Call nowWhatsapp

Bila kita dah target nak dapat trip percuma Shaklee, maka apa yang kita perlu buat adalah usahakan supaya kita layak dapat tiket percuma itu.

Selain tu, kita kenalah menabung sedikit untuk duit shopping. Ni part paling best kan, shopping. Jadi kenalah ada duit.

Sejak 3 bulan lepas saya dah mula menabung untuk shopping ni. Tapi bukan sahaja shopping di Korea, tapi shopping untuk ke Korea pun saya masukkan. Sebabnya kena ada outfit yang betul untuk ke sana. Korea negara 4 musim, pakaian mesti lain berbanding kita. Jadi kena ada peruntukan untuk beli pakaian yang bersesuaian.

Ok disini saya kongsikan apakah benda wajib kita shopping di Korea!

5 Perkara Wajib Shopping di Korea

1. Ginseng Korea

Juga dikenali sebagai ginseng merah, ia terdiri daripada ginseng segang hingga yang dikeringkan, teh dan gula-gula.

Ginseng telah digunakan untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan. Ia juga telah digunakan untuk menguatkan sistem imun dan membantu melawan tekanan dan penyakit.

Terdapat pelbagai jenis ginseng. Ginseng Asia (dari sumber Cina dan Korea) telah digunakan untuk kesihatan mental, diabetes, dan ketidakseimbangan erektil lelaki.

Ginseng Korea
Korean ginseng on plate

2. Teh Korea

Orang Korea sukakan teh jujube mereka, diperbuat daripada kurma Korea kecil, teh buckwheat untuk rasa yang bersahaja.

Ada banyak perisa pilihan seperti berry Mongolia hinggalah teh plum manis, elok untuk beli sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.

Bagi saya sendiri, saya enjoy rasa yang segar, tanpa bau atau rasa manis.

Kalau saya beli teh hijau atau rooibos sahaja nanti
Kalau saya beli teh hijau atau rooibos sahaja nanti

3. Rumpai Laut Korea

Mudah sangat nak dapatkan snek kudapan ni. Anak saya yang bongsu, Farah memang suka sangat rumpai laut ni. Rangup dan masin-masin air laut.

Rumpai laut Korea boleh dimakan begitu sahaja atau buat bibimbap (macam Sushi). Ada banyak perisa pilihan seperti wasabi, habanero, teriyaki, atau lada pedas. Yang perasa natural pun ada.

Seaweed sedap-sedap
Seaweed sedap-sedap

4. Barang Dagangan K-Pop

Datang tempat dia kan, haruslah cari juga barang-barang K-Pop.

Contoh-contoh barang-barang K-Pop adalah topi, t-shirt, alat tulis dll yang mempamerkan artis K-Pop idola anda.

Barang dagangan K-Pop banyak dan murah-murah je
Barang dagangan K-Pop banyak dan murah-murah je

5. K-Fesyen

Ni menarik juga. Saya selalu tonton k-drama dan selalu tengok cantiknya pakaian mereka samada pakaian profesional (pakaian yang mereka pakai di pejabat) hinggalah pakaian santai. Ahjuma (makcik-makcik) pun pakaian cantik-cantik sangat.

Dulu-dulu fikir, saya takde harapan ni nak pakai k-fesyen sebab saiz mereka kurus-kurus sahaja, saya yang berat 76kg (setahun yang lalu) mungkin tak dapat bergaya dengan fesyen mereka.

Tapi sejak dah lose weight dengan #JomDetoxJutawan, dah buang 23kg dalam masa 8 bulan, insyaAllah saya tak risau lagi. Bolehlah shopping pakaian mereka nanti!

Diet Keto dan Kuruskan Badan Dengan Pantas
Sayalah Coach Anah, jom saya bantu anda sihat dan kurus
Fesyen Korea memang cantik-cantik
Fesyen Korea memang cantik-cantik

Bottom Line

InsyaAllah saya ke Korea Selatan tahun depan bersama team saya. Anda salah seorang daripadanya? Ayuh sertai kami hari inI!

Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)