Call nowWhatsapp

Ramai juga orang buat part time job di negara kita, walaupun mereka ni rata-rata memiliki pekerjaan tetap di pelbagai bidang. Walaupun surirumah antara yang teramai, orang yang bekerja pun antara yang turut sama berlumba-lumba membuat part time job.

Pengalaman Buat Part Time Job

Saya dulu pun pernah bekerja. Bekerja di sektor swasta, tangga gaji pula average di sebuah syarikat Bumiputra dan selain itu pakej karier yang tidak berkembang (position tak banyak untuk perkembangan). Meaning kalau saya nak grow better lagi, kena berpindah syarikat. Sebab memang tangga karier tak banyak mana, syarikat kecil sahaja dengan kapasiti sekitar 80 orang pekerja).

Jadi awal-awal bekerja sememangnya saya buat juga part time job. Antaranya jual retail madu Yaman, pernah juga terlibat dalam industri pengasuhan kanak-kanak (modal sekitar rm50 ribu). Shaklee saya bermula tahun 2012 juga sebagai part time job.

Namun bisnes Shaklee itulah yang daripada part time job, jadi full time job saya sekarang.

Kenapa Buat Part time Job?

Awal tahun ini saya semacam frust juga bila baca pengumuman Tabung Haji berkenaan pakej Haji terbaharu. Banyak naik harga pakej Haji, sebab tiada lagi subsidi diberikan.

Semalam pula tengok berita, barulah faham kenapa subsidi tidak lagi diberikan kepada jemaah haji.

Rupanya bertahun-tahun selama ini, subsidi haji diambil daripada keuntungan simpanan pendeposit Tabung Haji. Info yang disorokkan selama ini. Untuk rekod juga, ramai juga jemaah haji pergi haji lebih daripada 1 kali. Selama ni kita ingatkan subsidi haji adalah daripada bantuan Kerajaan.

Jadi seingat saya memang pernah baca bab ini, bila subsidi Haji diambil daripada keuntungan tabungan pendeposit, maka sejak tahun lalu ramailah pendeposit Tabung Haji tidak lagi mahu keuntungan mereka digunakan untuk subsidi haji.

Lagipun kerja Haji ialah bagi orang yang benar-benar mampu.

Jadi sebab itulah bermula tahun ini, pakej Haji telah berubah, mengikut pula kedudukan taraf ekonomi kita.

Pakej Haji Terkini Bermula 2023
Pakej Haji Terkini Bermula 2023
Kenapa saya ungkit bab Haji pula? Sebab buat haji ialah antara target kita semua umat Islam. Satu impian kita semua orang Islam ialah nak menyempurnakan Rukun Iman ini iaitu Mengerjakan Haji. 

Itulah juga salah satu punca kenapa juga kita wajar buat part time job, betul?

Bila dapat buat part time job, kita dapat manfaat yang banyak:

  • Dapat income tambahan, jadi dapat membiayai kehidupan kita maklum saja sekarang ni banyak benda perlukan duit, harga jaman sekarang pun tak sama lagi dengan kos 3 tahun lalu
  • Dapat income tambahan, duit hasilnya dapat menabung untuk simpanan
  • Dapat income tambahan, duit hasilnya dapat menambah kebahagian keluarga seperti bawa keluarga bercuti, belanja makan di luar, dapat membiayai pendidikan tambahan anak-anak, dll
  • Dapat income tambahan, duit hasilnya dapat disimpan untuk kerja haji

Jadi banyak yang kita dapat lakukan kalau pendapatan kita bertambah. Macamana nak tambah pendapatan? Salah satunya dengan buat part time job.

Pilihan-pilihan Part Time Job Tahun 2023

Kalau kita ni bekerja full time, ada banyak part time job yang sesuai buat anda. Begitu juga surirumah, banyak kerja yang sesuai untuk kita di era ini.

Saya kongsikan disini ya. Kena ingat satu perkara, yang saya kongsi ni ialah part time job yang saya rasa anda boleh lakukan dengan mudah, tanpa memerlukan perahan keringat / tenaga yang teruk, dapat dilakukan bila-bila masa yang sesuai, sambil mengambil peluang daripada berkembangnya industri online, selain modal yang rendah.

Pilihan Part Time Job Tahun 2023

  • Jadi tutor atau buat tuisyen secara online atau bersemuka
  • Jadi consultant untuk pelbagai bidang secara online umpamanya buat copywriting untuk tujuan bisnes dll
  • Jadi designer untuk pelbagai perkara ie buat logo company, buat poster dll. Sekarang dah ada artificial intelligence (AI) boleh explore
  • Buat bisnes Multilevel Marketing seperti Shaklee (macam yang saya buat), kalau minat dalam hal membantu orang lain dapatkan kesihatan lebih baik disamping jana pendapatan dengan Shaklee. Inilah minat saya pun, kalau minat macam saya, boleh join dengan saya
  • Buat mobile SPA iaitu perkhidmatan facial bergerak. Boleh dilakukan samada di rumah sendiri atau kita bergerak dari rumah ke rumah. Pendapatan pun memang mudah, perkhidmatan jenis ini juga dah demand tinggi sekarang

Perkhidmatan spa mudah alih atau bisnes Mobile spa ialah perniagaan yang menawarkan perkhidmatan spa terus ke rumah atau lokasi pelanggan. Perniagaan ini biasanya membawa peralatan dan bekalan spa seperti berus, lulur, minyak urut, dan alat-alat spa yang lain ke lokasi pelanggan untuk memberikan pengalaman spa yang selesa dan santai.

