Call nowWhatsapp

Muhasabah Diri Tentang Amalan

sabar magnet rezeki

Apabila kita berkerja, kita pasti akan mendapat gaji. Adakah yang sudi buat sesuatu pekerjaan tanpa gaji? Ada, volunteer la namanya kan. 😂 Begitu juga dengan “pekerjaan akhirat” kita, setiap yang dilakukan pasti akan mendapat gaji (pahala).

“Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).”

(Surah Al-An’am 6:160)

Setiap perbuatan baik dan amalan soleh yang kita lakukan di dunia untuk bekalan di akhirat akan diberikan pahala dengan nilai 10. Maka sewajarnya kita berdoa, “Ya Allah, jadikan semua perbuatanku di dunia ini mempunyai nilai di akhirat untuk dihisab.”

“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.”

(Al-A’raf 7:34)

Setiap daripada kita dibatasi dengan waktu, seperti mana kita bekerja pasti ada working hours juga kan? Ini membuktikan manusia tinggal di bumi ini hanya sementara, tiada yang kekal abadi. TIADA YANG TERKECUALI daripada pembatasan waktu yang digelar AJAL ini.

Kita sudah tahu suatu saat kita pasti akan dijemput, kenapa kita masih bazirkan masa yang ada untuk perkara yang tidak berfaedah? Sepatutnya kita kena siap sedia cari ‘bekalan yang baik’! Kita tahu ada syurga dan neraka. Kita tahu ada orang yang solat dan juga disolatkan. KITA TAHU SEMUA INI!

Misalnya umur kita sekarang ini 40 tahun, sepanjang tempoh itu tolak tidur dan yang sewaktu dengannya, mungkin hanya 20 tahun sahaja tempoh yang digunakan untuk beraktiviti. Dalam 20 tahun itu, berapa tahun yang digunakan untuk beramal soleh dengan ikhlas? Misalnya mungkin 10 tahun sahaja. Dan, daripada 10 tahun itu, berapa tahunkah yang kita betul betul ikhlas beribadah? Mungkin setakat 5 tahun sahaja inshaAllah.

Jadi dalam usia 40 tahun itu, yang kurang lebih harapan kita diterima oleh Allah inshaAllah 5 tahun itu sahaja. Dan yang selebihnya itu adalah DOSA! Masihkah kita mengharap syurga firdaus?

Ucapkan dengan lantang, AKU TIDAK ADA DOSA! jika tidak mampu, maksudnya kita masih berdosa.
Ucapkan juga, AKU SUDAH SEDIA UNTUK MASUK SYURGA! jika belum mampu, maksudnya amalan masih kurang.

Sudah tahu kita tidak banyak masa, tapi masih main main di dunia. Membazirkan baki waktu yang ada untuk perkara lagha. Sekarang ini ada kanak kanak yang hanya berusia 5 tahun, malahan buta sudah menjadi PENGHAFAL AL QURAN. Kanak kanak itu sehari muraja’ah 5-7 juz , apabila ditanya tidakkah dia penat? Dia menjawab, saya malu jika kurang daripada itu.

Kanak kanak berusia 5 tahun membaca 5-7 juz setiap hari dan malu dihadapan Allah. Tapi kita yang sudah berpuluh-puluh tahun ini pun tidak ada masa untuk membaca Al Quran, lalu masih mengharapkan syurga.
ANDA FIKIR ANDA LAYAK?! 😭😭

Bottom Line

Penulisan di atas saya kongsikan adalah peringatan untuk diri sendiri dan para pembaca yang Allah izin baca sehingga habis. Apapun perasaan kalian membaca post ini, ia adalah dengan izin dan hidayah Allah. Semoga bermanfaat dan menjadi asbab hidayah.

Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

10 thoughts on “Muhasabah Diri Tentang Amalan

  1. Qiss says:

    Amal soleh ni dapat membantu kita di akhirat kelak. Duduk dirumah pun masih boleh buat2 kerja amal sambil mengumpul pahala seperti bersedekah, senyum dan pelbagai lagi. Kalau dihitung masih belum cukup amal soleh ni..hee inshaa Allah masih cuba beramal.

  2. Dik bee says:

    Betul tu, bila difikirkan masih banyak kekurangan diri walaupun dah hidup selama hampir 40 tahun. Harap dapat perbaiki diri sendiri untuk masa akan datang.. huhu

  3. Fas says:

    Dalam melayari kehidupan ini kita memang perlu muhasabah diri agar tidak hanyut dibawa arus ketaktentuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge