Call nowWhatsapp

Vivix Shaklee dan Perlindungan DNA

Vivix dan packaging yang ekslusif

Vivix Shaklee dan Perlindungan DNA

Ramai juga yang tertanya-tanya apa kaitan Vivix Shaklee dengan perlindungan DNA. DNA tu apa? Jadi dalam posting kali ini saya sertakan bagaimana Vivix Shaklee dikatakan dapat memberikan perlindungan kepada DNA kita.

Apakah DNA

Daripada Wikipedia,

Asid Deoksiribonukleik (DNA) merupakan komponen kimia utama kromosom dan merupakan bahan yang menghasilkan gen. Ia kadang kala dipanggil molekul warisan, kerana DNA boleh mewariskan sifat-sifat daripada organisma induk (iaitu ibubapa). Dalam proses pembiakan, DNA bereplikasi dan hasilnya dipindahkan kepada zuriat.

Video dibawah memberikan penjelasan menarik berkenaan DNA:

Kajian Klinikal Vivix Shaklee dan Keradangan

Terdapat kajian klinikal yang dijalankan oleh University of New York yang dikendalikan oleh Dr Steve Chaney berhubung kait dengan keradangan dan Vivix Shaklee. Dalam ujian yang diadakan, 2 kumpulan dikenalpasti:

  • Kumpulan 1: Memakan burger (Burger King) dengan 910 kcal sebagai sarapan dan mengambil Vivix Shaklee sejurus selepas mengambil sarapan.
  • Kumpulan 2: Memakan burger dengan nilai kalori sama, tapi tanpa mengambil Vivix Shaklee selepas sarapan (placebo).

Bagi kumpulan yang mengambil Vivix Shaklee didapati pengawal selia genetik (bagi panjang umur) disebut sebagai Nrf2 didapati meningkat secara mendadak dalam tempoh 3 jam selepas makan. Untuk kumpulan placebo pula, tahap Nrf2 didapati merosot.

Sarapan dengan Burger King adalah mengandungi lemak tepu dan lemak trans. Ini merupakan jenis lemak yang akan menjejaskan arteri anda (arteri tersumbat), selain itu ia juga boleh menyebabkan arteri anda menguncup secara mendadak selepas makan. Jika ini berlaku berulangkali (arteri tersumbat dan menguncup mendadak), ia boleh mencetuskan serangan jantung atau strok.

 

Bukan sahaja Burger King, kebanyakan makanan segera akan menyebabkan kejadian ini berlaku.

Perlindungan Antioksidan Kunci Kepada Perlindungan DNA

Pernah dengar pengambilan nutrisi antioksidan seperti vitamin E selepas memakan makanan segera boleh mencegah penyempitan arteri dan dapat menyelamatkan anda daripada serangan jantung? Bagaimana Vivix Shaklee dan Nrf2 saling berkaitan?

Apabila muda:

  1. Apabila kita masih muda, makanan segera akan mencetuskan peningkatan dalam Nrf2 dan seterusnya meningkatkan pengeluaran mekanisme pertahanan antioksidan daripada badan kita sendiri.
  2. Nrf2 akan mencetuskan proses detox supaya kesan daripada pemakanan makanan segera tersebut seperti bahan pengawet dan sebagainya dapat dikumuh daripada badan.
  3. Nrf2 juga dapat mencetuskan imbangan sistem imun kita (makanan tinggi lemak akan menekan sistem imun dan menyebabkan tindak balas keradangan dan autoimun)
  4. Akhir sekali, Nrf2 mencetuskan laluan anti-stress (makanan tinggi lemak mencetuskan pengeluaran kortisol, yang boleh mempercepatkan proses penuaan) dan banyak lagi.

Apabila tua:

  1. Tetapi apabila kita semakin tua, Nrf2 tidak lagi dicetuskan dan kita kehilangan mekanisme perlindungan semula jadi kita.
  2. Apabila ini berlaku proses penuaan, dan risiko  serangan jantung atau strok, meningkat dengan setiap makanan yang tinggi lemak yang kita makan.

