Call nowWhatsapp

Bisnes online sekarang dah semakin meluas. Jaman saya mengenali bisnes online sekitar tahun 2003 dulu, itulah pertama kali saya ikuti kelas buat bisnes online dengan sifu bisnes online Malaysia, Jutawan Irfan Khairi. Masa tu saya belajar cara buat blog untuk pemasaran.

Dalam bisnes, saya memiliki pengalaman jatuh bangun dah lebih 10 tahun. Saya pernah join bisnes seperti:

  • Jual produk retail secara online. Saya ambil stok 1 dozen madu Iran, dan cuba jual secara online menurut cara Irfan Khairi ajar. Mungkin tiada pengalaman, malahan mentor pun tiada, saya give up. Tak semua bisnes yang dijual secara online dapat berhasil. Malahan website beauty.com dulu pun pernah ranap. Jadi faktor pemilihan bisnes online apa yang nak kita laksanakan adalah sangat penting.
  • Pernah buka Taska dengan modal permulaan RM30 ribu. Bertahan selama 3 tahun (balik modal), kemudian saya jual taska tersebut.
  • Dari tahun 2014 hingga kini hanya fokus bisnes online sahaja.

Ada satu firman Allah:

Allah berfirman: “(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera”

Al Baqarah 2:260

Dalam ayat ni salah satu pengajarannya ialah apabila kita ingin mendapatkan pandangan, bertanyalah pada orang yang pakar. Dalam ayat tersebut diceritakan bagaimana Nabi Ibrahim bertanya kepada Allah bagaimana Allah menghidupkan yang mati. Jadi kita ambil pengajarannya.

Kalau kita nak buat bisnes online, tanya pada orang yang pakar bisnes online. Kalau kita buntu syarikat mana satu nak pilih, boleh tanya juga orang-orang yang berjaya dalam bidang tu disamping kita sendiri harus berdoa meminta petunjuk ALlah disamping kita buat kajian sendiri juga.

InsyaAllah dengan membaca sharing saya ini, anda akan mendapat input yang anda inginkan tentang bisnes online terbaik di Malaysia yang patut anda lakukan dari sekarang!

Kenapa Buat Bisnes?

Tahun 2023 ni menyaksikan banyak rungutan-rungutan daripada kalangan rakyat Malaysia. Kebetulan tahun ini bulan Mac terutamanya, banyak perlu keluar duit seperti keperluan sekolah, keperluan Ramadan dan sambutan Hari Raya. Mac dan April merupakan bulan-bulan yang getir bagi rakyat Malaysia ketika ini.

Bukan itu sahaja, harga-harga barang pun naik tak seperti dulu. Memang kita fahamlah aspek tukaran mata wang asing yang semakin tak menyebelahi Ringgit Malaysia (RM) sejak tahun 2020. Sudahlah kita ni negara bukan pengeluar, lalu banyak bergantung kepada barang import, dari sekecil-kecil biji benih sayur, sehingga sebesar-besarnya kita import semuanya. Kesannya kita tanggung selepas berpuluh tahun amalan import begini diamalkan.

Bahagian aspek kawalan harga, memang sukar kita bendung (at least kita sebagai pengguna dan rakyat). Bukan dalam circle of influence kita. Tapi bab pendapatan, adalah dalam tangan kita sendiri.

Saya pun alami juga cuma saya sedar perkara ni sejak tahun lalu. Sedar tentang banyak keperluan perlu ditanggung pada bulan-bulan Mac – April 2023 ni. Jadi saya dah buat persediaan lebih awal dengan membeli keperluan-keperluan secara berjadual.

Maknanya saya membeli barang-barang keperluan sejak bulan Disember lagi. Beli berdikit-dikit, jadi kita tak perlu tanggung perbelanjaan yang besar untuk Mac dan April.

Selain itu, saya walaupun surirumah, saya pun buat pendapatan sendiri melalui bisnes online. Jadi bukanlah suami sendirian dalam hal perbelanjaan keluarga tahun ini. Saya pun ada contribute hasil bisnes online saya.

