Tip Travel untuk anda yang pertama kali nak ke luar negara atau specifically ke negara sejuk seperti Switzerland! InsyaAllah dah lama saya simpan memori travel Switzerland ni. Now I am ready to share to others in my blog. Tip travel yang saya sediakan ni juga berguna untuk anda ke mana-mana negara sejuk, tidak terhad ke Switzerland.
Teruja Travel Ke Luar Negara
Ada orang sangat bertuah, sejak kecil lagi dah berpeluang untuk keluar negara. Macam saya, sebelum saya mencecah usia 20 tahun, alhamdulillah saya pun dah kembara ke luar negara bersama ibu bapa dan keluarga saya. Walaupun mostly selama 20 tahun terawal hidup tu kebanyakan travel adalah dalam negara. Semua negeri dalam Malaysia habis saya jelajah bersama keluarga.
Namun ada juga peluang-peluang yang ibu bapa saya beri untuk saya travel ke luar negara, antaranya Indonesia (Jakarta dan Bali), Singapore, United Kingdom (Liverpool, London) dan pernah juga buat umrah kali pertama dalam hidup pada umur 15 tahun (Mekah, Madinah, dan Jeddah).
Lepas bekerja, ada beberapa negara saya dah pergi:
- Australia (Sydney dan Brisbane)
- Indonesia (Bandung)
Switzerland antara negara idaman saya untuk melancong sejak kecil. Terbayang Matterhorn (icon Switzerland yang diabadikan pada coklat Toblerone), terkenal dengan jolokan Syurga Dunia, selain sebab keindahannya yang memukau, Switzerland juga antara negara paling mahal. Begitulah syurga juga, Syurga kan mahal.
Saya berpeluang untuk ke Switzerland tahun lalu, jadi bersama pengalaman saya yang sedikit, saya kongsikan dengan anda tip travel yang mungkin anda boleh gunakan.
Tip Travel Bagi Yang Pertama Kali Ke Negara Sejuk
During our travel to Switzerland last year, it was end of autumn (hujung musim luruh) entering winter. Jadi cuaca sejuk juga dan ada hari-hari yang hujan. Rupanya itulah keadaannya kalau nak berubah musim. Ada berbeza juga suhunya di sana:
- Zurich 11 celcius – kami touch down di Zurich dari Istanbul. Flight Turkish Airlines dari KL transit di Istanbul.
- Lucerne 8 -11 celcius
- Mt Titlis -3 celcius
- Jungfrau -10 celcius
- Lausanne 13 celcius
- Geneva 13 celcius – balik ke KL melalui Istanbul dengan Turkish Airlines
Jadi its quite cold, walaupun tiada salji, kecuali di Mt Titlis dan Jungfrau. Sebelum kami berlepas, memang Shaklee pun dah pesan apa kaedah pemakaian yang perlu dibawa dan dipakai disana.
Sejuk bukan bermaksud kita rasa sejuk. Tapi yang penting adalah organ kita terutama paru-paru perlu dilindungi. Bila udara sejuk masuk saluran pernafasan dan seterusnya akan masuk ke paru-paru. Badan kita perlu heat udara tersebut utk kekalkan suhu organ dalaman.
Jadi it is important untuk plan your outfit. Bukan sekadar sebab nak cantik bergambar, tapi nak lindungi diri.
1. Pakaian Berlapis
Salah satu cara terbaik untuk kekal hangat dan mengurangkan ruang udara masuk ke tubuh kita adalah dengan memakai beberapa lapisan pakaian. Bila di negara sejuk, pakai dengan lengkap
Layer macamana?
- Thermal wear: bukan sahaja akan membuatkan anda hangat tetapi juga mengambil lebih sedikit ruang daripada beberapa lapisan. Boleh bawa 1-2 set sahaja. Ianya mudah basuh dan mudah kering sebab kita kat sana tak berpeluh.
- Baju biasa: atas pada thermal wear pakai pakaian harian yang kita pakai selalu contohnya t-shirt.
- Sweater: bergantung kepada cuaca, atas baju biasa boleh pakai sweater. Kalau suhu bawah 8 celcius pastikan pakai sweater.
- Jacket: ni pakai di luar sekali. Ada 2 type iaitu water resistance (sesuaila pakai kalau ada salji atau selalu hujan) atau boleh pakai kot berbulu atau yang kain.
- Seluar jeans: bawa 1-2 sahaja sebab boleh pakai banyak kali. Tahan sejuk la jeans ni
- Tudung: boleh bawa banyak-banyak tapi yang ringan. Sebab senang nak bergambar kalau tudung lain-lain pattern kan. hihi
- Stokin: beli yang material wool. Bawalah banyak-banyak sehari 1 stokin misalnya. Nanti pengsan orang sebelah. Beli 1 stokin yang panjang sampai ke lutut terutama jika ada aktiviti salji.
- Untuk kepala: pakai topi yang berbulu. Kena lindungi telinga
- Untuk tangan: pakai gloves samada yang berbulu atau dari bahan kalis air (kalau cuaca salji atau hujan). Badan kita should power regulate suhu badan, tapi kalau kita jenis mudah hujung jari sejuk sedangkan darah dipam sehingga hujung jari. Sepatutnya jari kita warm. Tapi kalau sejuk, sila pakai gloves. Kita kena tahu badan kita sendiri.