Sekarang anda nampak tak kaitan Vivix Shaklee untuk mengaktifkan gen Nrf2?

Vivix Shaklee bukanlah penawar kepada diet anda. Adakah maknanya kita boleh makan segalanya dan hanya ambil Vivix Shaklee sebagai perlindungan? Vivix Shaklee dapat mengaktifkan Nrf2 samada anda ambil makanan tinggi lemak atau tidak.

Manfaat laluan Nrf2 kepada tubuh manusia
Manfaat laluan Nrf2 kepada tubuh manusia

Namun, lebih daripada itu, Vivix Shaklee sangat bermanfaat sebagai

  1. Mekanisme pertahanan antioksidan semulajadi
  2. Sistem detox
  3. Sistem imun
  4. Sistem anti stress

Ringkasnya Vivix Shaklee dapat mengaktifkan gen Nrf2 kita, iaitu pengatur umur yang panjang. Semua mekanisme di atas dapat membantu melambatkan penuaan sel dan sekaligus mengurangkan risiko penyakit degeneratif.

Vivix Shaklee boleh mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh diet lemak yang tinggi, tetapi akan menjadi lebih berkesan dalam memperlahankan proses penuaan jika digunakan bersama-sama dengan diet yang baik dan gaya hidup yang merangkumi kawalan berat badan dan senaman.

Struktur DNA

DNA ni simpan default setting kita. Ada maklumat
  • Sistem Pertahanan Kita
  • Sistem Pencernaan Kita
  • Tahan Atau Kita Pada Serangan Anasir
  • Jangkitan Kuman dan Kanser
  • Efektif atau Tidak Penjanaan Tenaga Badan Kita
DNA ni struktur dia begini:
  • Simpulan Kemas tu dari Protein Protein
  • Di Pegang Dalam Gelungan Gula
  • Terlekat Pula Oleh Vitamin dan Mineral
Jadi, dari mana asalnya protein, gula, vitamin dan mineral? Mestilah dari makanan kita.
.
Struktur DNA dan apakah khasiat yang diperlukannya
Struktur DNA dan apakah khasiat yang diperlukannya
 
Cuba bayangkan kita dapat makanan dari mana?
  • Gula – makanan manis2 yang viral tu ke? teh tarik tiap hari?
  • Protein dari ayam, kambing, lembu pemakan dedak atau dari ikan2 yang makan toksik dari bahan pencuci?
  • Vitamin dan mineral – kadang makan sayur/buah, kadang tak makan.
  • Lebih banyak makan makanan proses.
DNA ni duduk dalam sel. Sel akan replicate sebanyak 80-100x. Lepas tu dia mati, takde dah sel tu.
.
Protein yang digunakan oleh DNA
Struktur DNA manusia
 
Bayangkan kalau makanan yang DNA ni dapat dari sumber tak best cam atas tu? Atau nutrisi pun tak cukup, sebab kita makan ikut tekak.
 
Apa Jadi Pada Default Setting Kita ?
  • Mampu Kah Kita Bertahan ?
  • Pelik Kah Makin Muda Yang Kena Kencing Manis ?
  • Pelik Kah Makin Muda Kena Kanser
  • Pelik Kah Muda Lagi Sudah Serangan Jantung.
Bila Default Setting Berubah
Banyak Perkara Bakal Berubah
 
Saya teringat buku Telomeres yang ditulis Dr Blackburn. Dia sebut DNA baby adalah asal dari sel telur ibu. Kalau DNA ibu pun tak cantik, baby pun akan warisinya.
.
Bayi mewarisi telomere ibu daripada sejak dalam rahim lagi
Bayi mewarisi telomere ibu daripada sejak dalam rahim lagi

.

Kalau DNA ibu tu telomere dia pendek, baby pun akan warisi telomere yang pendek, meaning default setting DNA pun tak cantik. Sebab tu bila Shaklee perkenalkan Vivix yang dapat perbaiki DNA, lindungi DNA, memang meletup sangat. Orang berpusu-pusu beli.
 