Jujurnya, dengan bisnes online yang saya buat, alhamdulillah dapat membantu juga dalam perbelanjaan keluarga kami. Jadi walaupun bab harga barang sedikit meningkat, kami masih dapat membeli keperluan keluarga dengan lengkap. Terutama keperluan sekolah anak-anak, dan sambutan hari raya yang sederhana, selain masih dapat menikmati gaya hidup yang biasa kita alami.

Jadi point disini ialah

  • Keperluan menambah pendapatan
  • ada strategi untuk perbelanjaan

Pendapatan Rakyat Malaysia Data Dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

Penduduk Malaysia dianggarkan sekitar 32.7 juta orang. Ini berdasarkan Statistik Demografi Suku Pertama 2021 (Malaysia) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Walaupun kita semua dikategorikan mengikut klasifikasi pendapatan, adalah penting juga untuk memahami di mana kita berada dalam kategori B40, M40 dan T20 ini.

Sehingga 2019, purata pendapatan di Malaysia ialah RM7,901

B40, M40, dan T20 Malaysia merujuk kepada klasifikasi pendapatan isi rumah di Malaysia. B40 mewakili 40% Bawah, M40 mewakili 40% pertengahan, manakala T20 mewakili 20% teratas pendapatan isi rumah Malaysia.

Berapa banyak wang yang anda perlukan untuk hidup selesa di Malaysia?

Menurut The Living Wage: Beyond Making Ends Meet yang diterbitkan pada 2018 oleh Jabatan Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM), anggaran sementara bagi gaji sara hidup di Kuala Lumpur adalah antara RM2,700 dan RM6,500 sebulan.

Anggaran sementara ini dibuat oleh BNM menggunakan data daripada Tinjauan Perbelanjaan Isi Rumah 2014 dan 2016, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, dan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).

Seorang individu bujang sepatutnya mendapat gaji sekurang-kurangnya RM2,700 sebulan, pasangan tanpa anak mesti berpendapatan RM4,500. Sebaliknya, pasangan yang mempunyai dua anak sepatutnya berpendapatan tidak kurang daripada RM6,500 untuk hidup selesa di Malaysia

Dimana kita? Dimana anda? Kalaulah pasangan dengan 2 anak sepatutnya berpendapatan tak kurang rm6500 sebulan untuk hidup selesa di Malaysia, kalau anak 4 orang macam saya ni, sepatutya rm8500 sebulan kan? Atau lebih

Setiap 1 orang anak, sepatutnya pendapatan kita bertambah rm1000. Tapi rasanya kebanyakan kita tak macam tu. Dan paling penting ialah, kita sedar diri kita di mana. Kalau kita bekerja dan dapat sekian-sekian income, dan masih tak cukup, buatlah sesuatu untuk tambah pendapatan.

Data diatas ialah bagi tahun 2021, nak tahu apa keadaan terkini 2023? Baca sini.

START WHEN YOU NEED IT THE LEAST BECAUSE YOU WON’T KNOW WHEN YOU WILL REALLY NEED IT

Roger Barnett

Bisnes Online Pilihan Jaman Kini

Perniagaan dalam talian atau bisnes online telah menjadi semakin popular kerana beberapa sebab:

 1. Kos permulaan yang rendah: Memulakan perniagaan dalam talian adalah lebih murah daripada memulakan perniagaan konvensional. Namun bukan semua bisnes online sama kosnya, ada juga bisnes online tapi kosnya agak tinggi. Namun bisnes online  memerlukan kedai fizikal, inventori dan anda boleh beroperasi dari mana-mana sahaja, yang mengurangkan kos sewa, utiliti dan perbelanjaan lain.

 2. Jangkauan lebih: Sebagai perniagaan dalam talian, anda tidak terhad oleh lokasi geografi.  Anda berpotensi menjangkau sesiapa sahaja di dunia selagi mereka mempunyai sambungan internet.

 3. Kemudahan: Perniagaan dalam talian membolehkan anda menjalankan perniagaan anda dari mana-mana dan pada bila-bila masa.  Anda boleh bekerja dari rumah, semasa melancong, atau sambil duduk di kedai kopi kegemaran anda.

 4. Fleksibiliti: Perniagaan dalam talian memberikan fleksibiliti dari segi waktu bekerja.  Anda boleh bekerja mengikut kadar anda sendiri dan menetapkan jadual anda sendiri.

 5. Skalabiliti: bisnes online berpotensi untuk berkembang pesat dengan kos yang minimum jika mereka berjaya menarik pangkalan pelanggan yang besar.  Ini bermakna anda boleh mengembangkan perniagaan anda dengan lebih pantas dan lebih cekap daripada perniagaan tradisional.

Faktor-faktor ini telah menyumbang kepada pertumbuhan dan kejayaan perniagaan dalam talian, menjadikannya pilihan yang menarik dan mudah diakses untuk usahawan yang ingin memulakan perniagaan mereka sendiri.

Contoh-contoh Bisnes Online

Mungkin anda sekarang sudah berminat dengan bisnes online. Tapi takde idea nak buat apa, nak jual apa, melalui bisnes online?

Berikut adalah beberapa contoh bisnes online yang lazim orang Malaysia lakukan:

1. Dropshipping. Anda dapat menjual produk tanpa harus membeli stok terlebih dahulu. Ini bermakna bahwa Anda tidak perlu menangani urusan menyimpan stok dan menghantar barang. Dengan hanya menjual barang dari pihak lain kepada pelanggan anda, anda akan mendapat pendapatan.

2. Jadi grafic designer. Mudah sahaja ni terutamanya kalau anda ada bakat dalam hal design. Boleh buka bisnes online untuk menawarkan perkhidmatan design grafik seperti design logo, t-shirt, banner dan lain-lain. Walaupun sekarang banyak laman web online ada menawarkan design sendiri seperti Canva, tapi mungkin anda boleh fokus kepada design kepada syarikat-syarikat.

3. Jadi penulis konten. Jika Anda suka menulis, Anda dapat membuka bisnis online yang menawarkan servis sebagai penulis konten untuk website, blog, media sosial, dan sejenisnya. Mahal juga bayarannya ni.

4. Kedai online. Ini memerlukan modal yang besar juga sebab memerlukan modal kepada barang-barang. Barang-barang anda boleh dipasarkan di laman web e-commerce seperti Shopee, Lazada, Alibaba, dan lain-lain. Namun perlu diingat ada sesetengah jenis perniaagaan tidak boleh dipasarkan di laman web e-commerce seperti Multilevel Marketing (MLM).

5. Jadi konsultasi online. Jika anda pakar dalam bidang tertentu, seperti kewangan, bisnes, psikology, atau teknologi, Anda dapat membuka bisnes online yang menawarkan perkhidmatan konsultasi dan membantu orang lain dalam bidang tersebut.

Jadi ada banyak cara anda boleh lakukan dalam bisnes online. Namun sebelum memilih bisnes online yang ingin dijalankan, kena tahu dulu apakah potensi bisnes yang ingin anda lakukan itu.

Tip Memilih Bisnes Online Yang Ingin Dijalankan

Ada banyak jenis bisnes model yang ada di dunia ini.

 1. Model e-dagang, di mana perniagaan menjual produk atau perkhidmatan dalam talian. Perlukan modal tertentu.

 2. Model langganan, di mana pelanggan membayar yuran tetap untuk akses kepada produk atau perkhidmatan. Umpamanya telco company, Astro dll.

 3. Model Francais, di mana syarikat melesenkan jenama dan sistem pengendalian mereka kepada pemegang francais pihak ketiga. Kos tinggi (bergantung kepada brand), tapi jarang dapat buat secara online.

