Tips Menjaga Kesihatan Tulang

By | 5 March 2013

Kita semua telah maklum kepentingan tulang kita – menyediakan struktur tubuh, melindungi organ dalaman, persendian/muscle dan penyimpanan kalsium. Meskipun penekanan pembinaan tulang yang kuat dan sihat lebih penting pada kanak-kanak dan remaja, orang dewasa juga boleh mengambil langkah-langkah untuk melindungi kesihatan tulang.

Mengapa kesihatan tulang adalah penting?


Tulang kita sentiasa berubah – tulang baru tumbuh bagi menggantikan tulang yang patah/lama. Sewaktu muda, badan kita akan menyediakan tulang baru lebih cepat dan bone mass juga meningkat. Kebanyakan orang telah mencapai bone mass mereka sekitar umur 30 tahun. Selepas umur tersebut penyediaan tulang masih ada tetapi pada kadar yang perlahan.

Osteoporosis adalah situasi di mana tulang menjadi lemah (atau brittle) – bergantung kepada jumlah bone mass yang anda dapat sebelum usia 30 tahun dan bagaimana anda kehilangannya selepas itu. Semakin tinggi peak bone mass, semakin rendah kebarangkalian anda mendapat osteoporosis.

Apakah penyebab kesihatan tulang?


Terdapat faktor penyebab kesihatan tulang. Di antaranya:

1. Kurang Jumlah kalsium dalam pemakanan anda.

2. Aktiviti fizikal yang kurang.

3. Merokok dan peminum alkohol.

4. Jantina, saiz dan umur. Wanita dan mereka yang kurus (BMI 19 atau kurang)

5. Bangsa dan sejarah keluarga.

6. Tahap hormon seperti kepada mereka yang menopos, mereka yang mempunyai haid berpanjangan atau lelaki yang mempunyai paras testosterone yang rendah.

7. Mereka yang menghidap anorexia / bulimia, yang membuat pembedahan di perut (gastrectomy), pembedahan untuk kurus dan lain-lain yang akan menyebabkan badan kurang menyerap kalsium.

8. Pengambilan ubat-ubatan seperti prednisone, cortisone dan lain-lain yang boleh memudaratkan tgulang. Sesetengah ubatan boleh menaikkan risiko osteoporosis seperti aromatase yang digunakan untuk mengubati kanser payudara.

Tips untuk menjaga kesihatan tulang.

1. Pastikan anda memasukkan nutrisi kalsium ke dalam pemakanan harian anda mengikut jumlah yang dicadangkan di dalam jadual berikut. Sumber semulajadi kalsium termasuk produk tenusu, brokoli, protein soya dan lain-lain. Sekiranya tidak dapat mengambil dalam bentuk semulajadi, boleh ambil supplemen. Shaklee menyediakan supplemen kalsium terbaik yang dinamakan sebagai ostematrix.



2. Pastikan anda turut sama mengambil vitamin D. Ini kerana vitamin D akan membantu badan anda menyerap kalsium dengan lebih berkesan. Sumber semulajadi vitamin D adalah ikan seperti tuna dan sardin, kuning telur. Bagaimanapun cahaya pagi matahari adalah sumber vitamin D terbaik. Pengambilan supplemen juga dibolehkan.

3. Jadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian rutin harian anda. 

4. Jauhkan merokok dan pengambilan alkohol.

Bagaimana Ostematrix menjadi supplemen Kalsium terbaik?

– 1000mg (100% pengambilan harian) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi– 400mg (100% pengambilan harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.– 400IU (100% pengambilan harian) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.
Kaplet bersalut yang mudah ditelanSajian harian hanyalah sebanyak 4 kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil 2 biji kaplet, 2 kali sehari selepas makanan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Nak tahu harga Shaklee? Hubungi



Raihanah Ahmad

 

Shaklee Independent Distributor (864679)

 

SMS/Whatsapp 0122195919

 

Email: ahmad.raihanah@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge