Tingkatkan sistem pertahanan badan secara semulajadi
Sistem imun adalah rangkaian sel, tisu dan organ yang bekerja bersama-sama untuk mempertahankan tubuh daripada serangan oleh penceroboh asing. Organisma yang menyebabkan jangkitan adalah seperti bakteria, virus, parasit dan kulat.
Bendasing ini dikaitkan dengan patogen. Adalah sangat penting memastikan sistem imun badan kita sentiasa di tahap baik untuk mengelakkan badan daripada serangan patogen ini.
Dalam sistem imun manusia mempunyai 3 lapisan pertahan.
1. Lapisan pertahanan pertama – liputan permukaan
Pertahanan terhadap patogen bermula daripada lapisan permukaan iaitu kulit, silia, asid perut, membran mukus dan tisu endothelial:
a. Kulit
Dimana berlaku pertukaran sel-sel mati secara berkala di epidermis memusnahkan patogen. sebum (asid lemak tak tepu) menyediakan perlindungan pada kulit dan menghalang pertumbuhan.
b. Silia dan mukus
Membran mukus menghasilkan mukus untuk memerangkap patogen dari struktur berbulu iaitu silia menyalurkan mukus ke tekak untuk dibatuk atau ditelan.
c. Air liur
Air liur menghasilkan lysozyme untuk memecahkan sel-sel dinding patogen dan bertindak sebagai antibiotik.
d. Jus gastrik
Bakteria yang ditelan dipecahkan kepada asid kuat (ph 2-3) di dalam perut yang juga berperanan memecahkan makanan.
Nutrien untuk lapisan pelindung pertama: protein, omega 3 dan vitamin & mineral
a. Vitamin & mineral
Menyediakan nutrien yang lengkap untuk fungsi optimum semua organ sistem imun.
b. Omega 3
Omega membantu mengurangkan keradangan sel, mengukuhkan perlindungan kepada lapisan pertahanan pertama
c. Protein
Menguatkan struktur kulit, meningkatkan pengeluaran air liur dan merendahkan peluang untuk kuman memasuki badan serta mengelakkan kulit kering.
2. Lapisan pertahanan kedua
Apabila patogen menembusi lapisan pertahanan pertama, lapisan pertahanan kedua akan diaktifkan.
Contoh sel yang bertanggungjawab dalam lapisan pertahanan kedua adalah makrofaj, sel darah putih, sel pembunuh semulajadi, interferon dan seterusnya mengaktifkan tindak balas imun.
a. Sel darah putih
Merembeskan bahan kimia untuk membunuh bakteria.
b. Macrofaj
Menelan bakteria dan memusnahkannya
c. Sel pembunuh semulajadi
Mengenali sel-sel manusia yang sudah dijangkiti dan sel-sel kanser.
Contoh simptom pertahanan badan berfungsi adalah anda melihat tempat yang dijangkiti berlaku keradangan.
Apabila patogen menyerang sel badan, tisu yang cedera dan makrofaj melepaskan histamine yang memulakan tindak balas keradangan. selepas histamin dilepaskan, suhu badan akan meningkat dan reseptor sakit akan diaktifkan. Sel darah putih akan emmasuki kawasan yang dijangkiti.
Nutrisi pada lapisan pertahanan kedua:
- Merangsang penghasilan interferon secara semulajadi iaitu dengan plantago seeds, japanese honeysuckle, safflower dan pumpkin seeds
- Bawang putih – antibiotik semulajadi yang merangsang penghasilan sel darah putih.
- Carotenoid – meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan aktiviti sel darah putih.
Fungsi interferon adalah untuk mengaktifkan lagi sel darah putih. Interferon adalah sejenis protein. Dr Kojima adalah seorang imunologist yang menemui bagaimana interferon boleh dihasilkan secara semulajadi dalam badan.
Beliau telah mengkaji selama 40 tahun ke atas beribu-ribu sebatian dan mendapati 4 kombinasi yang sangat bagus yang membantu meningkatkan penghasilan interferon secara semulajadi dalam badan.
Dalam pasaran, terdapat pelbagai produk untuk sistem imun namun kebanyakannya adalah untuk
- Menambahkan sel imun dalam badan
- Menggunakan kolustrom (susu lembu) atau telur kuning untuk meningkatkan sistem imun
Interferon secara farmasutikal boleh didapati di hospital namun ada kesan sampingan untuk jangka masa panjang (kerana ia bertoksik dan memberikan kesan kepada tubuh jika diambil secara kimia). Ini termasuklah:
- Muntah
- Cirit birit
- penipisan rambut
- Sakit otot
- Tindak balas alahan
- Denyut nadi meningkat
- Anaroxea
- Bilangan platlet rendah
- Bilangan sel darah putih rendah
- Fungsi buah pinggang dan hati merosot
Interferon akan berfungsi untuk sistem pertahanan kedua dan ketiga.
3. Lapisan pertahanan ketiga
Ia bertindak apabila lapisan pertahanan kedua tidak mencukupi dan jangkitan tersebar luas. Komponen yang penting untuk pertahanan ketiga adalah antibodi.
Antibodi juga disebut sebagai immunoglobulins. Ia berfungsi untuk mengenalpasti dan membantu memusnahkan antigen asing atau sasaran seperti virus dan bakteria (antigen).
Nutrisi yang penting untuk sistem pertahanan ketiga adalah resveratrol. Ia membantu:
- Meningkatkan aktiviti sel pembunuh semulajadi (sel NK)
- Memperbaiki dan melindungi sel DNA.
Dalam lapisan kedua, resveratrol meningkatkan fungsi pembunuh semulajadi sel. Dalam lapisan ketiga pula resveratrol membantu melindungi DNA.
Kombinasi kesemua nutrisi ini adalah lengkap untuk melindungi pertahanan badan dan melengkapkan sistem imun tubuh.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
klw badan suka lemes terus klw di bawa aktifitas langsung lemes kenapa ya ?
soalnya saya suka gemeteran lesu… udah tiga hari
selalu letih tu mungkin sebab badan dah over toksin. boleh cuba buat detox dulu, kemudian ambil suplemen pemberi tenaga
wow! betapa Allah maha bijaksana, terpulang kepada kita bagaimana nak menghargainya pula
siti hazreen recently posted…Permohonan Kemasukan Ke Program Kolej Vokasional 2017
Allah maha besar
Nice info… Kata orang mencegah lebih baik daripada mengubati… 😉
Anuar recently posted…Rezeki hari Jumaat….
betul tu cik
Bagus banget artikelnya, makasih telah bagi-bagi ilmu tentang sistem imun…
sama2 cik
wow. .terbaik info ni kak. konfirm leh bantu mereka yang sedang cari info macam ni 🙂
Uncle Zuan recently posted…Persiapan Sebelum Menunaikan Umrah
thanks tuan
mmg penting pertingkatkan sistem imun badan…
Hairul Hissam recently posted…Ubat Cirit Birit Tradisional Terbaik & Testimonial Jual Sebiji Murtabak Berharga 10 Dollar Di Sydney
jaga kesihatan cik
Perlukan usaha yg kuat untuk berjaya…
Introducer maybank/cimb-0127292850 recently posted…Kelebihan/keperluan akaun semasa syarikat kepada perniagaan anda.
insyaAllah