 4. Model Freemium, di mana perniagaan menawarkan produk atau perkhidmatan asas secara percuma, tetapi mengenakan bayaran untuk ciri premium atau melanjutkan penggunaan. Contohnya Canva dll.

 5. Model atas permintaan, di mana perniagaan menyediakan akses segera kepada barangan atau perkhidmatan, selalunya melalui aplikasi mudah alih.

 6. Model pengiklanan, di mana perniagaan menawarkan produk atau perkhidmatan percuma atau kos rendah sebagai pertukaran untuk hasil iklan. Contohnya instafamous, artis-artis ramai yang buat kerja ini.

 7. Model multilevel marketing, di mana perniagaan menjual produk atau perkhidmatan terus kepada pelanggan tanpa menggunakan perantara. Umpamanya Shaklee. Modal minima, tak perlu simpan stok.

 8. Model Crowdfunding, di mana perniagaan mengumpul modal dengan menawarkan peluang untuk melabur dalam projek atau produk mereka kepada sebilangan besar orang. Perlukan modal yang tinggi.

Ini hanyalah beberapa contoh model perniagaan dan banyak perniagaan mungkin menggunakan gabungan beberapa model untuk mencapai matlamat mereka.

Saya cadangkan anda buat bisnes online dengan memilih model Multilevel Marketing (MLM)

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk menyertai bisnes online, saya sarankan cubalah lihat bisnes model pelbagai peringkat (MLM). Namun ada banyak jenama atau syarikat yang memilih melakukan perniagaan mereka dengan model ini, umpamanya Shaklee.

Ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat komitmen.  Berikut ialah beberapa tip untuk membantu anda memilih perniagaan MLM yang sesuai untuk anda:

 1. Selidik syarikat: Sebelum menyertai mana-mana syarikat MLM, adalah penting untuk melakukan penyelidikan anda.  Lihat sejarah, produk, pelan pampasan dan reputasi syarikat.  Pastikan ia adalah perniagaan yang bereputasi dan sah.

 2. Fahami pelan pampasan: Pastikan anda benar-benar memahami pelan pampasan yang ditawarkan oleh syarikat, termasuk cara anda akan dibayar, cara bonus berfungsi dan keperluan yang anda mesti penuhi untuk memperoleh komisen.  Elakkan mana-mana syarikat yang memerlukan anda membelanjakan sejumlah besar wang pendahuluan atau membuat janji yang tidak realistik tentang potensi pendapatan.

 3. Menilai produk: Adalah penting untuk menilai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat MLM.  Pastikan ia adalah produk yang anda percayai dan akan selesa menjual kepada orang lain. Pilih produk yang memberikan kebaikan kepada orang agar kita selesa juga menjual kepada orang lain.

 4. Semak sistem sokongan: Pertimbangkan latihan dan sokongan yang disediakan oleh syarikat.  Syarikat MLM yang baik harus menawarkan latihan dan sokongan yang meluas untuk membantu anda berjaya.

 5. Menilai kemahiran dan matlamat anda sendiri: Akhir sekali, menilai kemahiran dan matlamat anda sendiri sebelum menyertai syarikat MLM.  Pastikan anda selesa dengan menjual dan merekrut, dan matlamat anda sejajar dengan matlamat syarikat. Dari segi kemahiran, mungkin kita belum pandai apa-apa, yang penting kita berusaha untuk belajar.

Ingat, tidak semua perniagaan pemasaran MLM dicipta sama, dan penting untuk melakukan usaha wajar anda sebelum membuat komitmen.

Shaklee Adalah Bisnes Online Terbaik Di Malaysia

Saya telah pun berada dalam bisnes online dengan Shaklee ni lebih daripada 10 tahun, alhamdulillah haaza min fadli robbi. Pandangan yang saya sertakan ini adalah pandangan saya selaku orang yang berpengalaman, pakar dan berjaya dalam Shaklee.

Bisnes online terbaik di Malaysia ialah Shaklee, kenapa?

