Call nowWhatsapp

Posting ini adalah review kedua-dua produk yang saya pernah amalkan. Satu saya amalkan pada tahun 2011, satu lagi saya amalkan sejak tahun 2012 hingga sekarang.

Saya ambil Neurogain semasa mengandung anak kedua. Ia diprescribed oleh doktor yang merawat saya. Jadi bayar kos doktor sekali dengan vitamin ni sekali.

Masa tu memang belum terjebak lagi dengan Shaklee. Dan masa terjebak dengan Shaklee pun saya tak amalkan pun Omega Guard. Lama kemudian barulah saya mula amalkan hingga sekarang.

Manfaat Minyak Ikan Omega Kepada Ibu Mengandung

Diantara manfaat minyak ikan omega 3 kepada ibu mengandung adalah:

  1. Pembangunan penglihatan dan kognitif bayi
  2. Mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi (bayi yang ada ekzema kebanyakannya memang tidak mendapat cukup khasiat minyak ikan omega 3).
  3. Perkembangan sistem saraf otak bayi
  4. Mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi
  5. Mengurangkan risiko kemurungan ibu mengandung
  6. Mengawal tahap kolestrol ibu mengandung
  7. Membantu ibu mengawal berat badan secara semulajadi
  8. Meningkatkan sistem pertahanan badan ibu, ibu jarang dijangkiti demam, selesema, batuk dll.

Pengambilan suplemen minyak ikan mengandungi omega 3 juga salah satu yang disarankan oleh Dr Sonhee dalam pembentangannya kepada kami tahun lalu.

Omega Guard Vs Neurogain Untuk Ibu Mengandung

Menurut ISSFAL (International Society For The Study Of Fatty Acids & Lipids) menyarankan agar pengambilan DHA harian bagi ibu mengandung dan menyusukan anak adalah sebanyak 300 mg / hari.

Dos minyak ikan omega 3 yang diperlukan oleh ibu mengandung

Dos minyak ikan omega 3 yang diperlukan oleh ibu mengandung

Ayuh kita lihat faktanya pula:

Perbandingan produk Omega Guard dan Neurogain

Perbandingan produk Omega Guard dan Neurogain

Dari segi kuantiti:

  • Neurogain mengandungi 30 biji
  • Omega Guard mengandungi 90 biji

Dari segi harga:

  • Neurogain berharga rm60 (pada tahun 2011)
  • Harga Omega Guard adalah rm136 (harga runcit). Harga ahli lagi murah.

DHA sahajakah penting? Kajian menunjukkan EPA juga penting kepada bayi dalam kandungan, terutama dari segi:

  • Mengurangkan risiko keradangan. Contoh keradangan adalah ekzema dan EPA juga membantu meningkatkan sistem imun tubuh.
  • Mengekalkan kesimbangan pengeluaran hormon seperti hormon prostaglandin. Prostaglandin bantu kawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus

Jadi ratio DHA dan EPA sangat penting sebelum anda memilih mana-mana suplemen omega 3.

5 Tips Memilih Minyak Ikan Menurut Pandangan Doktor

Menurut Dr Hafiz Sulaiman, ada 5 tips untuk anda memilih minyak ikan:

  1. Pilih gred pharmaseutikal dan mempunyai persijilan IFOS (international fish oil standard): Minyak ikan sebegini melalui banyak proses penapisan serta mempunyai ketulenan yang tinggi.
  2. Minyak Ikan dari ikan kecil: Ikan besar lambat mati, justeru banyak mengumpul toksin logam berat.
  3. Minyak Ikan senang teroksida (rosak) terutamanya jika disimpan lama. Pecahkan minyak ikan dan sekiranya tengik rasanya, sila bakul sampahkan sahaja kerana minyak yang rosak bahaya untuk kesihatan anda. Minyak ikan baik rasanya macam ikan fresh.
  4. Minyak Ikan kod selain omega 3 ia juga mengandungi vitamin larut lemak yang tinggi seperti vitamin A, D dan K2
  5. Kandungan Omega 3 dalam setiap softgel atau cecair. Ini SANGAT PENTING
  • Jumlah kandungan minyak mungkin 1000 mg atau 1200 mg
  • Periksa kandungan EPA dan DHA dan jumlahkan.
  • Tolakkan jumlahnya dengan Omega 3, anda akan dapat minyak pengisi @ FILLER!

Sekiranya jumlah minyak 1000mg:

  • Contoh brand 1 : EPA 180mg DHA 120mg = jumlah Omega 3 — 300mg Filler — 700mg
  • Contoh brand 2 : EPA 396mg DHA 264mg = jumlah Omega 3 — 660mg Filler — 340mg
  • Contoh brand 3 : EPA 540mg DHA 360mg = jumlah Omega 3 — 900mg Filler — 100mg

Minyak filler ni digunakan untuk mengisi softgel selepas memasukkan Omega 3. Contoh minyak filler ini ialah minyak dari mata atau perut ikan yang diproses, minyak omega 6 ataupun ada minyak ikan diisi AIR sebagai filler. Dan kalau anda hendak tahu, peraturan FDA menetapkan filler hanya boleh dimasukkan 15% maksima. 

Maka pilihlah minyak Omega 3 betul-betul dan jangan beli minyak penuh air. Sekarang jom kita buat kiraan.

perbandingan omega guard, neurogain dan gnc 1

Perbandingan omega guard, neurogain dan xx

Tengok jadual di atas:

  • Filler bagi jenama Neurogain dan XX melebihi paras dibenarkan (20%)
  • DHA dan EPA tak seimbang bagi Neurogain dan XX
  • Peratus khasiat omega 3 sangat rendah bagi Neurogain dan XX

Jadi, produk Omega 3 yang korang ambil, pastikan ianya penuh khasiat Omega 3, bukan banyak filler semata-mata. Juga pastikan ratio DHA dan EPA adalah seimbang supaya mendapat semua khasiat DHA dan EPA yang diperlukan ibu mengandung dan bayi.

Pastikan Omega 3 anda ambil adalah bergred farmasi:

Ciri-ciri minyak ikan gred farmasi

Ciri-ciri minyak ikan gred farmasi

Berminat untuk dapatkan Omega Guard Shaklee? Ayuh hubungi saya sekarang!

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)