Sebab inilah. Tak hairan kenapa orang yang amalkan Vivix alhamdulillah sihat-sihat, awet muda, jauh daripada penyakit kronik.

Vivix Shaklee dan Perlindungan DNA

Bagi aspek perlindungan DNA, terdapat 2 fungsi utama Vivix Shaklee khasnya melalui resveratrol:

1. Vivix Shaklee mengaktifkan pengawal selia genetik

Resveratrol dalam Vivix Shaklee berpotensi meningkatkan kesihatan organ badan. Resveratrol boleh mengaktifkan pengawal selia genetik yang mempromosi sel yang dapat bertahan lama dan memberikan kesan positif ke atas kesihatan selular dan metabolisme. Ia akan menyimpan organ-organ anda mempunyai metabolisme yang baik.

Dalam kajian yang dijalankan mendapati resveratrol dapat membantu melambatkan penuaan pada tahap selular. Kajian ini menjelaskan resveratrol dapat mengaktifkan pengawal selia genetik yang dapat memberikan kesan positif ke atas DNA, kesihatan pada tahap selular dan metabolisme (melalui mitokondria).

2. Vivix Shaklee membantu melindungi dan memperbaiki DNA pada tahap selular.

Resveratrol dalam Vivix Shaklee juga boleh melindungi dan membaiki DNA selular dari kerosakan. Ia akan membantu sel-sel di dalam badan boleh pulih dengan cepat apabila mereka berada di dalam kerosakan.

Sel badan kita diserang setiap hari oleh tiga perkara yang menyebabkan kerosakan kepada DNA mereka iaitu:

  • Pengoksidaan yang berlaku dengan tekanan yang berlebihan
  • Mutasi sel yang abnormal
  • Faktor persekitaran seperti radiasi tahap rendah atau pendedahan kepada toksin.

DNA terdapat pada setiap sel dan dilindungi di dalam sel. Apabila sel badan diserang, DNA turut sama terjejas dan berdepan dengan bahaya justeru boleh mengganggu fungsi sel tertentu dan menyebabkan sel mati secara necrosis.

Peredaran masa menyebabkan sel-sel terdedah kepada lebih banyak peluang untuk gagal, kecuali ada sesuatu yang boleh memulihkan atau membaiki lembar DNA daripada serangan ini.

Selain itu, penuaan pada tahap selular juga disebabkan oleh pengawal selia genetik. Pengawal selia genetik berfungsi mengawal keseimbangan yang dinamik di antara kerosakan dan pembaikan, termasuk samada sel-sel dapat dihidupkan semula atau terus mati. Semakin kita menua, pertahanan semulajadi dan keupayaan membaiki diri akan berkurangan. Justeru meningkatkan fungsi pengawal selia genetik ini dapat merangsang kelangsungan hidup.

Bagi kedua-dua perkara ini, Vivix Shaklee dengan kuasa resveratrol dan polifenol dapat membantu:

  • Membantu melindungi dan membaiki DNA selular
  • Memberikan kesan positif kepada pengawal selia genetik yang membantu melawan penuaan selular

Penutup

Sesuai dengan slogan Vivix Shaklee: Hidup 25 tahun lebih muda, ia nampaknya bukan sekadar menjadi penyedap mulut sahaja. Namun dengan kajian saintifik, ia sebenarnya dapat membantu:

  1. Memperlahankan penuaan ada tahap selular
  2. Mengelakkan dan mencegah penyakit kronik yang disebabkan oleh penuaan.
Beli Vivix Shaklee dengan harga lebih murah dengan menjadi ahli Shaklee sekarang
Beli Vivix Shaklee dengan harga lebih murah dengan menjadi ahli Shaklee sekarang

Walaupun harganya agak premium, namun bagi saya khasiat dan kualitinya setanding dengan harga yang ditawarkan oleh Shaklee. Kenapa perlu bayar lebih sekiranya anda boleh beli dengan harga yang lebih murah? Hubungi kami sekarang.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
#CoachDetoxAnda
#PakarVivix

#CoachShaklee
Shaklee Gombak

12 thoughts on “Vivix Shaklee dan Perlindungan DNA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge