Cara Mudah Buat Bone Broth

By | 1 July 2015
Bone Broth Baik untuk kanak-kanak

Pernah dengar bone broth? Saya banyak kali juga dengar pasal kebaikan bone broth ini tetapi tahun ini sahaja baru saya pernah buat sendiri selepas resepi diberikan oleh adik ipar.

Bone Broth Baik untuk kanak-kanak

Bone Broth Baik untuk kanak-kanak

Kebaikan Bone Broth

Sup tulang atau bone broth atau sup ayam dijadikan sebagai penawar (untuk anak 8 bulan ke atas setelah boleh memakan makanan daripada sumber protein i.e ayam).

Konsep utamanya adalah lawan virus kena lawan dengan protein. Virus “hirup” protein dari badan anak jadi dia kena makan high protein food. Masalahnya bila tiada selera dan badan tidak boleh ambil makanan banyak, jadi protein paling banyak dalam bentuk cecair adalah sup tulang atau bone broth.

Anak hirup sup sahaja pun cukup sebab semua sudah meresap dalam stock itu. Boleh beri jus juga pada anak jika dia mahu contohnya jus guava, oren dan lain-lain.

Dengan bone broth akan menambahkan protein segera dalam tubuh anak untuk melawan virus. Sekarangkan musim viral, rata-rata ramai yang sakit.

Selain itu, bone broth punyai banyak khasiat dan kebaikan seperti jadual berikut.

Kebaikan bones broth

Kebaikan bones broth

Resepi Mudah Bone Broth

Asasnya anda perlu ada:

  • Tulang (apa-apa jenis tulang i.e tulang lembu, ayam, atau ikan)
  • Cuka (boleh juga guna lemon, asam keping)

Fungsi cuka adalah untuk pastikan yang zat galian dari tulang akan larut ke dalam sup. Anda boleh guna slow cooker atau pressure cooker. Sup yang dihasilkan boleh ditambah jadi perasa untuk masak nasi, kuah sayur, kuah mee, asas kari dan lain lain. Masak dalam slow cooker selama minima 6 jam. Biasa saya buat semalaman, memang sedap.

Bahan lain anda boleh letak: carrot, celery.

Anda boleh freeze je bone broth ini, letak dalam kiub-kiub kecil. Bila hendak guna, ambil saja dan tambah dalam masakan.

Ok itu asasnya. Lain-lain bahan adalah untuk beri sedap sahaja. Anda boleh letak sahaja kedua-dua asas ini, bila nak masak masukkan bersama-sama bahan lain.

Mudah kan. Sedap pun tau, kita orang tua pun makan sama bertambah-tambah.

Jika anda mencari suplemen untuk diri dan keluarga anda, jemput hubungi saya untuk saya bantu anda. Lengkap dengan cadangan pemakanan dan aturan supplemen.

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

 

14 thoughts on “Cara Mudah Buat Bone Broth

    1. Raihanah Ahmad Post author

      baik untuk kesihatan juga 🙂

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      memang senang je, kalau takde slow cooker guna periuk biasa pun boleh. tapi kena letak api slow la ya

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kita2 ni suka sangat, kanak2 pun mesti suka juga.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      ha betul tu, dari kecik kalau demam kita makan sup / bubur kan. cuma kita tak tahu sebab apa je.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      yummy kan, bukan budak2 je, mak budak pun suka

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge