Memang tak sangka la, saya dalam bisnes Shaklee ni sudah 12 tahun dan salah satu punca saya masih bertahan ialah adanya komuniti bisnes Shaklee yang saya takkan dapat dimana-mana bisnes lain.
Pengalaman saya dalam dunia bisnes bukanlah baharu. Sebelum saya buat bisnes Shaklee, saya dah join macam-macam bisnes lain.
Pengalaman Bisnes Sebelum Sertai Bisnes Shaklee
Macam saya sebut diatas, saya ada banyak pengalaman bisnes sebelum saya sertai komuniti bisnes Shaklee. Dan sama macam bisnes Shaklee, pengalaman bisnes saya dulu adalah ketika saya pun masih bekerja.
Ini bermakna, saya buat bisnes secara part time sahaja most of the time termasuk semasa saya mula-mula sertai komuniti bisnes Shaklee pada tahun 2012 yang lalu.
- Pengalaman bisnes retail jual madu
Pengalamn bisnes retail ni adalah pengalaman paling singkat. Saya buat pembelian borong madu, kemudian saya jual. Sebelum masuk bisnes ni, saya telah pun sertai kelas bisnes online anjuran Jutawan Online Irfan Khairi. Masa tu yuran sekitar rm250.
Tapi saya pun naif dalam bisnes, tiada mentor, nak kontek guru online pun tiada support grup, buat website pun masih terkial-kial, dan saya pun tak pandai nak berjual beli madu dengan orang walaupun secara offline.
Sudahnya ayah saya yang habiskan stok madu saya. Modal hangus sekitar rm2000. - Pengalaman bisnes operasi taska
Pengalaman terbesar sebab modal sangat besar. Saya buat bisnes ni masa saya masih bekerja. Modal sekitar rm50 ribu. Duit sendiri dan rm10 ribu darinya adalah dari geran Kerajaan Negeri Selangor.
3 tahun beroperasi, sebagai owner sesen pun saya tak dapat. Tahun ke 3 tu saya dah penat walaupun pendapatan taska dah mula dapat keuntungan rm1 ribu sebulan. Masalah lain sebab lokasi yang jauh dari rumah dan tempat kerja saya, juga tiada mentor dan support group yang positif, selain masalah seperti cikgu-cikgu yang kerap berhenti. Emosi dan fizikal memang penat masa ni.
Group support persatuan taska/ tadika memang ada, tapi group yang tak bestlah bagi saya, sebab persaingan la.
Saya jual taska tu cukup-cukup balik modal. Alhamdulillah satu pengalaman untuk saya.
Jadi itulah 2 jenis bisnes yang saya buat sebelum saya jumpa Shaklee. Masa saya uruskan taska tu pun sebenarnya saya dah start makan Shaklee, malahan dah buat bisnes Shaklee pun. Tapi saya tak yakin bisnes Shaklee dapat sustain any longer.

Bermula Teruja Dengan Bisnes Shaklee
Ada 1 masa pada tahun 2015, masa tu saya penat dengan bisnes taska, pada masa yang sama saya dengar benda tak best dengan hal tempat kerja saya. Saya join kelas sharing Master Hj Roslan pada bulan Januari 2015, itulah pengalaman pertama saya dengan komuniti bisnes Shaklee.
Dalam kelas itulah baharu saya tahu rupanya Shaklee ialah bisnes yang mempunyai ciri-ciri berikut:
- berada dalam sektor Health & Wellness, yang memberikan pulangan trillion dollar
- disebabkan track record Shaklee telah wujud sejak tahun 1956 di USA oleh Dr Forest Shaklee, maka bisnes Shaklee sendiri telah melalui banyak siri ekonomi meleset dunia.
- walaupun ekonomi meleset, bisnes Shaklee tetap mampu bertahan dan masih mampu memberikan bonus kepada pengedarnya tanpa gagal
- Malahan track record Shaklee Malaysia sendiri pada saat pendamik 2020 hingga 2022 (3 tahun), menyaksikan Shaklee membayar sebanyak rm370 juta kepada semua pengedarnya (termasuk ahli yang makan sendiri)
- Shaklee memiliki pengguna setia yang sangat ramai, malahan masih ada pengguna yang mengamalkannya melebihi 50 tahun
- Shaklee juga mempunyai ramai pengedar yang masih buat bisnes Shaklee melebihi 10 tahun malahan ada bisnes mereka ini telah pun diwarisi oleh generasi kedua (di Malaysia)
Ha teruja kan? Begitulah saya teruja masa dengar penerangan Master Hj Roslan pada tahun 2015. Sehingga sekarang, saya masih memilih Shaklee, dan komuniti bisnes Shaklee.

Jemput baca sharing saya tentang bertahan dalam bisnes Shaklee
9 Sebab Komuniti Bisnes Shaklee Paling Best dan Patut Jadi Bisnes Anda juga
Sebelum saya berkongsi tentang komuniti bisnes Shaklee, saja nak tunjuk gambar trip saya ke Switzerland pada November 2022 yang lalu. Trip yang saya sertai tu percuma dan semuanya ditaja oleh Shaklee, termasuk duit elaun bernilai rm1000 (200chf). Haaza min fadli robbi. Tak sabar nak join trip international Shaklee lagi!

