Call nowWhatsapp

Bila Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Delay

perkembangan bayi mesti ikut jadual

“Puan, femur length baby macam tak ikut jadual perkembangan yang sepatutnya. Saya akan rujukkan puan ke Hospital Selayang.” Lembut saja tutur kata doktor di Klinik Kesihatan (KK) tatkala selesai proses ultrasound pada minggu ke 29 bulan lalu.

Pernyataan lembut tapi bedebush dalam fikiran saya, risau ada, sedih pun ada. Tapi pada masa yang sama saya cuba bertahan positif. “InsyaAllah takde apa-apa.

Pengesahan Perkembangan Bayi

Petang itu juga doktor arahkan saya ke hospital. Malangnya saya sampai agak lewat jadi doktor di klinik pakar pun sudah tiada. Saya diberikan temujanji pada minggu ke 32, iaitu 3 minggu lagi.

Saya cukup tak puas hati, ditambah perasaan gelisah. Saya buat appointment dengan pakar O&G di klinik swasta berhampiran keesokannya.

Doktor pakar turut sahkan femur length (FL) bayi agak delay kira-kira 3 minggu.

“Doktor boleh perbaiki ke akan datang ni? Maybe akan grow lagi ke?” tanya saya.

“Biasanya takdela grow sangat dah pun. Walaupun puan pun agak rendah, tapi tak sepatutnya progress bayi delay. Tapi puan cuba buat detail scan, tengok perkembangan yang lain. Kalau semua ok, insyaAllah takde apa nak risau.”

Takde apa nak risau? Pernyataan doktor yang kata takleh grow elok dah tu satu statement mengundang kerisauan. Keluar je bilik doktor, terus nangis. Aduhai, apakah dugaan kali ini?

Tapi saya cuba bertahan positif. Appointment dengan ultrasound dibuat pada Sabtu, 2 hari lagi. Saya panjatkan doa banyak-banyak.

Sabtu tu pagi-pagi lagi kami ke klinik untuk berjumpa Dr Siti.

Lagi teruk. Dr Siti kata FL delay 4 minggu! Kata dr, kalau setakat delay 3 minggu masih ok lagi, tapi 4 minggu ni agak merisaukan. Saya dan suami diam.

“Puan ada control diet ke?” tanya doktor.

Sejak mengandung, memang berat saya naik 4kg setiap bulan. Bila naik banyak, doktor bising sebab doktor bimbang ada masalah GDM atau darah tinggi. Alhamdulillah saya takde masalah macam itu. Sebab itu masa mengandung saya kawal pemakanan saya.

Dan saya bagitau doktor saya tak minum susu, saya bersenam dan saya juga tak ambil protein drink. Doktor diam sahaja menandakan dia ok dengan penjelasan saya yang berusaha supaya berat tak naik banyak.

Selain tu, saya kawal pemakanan. Makan malam saya skip. Dan saya tak sangka ini mungkin punca perkembangan bayi sedikit delay.

Mendengarkan penjelasan saya, Dr Siti cadangkan supaya saya tambahkan pemakanan. Jangan diet-diet dah.

Adakah berat bayi sesuai dengan usia kandungan?

Beberapa istilah yang umum dalam ultrasound:

  • GA = Gestational Age. Ini menunjukkan perkiraan umur kehamilan Anda.
  • GS: Gestational Sac adalah ukuran kantung kandungan, berupa bulatan hitam. Ini biasanya diukur pada trisemester awal.
  • CRL: Crown Rump Length. Adalah ukuran jarak dari puncak kepala ke ‘ekor’ bayi. Ini juga biasa digunakan doktor untuk mengukur janin di usia kehamilan trisemester awal.
  • BPD: Biparietal diameter. Ini adalah ukuran tulang pelipis kiri dan kanan. Biasa digunakan untuk mengukur janin di trisemester 2 atau tiga
  • FL: Femur Length. Merupakan ukuran panjang tulang paha bayi.
  • HC: Head Circumferencial atau lingkaran kepala.
  • AC: Abdominal Circumferencial. Ukuran lingkaran perut bayi. Jika dikombinasikan dengan BPD akan menghasilkan perkiraan berat bayi.
  • FW: Fetal weight atau berat janin.
  • F-HR: Fetal Heart Rate atau frekuensi jantung bayi.
Ukuran-ukuran yang diukur dalam ultrasound bayi dalam kandungan
Ukuran-ukuran yang diukur dalam ultrasound bayi dalam kandungan

Tips Pastikan Perkembangan Bayi Normal

Bila doktor suruh saya makan lebih, saya faham berkaitan nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan tulang bayi. Tulang bukan sahaja perlukan kalsium untuk ianya membesar, tapi banyak nutrisi lain lagi yang diperlukan.

Di sepanjang tempoh mengandung, saya memang kurang amalkan suplemen berikut:

  • ESP protein – saya cuma ambil 1 hidangan sahaja yang mana hanya menyediakan 14gm protein. Keperluan protein ibu mengandung pula adalah 75gm protein.
  • Kalsium – kalsium saya sudah ambil dalam 1200mg, tapi rasanya masih tak mencukupi

Selain tu, saya ubah jadual makan saya. Saya makan dengan kerap dan tak lagi skip makan. Suplemen ESP dan Ostematrix saya tambah dosnya.

ESP menyediakan khasiat protein untuk tumbesaran bayi
ESP menyediakan khasiat protein untuk tumbesaran bayi

Apa hasilnya?

Selepas 3 minggu, saya berjumpa doktor untuk temujanji pada minggu ke 32 kehamilan. Kali ni saya boleh senyum dah.

Pada 32w, semua perkembangan bayi adalah normal dan mengikut jadual. Ini termasuklah FL yang mana daripada delay 4 minggu sebelum ini, ia dah catch up jadi 32w.

Laju tak? Itulah hebatnya kuasa nutrisi!

Makan makanan ikut nutrisi yang kita perlukan, bukan diet dan sengsarakan sel badan kita. Lebih-lebih lagi jika kita mengandung atau menyusukan bayi.

Ini sekaligus menolak tanggapan doktor pakar yang saya temui, katanya takde lagi growth. Benda ni betul jika bayi ada masalah genetik. Tapi kita tak boleh ketepikan peranan nutrisi untuk membantu sel anak berkembang.

Teruja?

Klik disini untuk ketahui lebih lanjut berkenaan Set Mengandung Shaklee

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

4 thoughts on “Bila Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Delay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge