Promosi Shaklee Oktober 2017

By | 1 October 2017

Bulan ni mesti best sebab produk yang jadi promosi adalah produk yang menjadi kegemaran kebanyakan orang. Saya pun makan juga yang ni, dan disebabkan berkongsi dengan abah dan mama, jadi sebulan kena guna berapa tong. Boleh teka apakah produk promosi Shaklee Oktober 2017?

Ya, ESP lah jawapannya. Produk kegilaan ramai, kalau time promosi memang cepat je habis.

Kenapa penting protein?

Badan kita memerlukan protein untuk pertumbuhan. Ia merupakan asas kepada sel hidup dan organ dalam tubuh. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang lemah dan kurang sihat.

Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormon, enzim, antibodi dan neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Jemput tonton video dibawah

Apa yang best sangat dengan ESP

Sebagaimana anda tahu, ESP adalah protein segera semulajadi yang pertama dicipta pada tahun 1961. Sebenarnya selepas tahun 1961, banyak sangat produk protein soya telah mula dihasilkan di dunia.

Jadi, apa yang menyebabkan ESP patut menjadi pilihan kita?

1. ESP menyediakan protein lengkap

Setiap hidangan ESP menyediakan 14 gm protein berkualiti tinggi yang semulajadi rendah lemak, laktosa semulajadi dan tanpa kolestrol. Berbeza dengan jenama lain yang biasanya haya menyediakan sebanyak 8gm atau 6gm sahaja hidangan protein.

Kenapa perlunya laktosa semulajadi? Laktosa juga adalah nama lain bagi gula, jadi dengan menggunakan laktosa semulajadi, kita menjamin laktosa yang digunakan bukanlah daripada sumber sintetik atau tambahan gula.

2. Sumber soya non GMO

Adalah terlalu sukar untuk mendapatkan kacang soya non GMO pada zaman ini. Hampir 90% kacang soya yang di pasarkan di dunia sebenarnya telah diubah suai atau merupakan GMO. Anda boleh baca dakwaan ini daripada FB Dr Hafiz Sulaiman yang membangkitkan isu ini baru-baru ini.

Semua hasil makanan berasaskan soya adalah GMO kecuali dibuktikan sebaliknya. Tengok pada label, sekarang ada banyak jenama juga yang hasilkan daripada non GMO.

Contohnya kini telah ada kicap non GMO, dan macam-macam produk lain lagi yang telah dibuktikan non GMO. Kalau pada label produk tidak menulis apa-apa tentang GMO, maka itulah produk GMO. Kenapa kita ambil berat sangat tentang GMO? Anda boleh baca tulisan saya dalam link yang saya sediakan berkenaan GMO.

Shaklee ESP adalah sumber soya yang tidak diubah suai secara genetik (non GMO). ESP Shaklee juga merupakan protein soya yang dihasilkan di bawah program pemeliharaan Identiti (IPP).

Ini bermaksud sumber kacang soya ini dipantau dan dikawal dengan ketat dari proses penanaman sehingga pemprosesan. Jadi kita memang yakin berkenaan ESP diperbuat daripada soya non GMO.

Justeru ESP Shaklee diperbuat daripada bahan organik tanpa hormon tambahan lain.

3. Mengandungi 9 Asid Amino Perlu

Shaklee ESP adalah lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang badan anda tidak hasilkan. Apabila anda memilih ESP Shaklee, badan anda akan mendapat protein yang lengkap.

Ada banyak kebaikan kepada tubuh kenapa asid amino sangat penting dan diperlukan oleh tubuh kita.

Jenis asid amino yang diperlukan badan

Jenis asid amino yang diperlukan badan

4. Penarafan PDCAAS Pada Skor Tertinggi

Shaklee ESP mempunyai PDCAAS (skor penghadaman protein kepada asid amino) skor pada 1.0. Kedudukan ini adalah kedudukan tertinggi yang sama dengan protein haiwan seperti telur dan susu.

Skor ini adalah salah satu cara untuk mengukur kualiti protein dan manfaat yang diberikan sama dengan protein sumber haiwan. Tidak semua protein tumbuhan dapat memberikan 9 jenis amino asid, sebaliknya protein soya boleh. Dan kemampuan manusia meleraikan protein kepada 9 jenis amino asid, sebab itulah ESP mendapat skor tertinggi ini.

Jenama lain mempunyai skor seperti 0.3, o.5. Skor ini bermaksud amino asid dalam badan merosot, tetapi tidak bagi ESP Shaklee.

 

Jadual nilai PDCAAS pelbagai sumber protein

Jadual nilai PDCAAS pelbagai sumber protein

5. Proses Kacang Soya Menggunakan Air

Proses pembuatan ESP Shaklee salah satunya adalah menggunakan air untuk membasuh kacang soya bagi mengekalkan keaslian isoflavones seperti genistein dan daidzen.

Kebanyakan jenama lain menggunakan alkohol untuk membasuh kacang soya. Menggunakan air dapat mengekalkan isoflavones serta dapat mengekalkan kehalalan produk.

Isoflavones ni apa pulak? Boleh baca dalam link di atas ya.

6. ESP memiliki indeks glisemik yang rendah

ESP mempunyai GI rendah yang memberi tenaga tanpa meningkatkan gula dalam darah. Ini bermaksud ESP Shaklee dapat memberikan tenaga, anda dapat nutrisi tetapi tidak meningkatkan gula dalam darah.

Contohnya nasi. Nasi akan memberikan rasa kenyang, pada masa yang sama nasi akan meningkatkan gula dalam darah. Anda juga akan rasa lapar pada satu tahap.

ESP Shaklee sebaliknya memberikan tenaga secara konsisten tanpa meningkatkan gula dalam darah jadi mengurangkan risiko diabetes.

Graf menunjukkan tenaga selepas hidangan nasi (garis hitam) menjunam meyebabkan rasa lapar yang cepat, sebaliknya ESP menunjukkan graf yang lebih stabil dari segi pelepasan tenaga

Graf menunjukkan tenaga selepas hidangan nasi (garis hitam) menjunam meyebabkan rasa lapar yang cepat, sebaliknya ESP menunjukkan graf yang lebih stabil dari segi pelepasan tenaga

Berminat untuk dapatkan ESP? Bulan ini anda boleh beli 4 balang ESP dengan 5% diskaun. Ayuh hubungi saya sekarang!

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

22 thoughts on “Promosi Shaklee Oktober 2017

  1. Mummydearie

    Kalau dah ada promosi tu dengan diskaun 5% tu, memang patutlah rembat pada yang mengamalkan makan ESP ni. Boleh simpan stok sementara nak tunggu promosi yang seterusnya.

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      wah ni best ni. mmg susah kalau anak ekzema

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      bukan kena kaya baru makan suplemen, kita makan suplemen dari muda supaya elak penyakit. berikan keutamaan untuk beli suplemen setiap bulan. boleh tu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge