Hari Raya Dengan Shaklee? Beberapa hari lagi je kita nak Hari Raya bagi tahun Hijrah 1444. MasyaAllah pantas masa berlalu, sangat sayang nak tinggalkan Ramadan tapi itulah kehidupan. Mudah-mudahan tahun depan kita dapat bertemu lagi dengan Ramadan.
Memandangkan Hari Raya kan, jadi perkongsian saya kali ini ialah tentang gegar raya dengan bergaya bersama Shaklee.
Hari Raya Bergaya Dengan Shaklee: Cuti-cuti pun boleh jana pendapatan
Pelik kan topik ni? Tapi sebenarnya ada cara sambil kita bercuti kita boleh jana pendapatan. Saya dah 10 tahun lebih dalam bisnes Shaklee, dan selama ini samada Hari Raya atau bercuti dalam / luar negara, bisnes saya tetap on saja.
Sebab apa? Sebab saya pilih mengendalikan bisnes ini secara online sepenuhnya, ada sikit-sikit sahaja tambahan secara offline seperti kelas-kelas fizikal, coaching, conference yang perlu dihadiri, berjumpa dengan pelanggan sesekali, atau ada buat kursus Mobile SPA.
Bila kita jalankan bisnes secara online kita boleh menjana wang sambil menikmati percutian kita. Bijak kan?
Mungkin saya boleh berikan beberapa contoh:
1. Hari Raya, sales tetap masuk, masih tetap efektif dan income 4 angka
Haaza min fadli robbi, setiap kali raya saya masih dapat efektif dan mendapat pendapatan 4 angka untuk tempoh 1 bulan. Kita kena sangka dan fikir baik-baik. Kita jangan begini:
- Hari raya orang nak spend urusan raya?
 - Hari raya sekali hal ehwal sekolah tahun ni, ada ke orang nak beli?
 
Sebabnya kita dalam bisnes Shaklee ni ialah bisnes kesihatan dan wellness. Ianya mempunyai demand sepanjang masa. Maka kita fikir begitu. Buktinya ialah walaupun Hari Raya, saya tetap ada sales samada secara offline (masa berjumpa sanak saudara terus boleh closed sales) ataupun orang yang tidak dikenali hubungi saya (online mungkin dari Blog, Youtube atau Media Social).
Hari Raya sebenarnya paling banyak peluang untuk closed sales. Sebabnya masa inilah orang nak cantik, nak kurus, nak bagi hadiah kepada ibu bapa, untuk tenaga dan lain-lain lagi.
2. Bercuti pun sales berjalan sepanjang masa
Dulu-dulu saya pun ada fikiran, eh ok ke nak tinggal bisnes ni? Masuk ke sales? Ajaibnya bila kita seronok, sedang membahagiakan keluarga, masa itulah sales berderu-deru masuk. MasyaAllah haaza min fadli robbi.
Kena ingat balik sharing saya sebelum ini, kata Rasulullah SAW
Ikatlah (untamu), baru kamu bertawakkal.
Riwayat al-Tirmizi (2157) dan Ibn Hibban (708)
Ertinya, kita kenalah berusaha dulu sebanyak-banyaknya.
Bisnes Shaklee juga adalah bisnes berpasukan, bila berpasukan ianya akan berjalan juga tanpa kehadiran kita secara fizikal untuk tempoh tertentu. Lagipun sekarang ni ada je banyak cara untuk akses internet, kita boleh reach customer dan team kita dari mana-mana pun. Time Flexibility.

Tip Gegar Raya Dengan Bisnes Shaklee
Jadi memandangkan kita ni Hari Raya setiap tahun, maka tip gegar raya ni boleh kita apply pada setiap kali Hari Raya dengan Shaklee.
1. Amalkan Shaklee Untuk Seluruh Keluarga
Sebagai pengedar Shaklee, sebaik-baiknya kita pun jadilah pengguna yang setia. Kalau ahli lama macam saya, almost semua produk Shaklee memang saya gunakan. Anak-anak dan keluarga pun turut sama gunakan.
Kalau kita ni orang baru bisnes Shaklee, gunakan produk sebaik-baiknya ikut modal yang kita ada. Kalau belum modal besar, boleh mulakan dulu mungkin dengan ESP Shaklee dan Vitamin C. Kalau modal lebih banyak, boleh gunakan produk Shaklee lebih banyak. Termasuk Vivix dan ResV umpamanya.
Sebabnya bila kita sendiri gunakan, kita akan jadi lebih yakin untuk berkongsi manfaatnya dengan orang lain. Disamping itu kita sendiri telah dapat kesan baik hasil daripada pengambilan vitamin Shaklee.