9 sebab Komuniti bisnes Shaklee adalah paling best
- Circle orang-orang yang positif, orang-orang yang saling menyokong dan membantu sama lain. Persaingan memang ada, tapi tidaklah sampai nak menjatuhkan.
- Bila sama-sama buat sesuatu projek, lebih bersemangat untuk laksanakannya dan kita dapat create wave daripada projek itu.
- Dapat belajar banyak ilmu, daripada upline kita, super super upline, sideline dan lain-lain. Bukan sahaja ilmu blog, tapi ilmu bisnes, ilmu produk pun dapat juga.
- Dapat sokongan dan mentoring daripada orang-orang atas kita (selain upline kita). Memang best bila kita dapat support dan masih dapat merasa mentoring daripada orang-orang atas dari kita. Bayangkan kita ni masih baharu dalam bisnes, tentu sangat membantu kalau kita dapat selalu merujuk kepada mentor kita kan. Takde lah rasa macam langgar dinding!
- Bila sama-sama menyertai sesuatu projek, umpamanya Blog Mega Shaklee 1.0, lebih mudah membantu menyokong blog kita, sambil-sambil kita pun support blog orang lain.
- Dapat kawan-kawan baharu dari team lain dan kita juga belajar daripada mereka dan pengalaman mereka. Ada tugasan yang perlukan kita kontek stranger dari team lain, itulah directly kita dapat kawan baharu. Tengok blog mereka, kita pun belajar lagi.
Kawan baharu ni tak terhad daripada yang kita jumpa dalam kelas sahaja, malahan saya dapat ramai kawan baharu setiap kali event, be it event besar seperti Business Leader National Conference (BLNC), mahupun trip-trip percuma Shaklee yang saya dapat sertai hasil usaha saya dalam bisnes Shaklee.
Kalau dapat pergi trip percuma Shaklee, lagi seronok. Kembara dan trip bersama sahabat-sahabat doing the same business sangat mengujakan dan menyeronokkan. - Dapat belajar dari yang pakar. Selain Shaklee ada menyediakan kelas-kelas daripada pakar-pakar seperti pakar nutrisi dan saintis Shaklee (saintis Shaklee ni datang dari USA), team kami juga ada uruskan kelas-kelas bersama pakar dalam bidangnya.
Umpamanya kelas bersama Dr Hafiz Sulaiman (doktor perubatan, specialized in allergy, histamin dan lain-lain), Dr Redza (seorang saintis tempatan yang mengamalkan nutraceuticals) dan beberapa doktor tempatan lagi. Semua ni team kami ada uruskan. - Semangat nak bersaing dan buat lebih baik. Bila kita tengok orang lain menulis dasyat-dasyat, jadi kita pun rasa nak buat lebih baik.
- Dapat belajar directly daripada Master yang uruskan projek Blog Mega Shaklee. Mereka ni Master Norita dan Master Salwa adalah pemegang income 6 angka sebulan, sangat hebat dalam bidang mereka. Jadi sangat bertuah saya dapat berguru dengan mereka.
Orang-orang yang hebat ni, founder, atau jutawan-jutawan, hatta CEO sekalipun, takde antara mereka yang nak ajar orang lain cara untuk jadi jutawan seperti mereka.
Tapi orang Shaklee ni, especially upline kita, mereka ni selalu bersedia ajar kita untuk kita pun jadi Master macam mereka, malahan dapat income melebihi mereka sekali pun. Ha best kan.
Sebab dalam Shaklee ni, tiada limit berapa orang Master dalam Shaklee. Dan income pun tiada limit.

Bestnya Bisnes Shaklee dan Bersama Komuniti Bisnes Shaklee
Alhamdulillah Allah jua yang lorongkan saya bersama dengan bisnes Shaklee dan komuniti bisnes Shaklee yang sekarang. Haaza min fadli robbi.
Allah lorongkan saya sesuatu yang baik begini, saya juga teruja untuk ajak anda mahupun orang lain turut merasai pengalaman yang sama. Dalam Shaklee ni banyak peluang, even macam saya cakap tadi peluang income pun unlimited. Jadi terlalu banyak rezeki Allah nak bagi melalui Shaklee ni. Tak luak saya seorang.
Seronok bila ada komuniti bisnes Shaklee, lebih-lebih lagi nanti ada projek baharu Blog Mega Shaklee 2.0 yang mana lebih ramai orang Shaklee akan sertainya.
Jom be part of team saya dan buat extra income rm500 – rm1000 setiap bulan. Saya nak jemput anda turut bersama-sama dalam bisnes Shaklee.

#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Contact saya seperti dibawah:
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak
bestnya baca blog kak anah
Norra Yusof recently posted…Turunkan Berat Badan Lebih Efektif Dengan Set Kurus Shaklee
tq dear