1. Shaklee adalah syarikat MLM yang bereputasi

Shaklee adalah sebuah syarikat yang bereputasi dan sah. Telah ditubuhkan pada tahun 1956, produk pertamanya mendahului kelahiran syarikatnya sendiri iaitu Vitalea telah dicipta dan dipasarkan sejak tahun 1901. Shaklee pula telah berada di Malaysia selama lebih 25 tahun melalui lesen perniagaan Akta Jualan Langsung Malaysia.

Jemput baca dibawah bagaimana Roger Barnett CEO Shaklee Corporation Membayar USD65 juta untuk membuat kajian syarikat yang berdaya saing dan berpotensi untuk sustain walaupun sehingga lebih 50 tahun

Kenapa kajian ni penting? Sebab kajian ni dilakukan oleh pakar-pakar ekonomi dunia disamping mereka mengkaji pelbagai jenis bisnes dan syarikat di seluruh dunia!

2. Produk berasaskan semulajadi

Produk pula, Shaklee memang lebih tertumpu kepada produk suplemen, produk penjagaan kulit dan produk pembersihan rumah. Shaklee mempunyai reputasi untuk menggunakan bahan-bahan semulajadi dan mampan serta telah berada di dunia perniagaan selama lebih 65 tahun.

Produk yang baik dan selamat sangat penting, satu sebabnya kita gunakannya untuk diri kita, justeru kita mahukannya membantu kesihatan kita. Dan kita juga bila produk bagus, kita selesa nak jual kepada orang lain.

Berkenaan produk ni, Shaklee ada jaminan

Kajian dijalankan oleh Shaklee
Komitmen Shaklee dalam penjagaan kualiti kesemua produknya
Bukan itu sahaja, Shaklee juga memiliki 2 kajian powerful berkenaan produk-produknya yang mana salah satu bukti penting produknya selamat untuk jangka masa panjang, malahan berkesan untuk digunakan

3. Pelan pampasan

Dari segi bisnes, Shaklee menawarkan pelan pampasan berbilang peringkat dengan insentif untuk membina lebih ramai pembina bisnes yang mampu menjana pendapatan melalui bisnes Shaklee. Tiada had dari segi pendapatan yang boleh diperolehi oleh pengedarnya. Anda bina bisnes anda, anda dapat habuannya.

Bonus Shaklee telah dipatent justeru tidak boleh ditiru oleh mana-mana syarikat
Bonus Shaklee adalah tak terhad

Shaklee membayar RM370 juta kepada semua ahli dan pengedar yang layak bagi tempoh 3 tahun (dari 2020 hingga 2022). Sebab apa tempoh ni? Sebab ini masa musim pendamik.

11 Pintu Bonus Shaklee
11 Pintu Bonus Shaklee
Kita Tentukan Berapa Bonus Yang Kita Mahukan
Kita Tentukan Berapa Bonus Yang Kita Mahukan
Kita Tentukan Berapa Bonus Yang Kita Mahukan
Kita Tentukan Berapa Bonus Yang Kita Mahukan. Nak 5 angka sebulan pun boleh

Dalam Shaklee, bukan dapat duit sahaja, bahkan kita juga diberikan pelbagai insentif lain seperti Car bonus program, pelancongan 5 bintang ditaja penuh, dan ganjaran-ganjaran lain.

Trip saya ke Switzerland pada 2022 ditaja sepenuhnya oleh Shaklee, dengan kos minima rm21 ribu bagi setiap qualifier
Trip saya ke Switzerland pada 2022 ditaja sepenuhnya oleh Shaklee, dengan kos minima rm21 ribu bagi setiap qualifier

InsyaAllah berkenaan pengalaman Trip Switzerland 2022 Shaklee yang saya sertai, saya akan tuliskan dalam posting yang lain.