2. Bawa Balik Stok Suplemen Shaklee
Stok suplemen bawalah serba sedikit. Cukup ikut target kita. Ada stok ditangan ni maknanya membuka peluang untuk kita dapat sales walaupun sambil berhari raya. Bawa stok ni ikut situasi, kalau macam balik kampung (sebab gunakan kereta), maka mudahlah nak angkut bawa balik.
Kalau naik flight mungkin kurang sesuai. Kena study juga apa supplements Shaklee yang sesuai untuk kita gunakan ketika bercuti atau musim perayaan.
Bila ada stok di tangan, sambil-sambil beramah mesra Hari Raya, mana tau boleh pula closed sales.
3. Homework Untuk Bisnes Online
Homework ni maksud saya, kita buatlah jadual untuk posting kita, samada di blog, Youtube mahupun di media social. Kita siap-siapkan posting kita ikut bilangan hari yang kita mungkin bercuti. Kalau nak cuti 5 hari misalnya dan kita memang tahu atau agak lokasi yang hendak ditujui sukar dapatkan akses internet, maka kita siapkan posting kita untuk 5 hari tu.
Macam blog menggunakan WordPress / Blogspot atau Youtube, kita boleh jadualkan ikut tarikh-tarikh tertentu. Macam saya, tak lama lagi nak cuti Hari Raya, saya dah siap-siap posting blog saya untuk tempoh 7 hari.
Jadi, hari-hari blog atau Youtube dan Media social kita ada updates.
Mind you, orang menggunakan Google ni setiap saat, tak kira cuti atau tidak. Jadi jangan lepaskan peluang ini.
4. Bincang Dengan Upline
Setiap kali bercuti, terutama cuti yang mungkin melibatkan kesihatan kita ie bersalin ke, pembedahan ke, MC ke dll, kita inform upline kita siap-siap.
Sebab kita inform tu ialah supaya upline kita tak tertanya-tanya kita yang mungkin menyepi sekejap (jadi kuranglah upline kita risaukan kita), di samping itu upline boleh juga tolong pantau bisnes kita.
Selalu pun nak bercuti memang saya akan inform upline saya. Hubungan upline-downline kena harmoni.
5. Uruskan Bisnes Online Shaklee
Memandangkan kita buat bisnes online, maka lebih banyak kelebihan kepada kita untuk uruskan pembelian dan penghantaran secara online. Pastikan kita ada talian internet sahaja.
Kita memang dah ada website Shaklee, dalam itu kita boleh
- Pantau performance bisnes kita
 - Buatkan pendaftaran untuk ahli baharu (ahli baharu pun boleh daftar sendiri)
 - Buatkan pembelian dan pembayaran pun secara online
 - Penghantaran pula akan diuruskan oleh pihak Shaklee
 
Jadi kita pun tak perlu simpan stok atau perlu rushing untuk mengepos sendiri. Kita pastikan pelanggan membayar harga produk, daftarkan mereka secara ahli, dan buatkan pembelian untuk mereka melalui website. Selebihnya berkenaan penghantaran pula Shaklee akan uruskan.
Jadi mudah sangat. Kita hari raya dari mana-mana pelusuk dunia pun, kita masih boleh jalankan bisnes kita.
6. Ajar Team Bisnes Kita
Dalam bisnes ini, kita akan lebih laju kalau kita ada team bisnes. Saya bukanlah bermaksud tak boleh buat sendirian, tapi LEBIH LAJU untuk berjaya kalau kita ada team bisnes.
Kita dan bisnes partner kita (downline) kita adalah hubungan WIN-WIN. Saling memerlukan. Jadi kita ajar team bisnes kita untuk mereka turut sama berjaya dalam Shaklee. Mereka berjaya, kita pun sama-sama berjaya.

7. Doa dan Tawakal
Akhir sekali selepas berusaha, kita berdoa agar Allah jaga bisnes kita, dan bertawakal dengan hasil yang Allah kurniakan kepada kita. Doa ni memang kena continuous, kena selalu doa tanpa jemu.
Jom Gegar Bisnes Kita, Hari-hari pun Hari Raya!
Perkongsian saya diatas adalah satu aspek bagaimana menjalankan bisnes Shaklee sepanjang masa. Bila kita berjaya kendalikan bisnes kita sebaiknya, kita tak kisah pun bila sampai Hari Raya (mungkin ada yang risau nak tinggalkan bisnes, atau risau nak kena spend banyak untuk Hari Raya).
Sebabnya pendapatan tetap lancar, ada sales masuk selalu, team kita pun masih berupaya mendapat pendapatan, semua orang dapat income, semua orang happy.
Jemput baca sharing saya dibawah lebih lanjut tentang bisnes Shaklee:
Jadi, jom kita tambah income dengan buat bisnes Shaklee.
Untuk menyertai team saya dalam bisnes online Shaklee, cara penyertaan ada 2 jenis:
- Membayar yuran sebanyak rm35 atau
 - Membeli mana-mana produk dengan harga rm350 minima untuk mendapatkan FREE MEMBERSHIP
 
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Dengan menyertai team bisnes saya,
Register sini
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak
PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
												