Bisnes Mobile spa biasanya menawarkan perkhidmatan seperti urut badan, rawatan wajah, manikur dan pedikur di lokasi pelanggan. Apabila mendapatkan perkhidmatan ini, pelanggan tidak perlu keluar rumah atau pergi ke pusat spa kerana perkhidmatan Mobile spa ini akan datang ke tempat mereka, memberikan kepuasan dan keselesaan pelanggan.

Perniagaan ni menawarkan kelebihan kepada pelanggan yang sibuk atau kurang berpeluang mempunyai masa terluang untuk ke tempat spa secara teratur. Sebagai pengendali bisnes mobile spa pula, mereka boleh lakukannya secara part time job juga sambil-sambil ada pekerjaan tetap ataupun sebagai surirumah. Sebab ianya juga time flexible.

Ada ramai yang saya kenal, mereka juga buat mobile spa bisnes ni. Tengok ni betapa happynya mereka ni

Saya pun mengajar buat mobile spa bisnes ni. Salah seorang anak buah saya http://seriliefloraspa.blogspot.com
Saya pun mengajar buat mobile spa bisnes ni. Salah seorang anak buah saya http://seriliefloraspa.blogspot.com
Bila part time job mobile spa selain flexible time, duit cash yang dapat pun banyak
Bila part time job mobile spa selain flexible time, duit cash yang dapat pun banyak
Sekali buat part time job mobile spa, boleh dapat ratus-ratus RM
Sekali buat part time job mobile spa, boleh dapat ratus-ratus RM

Tambah Pendapatan Untuk Kehidupan Lebih Selesa

Saya dulu pun memang buat juga part time job. Dulu-dulu masa saya baru bermula, saya mula buat part time job sebab saya perlukan pendapatan tambahan.

  • Mula dari memang nak tambahan pendapatan
  • Lepas tu bila pendapatan bertambah, income tambahan tu jadi income saya beli kebahagiaan ie belanja family, belanja anak-anak, hantar anak-anak tuisyen, bahagiakan orang lain
  • Lepas tu makin bertambah pendapatan, saya ingin pula orang lain pun dapat income banyak-banyak macam saya

Memang ada seorang mentor bisnes saya pun berpesan,

Mulakan bisnes anda disaat anda tidak memerlukannya the most, kerana anda takkan tahu bila anda akan benar-benar memerlukannya.

Roger Barnett, Shaklee Coroporation

Memang betul pun kata Roger tu, saya mula bisnes Shaklee tahun 2012, bermula tahun 2017 saya memang benar-benar perlukan bisnes Shaklee ni sebab itulah saatnya saya dipaksa bekerja full time (sebab kena diberhentikan kerja tahun 2016).

Kena ingat langit tak selalu cerah, ada masa memang kita akan diuji (dunia ni memang ujian), jadi pesan Rasulullah pun:

“Seandainya kamu semua benar-benar bertawakkal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang.”

Riwayat Ahmad (1/30), al-Tirmizi (2344), Ibn Majah (4164), Ibn Hibban (730) dan al-Hakim (7894)
Dalam menjelaskan maksud hadis ini, Imam al-Munawi berkata: Hal ini menunjukkan bahawa tawakkal tidak boleh dengan meninggalkan usaha. Tawakkal hendaklah dengan melakukan pelbagai usaha yang akan membawa kepada hasil yang diingini. Hal ini kerana burung pun memperoleh rezeki dengan berusaha. Justeru, hal ini memberi petunjuk kepada kita untuk berusaha mencari rezeki.

Dalam hadis ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan bahawa tawakkal yang sebenarnya bukanlah bererti bermalas-malasan dan enggan melakukan usaha untuk mendapatkan rezeki, sebaliknya tawakal yang benar hendaklah dengan melakukan pelbagai jenis usaha dan cara yang dihalalkan untuk memperoleh rezeki. (Dinukilkan dalamTuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami’ al-Tirmizi, 7/8)

Imam al-Suyuti menukilkan bahawa Imam al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman berkata: “Hadis ini bukanlah dalil untuk duduk bersantai-santai dan enggan melakukan usaha untuk memperoleh rezeki. Sebaliknya hadis ini merupakan dalil yang memerintahkan untuk mencari rezeki kerana burung tersebut pergi pada pagi hari untuk mencari rezeki.

Kredit: pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Kesimpulan

Ramai orang jaman ni memang buat part time job. Tak dinafikan. Saya pun galakkan anda buat part time job, selain sebabnya yang saya tuliskan diatas, sebagai wanita, saya suka ramai wanita terutamanya surirumah miliki pendapatan sendiri dijaman serba mencabar sekarang ni.

Jadi, jom kita tambah income dengan buat part time job!

Untuk menyertai team saya dalam bisnes online Shaklee, ada 2 jenis cara bisnes yang saya tawarkan kepada anda:

  • Bisnes Shaklee dengan cara berkongsi produk yang Shaklee hasilkan terutamanya suplemen Shaklee
  • Bisnes mobile spa. Maklumat lanjut berkenaan bisnes mobile spa ni nanti saya share dalam posting lain.

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. 

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679

Dengan menyertai team bisnes saya, 

Register sini

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak

PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)