4. Bisnes Shaklee bersifat skalabiliti

Malahan melalui bisnes Shaklee, anda dapat mengembangkan bisnes anda di seluruh dunia, bermakna ianya SKALABILITI. Ia berpotensi untuk berkembang pesat dengan kos yang minimum. Ini bermakna anda boleh mengembangkan perniagaan anda dengan lebih pantas dan lebih cekap.

Kenapa nak berkembang? Bila buat bisnes, mestilah kita ada cita-cita nak pergi lebih jauh kan.

5. Kos yang minima

Kos pula sangat minima. Dengan bayaran serendah rm35 atau percuma (jika membeli produk bernilai lebih 100uv), anda berpeluang menjalankan perniagaan Shaklee anda right away. Tak perlu ada MOQ (minimum of quantity) sepertimana biasa diamalkan oleh founder-founder produk.

6. Sistem Sokongan Syarikat dan Team

Pihak Shaklee pula ada menyediakan sistem sokongan dari segi latihan-latihan yang berterusan kepada pengedarnya. Samada latihan berkenaan produk, bisnes dan lain-lain.

Latihan dibuat secara online dan juga offline.

Selain latihan daripada pihak syarikat, team kita juga ada melakukan latihan berkala. Bukan itu sahaja, sebaik sahaja mendaftar sebagai ahli Shaklee, kita terus mendapat mentor (upline) secara automatik. Mentor kita boleh guide kita untuk bisnes Shaklee.

Bila belajar daripada pakar (mentor), kejayaan kita pun lebih dekat.

8. Bisnes Shaklee Bertahan Lama dan Boleh Diwarisi

Ini paling penting. Ada ramai orang buat bisnes online, tapi ikut produk viral. Tengok viral produk A, dia buat. Habis viral, dia pun cari produk lain. Kalau buat begini, sukar nak sustain dari segi jangkamasa lama, lagipun kita susah nak pegang customer.

Berbeza dengan bisnes Shaklee, ianya bersifat long term. Semakin lama kita dirikan bisnes Shaklee kita, makin banyak kita perolehi dan makin besar team kita.

Selain itu, bisnes Shaklee juga boleh diwarisi kepada keturunan kita. Bermakna selepas kita meninggal dunia, waris kita boleh mewarisi team yang kita usahakan selama ini. Bila perwarisan ni, bermaksud ada amal jariah kita yang boleh digunakan oleh keturunan kita. Banyak bekalan kita untuk akhirat nanti.

Jom Sertai Bisnes Online Terbaik Di Malaysia Ialah Shaklee Sekarang!

Oh ya, sebelum itu, mungkin ada yang tertanya-tanya siapa yang boleh buat bisnes Shaklee? Dan bagaimana cara untuk menyertai bisnes ini?

Untuk pengetahuan anda, siapa pun anda, lelaki atau perempuan, bekerja atau tidak, tiada mengira tahap pendidikan, surirumah atau bekerja, anda semua boleh membuka bisnes online Shaklee anda sendiri. Hanya perlukan :

  • Umur 18 tahun ke atas
  • Kemahuan dan kecekalan mahu berjaya

Memandangkan ianya adalah bisnes online, anda boleh juga pastikan anda memiliki juga peralatan bantu bisnes terutamanya handphone untuk menjalankan bisnes anda. Bagaimanapun untuk pengetahuan anda, bisnes Shaklee juga boleh dilakukan secara offline iaitu bersemuka. Jadi kalau anda tidak memiliki kemudahan internet atau telefon bimbit, anda boleh juga lakukan bisnes Shaklee.

Cara Menyertai Bisnes Online Shaklee Dengan Key Coordinator Raihanah (eh, saya lah tu!)

Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya
Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya

Untuk menyertai team saya dalam bisnes online Shaklee, cara penyertaan ada 2 jenis:

  • Membayar yuran sebanyak rm35 atau
  • Membeli mana-mana produk dengan harga rm350 minima untuk mendapatkan FREE MEMBERSHIP

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. 

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679

Dengan menyertai team bisnes Shaklee saya,

Register sini

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak

PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)