yg baik seterusnya.. yg nak join Shaklee silakan..
Yup. Moga semua akan bersabar dengan Covid-19, lagi-lagi MCO dah bertambah sampai 19 April kan. Yang penting, #StayAtHome
Insha Allah kalau kita bersabar dan terus ikur arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan kita akan berjaya untuk bendung wabak ini tapi kena lah patuh arahan dan jangan berdegil. #StayAtHome semua ok kita mampu melawannya..
Mahamahu recently posted…Swiss Garden Hotel & Residence Genting Highlands Percutian Yang Giler Seronok
Ya betul kita kene bersabar dan sentiasa bersikap positif utk tangani masalah covid ni. Insya Allah kalau kita ikut arahan gov kita mampu lawan covid ni 🙂
ienaeliena recently posted…Youtuber Jana Income dengan Productlink
Sabar dan duduk di rumah okay. Hehehe. Banyak hikmah. Alhamdulillah dah faham erti redha.
Ruby recently posted…Internet Percuma Dan RM 5 Caj Penghantaran Kurier Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19
bestnya mati syahid kan… tapi memang perlu jaga juga lah kesihatan.. kena bersabar hadapi ujian.. walaupun perit 🙁 yang penting kena sentiasa berfikiran positif jangan ragu-ragu pasti ada penawar kebosanan ni heee
Betul tu kita kena bersabar. Lagipun 1 lagi pengajaran yang kita manusia ni belajar dr kejadian ni..betapa kita ni sebenarnya lemah, takkan kita bertahan tanpa izin Allah.
Betul2. Kita perlu banyak berdoa & minta dgn Allah. Semua dalam dunia ni adalah makhkuk Dia. Mgkn kita manusia pun terlalu alpa sampai selalu lupa minta dgn Allah sedangkan Allah sentiasa dengar kita ? Sedih pulak…
semoga kita semua mampu hadapi cabaran yang mendatang
semoga frontliner yang bertugas diberi perlindungan dari Allah SWT sentiasa. kita perlu bantu mereka untuk tangani wabak covid19 ni. Satu pengajaran buat kita semua dalam kehidupan.
xulhlmi recently posted…SARANG-HAE SHINJUMI – VITA MILKY STRAWBERRY!