- Untuk leher: better pakai mafla sebab nak lindungi selalu leher. Leher adalah antara bahagian badan kita yang berkulit nipis, which means dekat dengan saluran darah. Bila leher sejuk, badan kita terdedah kepada overcooling.
- Baju tidur: kalau tak bawa pun tak mengapa, dalam hotel tidur je pakai baju thermal kita. Sebab tu bawa antara 2-3 pasang thermal wear.
Jacket tu bolehlah bawa 1-2 sahaja kecuali kalau nak OOTD. Sweater atau baju biasa pun samalah.
Tip tempat nak beli:
- Kedai sports seperti Decathlon dan Sports Direct
- Kedai-kedai travel seperti Travel For All (selalu ada sales) dll
Rumusan: ada tempat yang perlu pakai 3 lapis, ada yang 4 lapis (especially jika suhu jatuh bawah 3 celcius). Selebihnya better pakai 3 lapis jika suhu bawah 13 celcius. Saya rasa selesa begini.






2. Peralatan Sokongan
Pastikan peralatan anda sesuai dengan cuaca, iklim dan aktiviti anda. Tengok itinerary ada aktiviti apa, jadi boleh plan.
- Kalau cuaca basah (hujan atau salji), pilih kasut kalis air yang mempunyai tapak cengkaman yang baik. Ada orang bawa 1 pasang sahaja kasut yang sesuai untuk semua (contohnya brand Timberland). Kaki kena lindungi dari basah (especially kalau main salji), untuk elakkan hipotermia.
Kasut boleh menjadi salah satu aspek yang paling diabaikan dalam mana-mana perjalanan tetapi boleh dikatakan salah satu yang paling penting jika anda melancong ke suatu tempat yang sejuk atau bersalji.
Walaupun anda tidak banyak melakukan aktiviti luar, salji dan hujan boleh meresap dengan cepat melalui kasut anda dan sekurang-kurangnya menjadikan hari anda tidak selesa dan basah. Jika anda melakukan apa-apa dalam kesejukan untuk jangka masa yang lebih lama, kasut yang tidak betul boleh menjadi sangat berbahaya dan meningkatkan risiko radang dingin atau hipotermia. Jadi Better invest in a good one. - Ada ramai orang suggest pakai warmer (ada yang tampal pada badan, ada yang pegang), boleh juga. Saya tak gunakannya.
- Thermos atau bekas tahan panas untuk selalu ada air panas dengan kita.
- Sunsreen: walaupun cuaca sejuk, jangan tinggalkan sunscreen anda. Salji boleh mencipta permukaan reflektif yang sempurna, kita ingatkan takde masalah UVkan. Sebenarnya disana UV lebih tinggi. Tambahan pula, cuaca sejuk akan mempunyai kesan pengeringan pada kulit anda, yang boleh menjadikannya lebih sensitif.
- Backpack: bawa 1 backpack yang selesa dan mudah anda gunakan.
- Sunglasses: especially kalau pergi tempat salji, akan nampak memutih je semua. Better pakai sunglasses.
3. Kekal kering, badan cepat hilang panas bila basah
Pakaian yang berpeluh dan basah boleh menyejukkan badan dengan cepat dan meningkatkan kehilangan haba. Jika anda bergerak secara aktif, tanggalkan lapisan pakaian tambahan apabila anda berasa terlalu panas atau mula berpeluh. Sebab kita kena kekal kering.
4. Vitamin Untuk Panaskan Dalaman Tubuh
Ni penting. Pengalaman saya ke Switzerland tahun lalu walaupun pertama kali saya ke tempat cuaca sejuk ekstrim, alhamdulillah saya sihat sahaja untuk 9 hari itu. 3 hari pertama tiba disana dah kena back-to-back penuh aktiviti dengan salji dicampur kena hujan, alhamdulillah pun badan saya dapat bertahan.
Ada satu hari tu saya underestimate cuaca. I thought it was only 11celcius, jadi saya cuma pakai 2 layer sahaja, saya tinggalkan jaket di bilik hotel. Tapi sampai saja di tempat yang ditujui, cuaca mula hujan, suhu terus jatuh kepada 6-8 celcius! Dengan gloves pun tak pakai, mafla pun tak bawa. Ended up saya terpaksa beli gloves baharu disana which costs a lot!
Masa tu kasut pun saya pakai yang Skechers jadi bila kena hujan, mudahlah dia basah. Padan muka kan.
Tapi satunya alhamdulillah saya masih sihat. Maybe faktor pengambilan vitamin juga membantu tubuh saya bertahan. Apa vitamin perlu diambil?
- vitamin C: untuk kuatkan badan
- OmegaGuard: untuk bantu hangatkan paru-paru. Paru-paru organ paling penting kena lindungi pada musim sejuk
- ResV: banyak fungsi ResV ni bantu seperti bantu pemulihan cepat dari sakit-sakit badan (banyak berjalan, banyak aktiviti), elakkan jetlag, bantu tidur lena dan rehat, beri tenaga
- Cinch tea: beri tenaga, hangatkan badan dibancuh panas-panas
- ESP atau Cinch: untuk elakkan makan banyak dan tahan lapar. Ramai orang bawa instant meal banyak-banyak tapi ended up tak sempat makan. Sebab apa kena bawa ESP dan Cinch, sebab cuaca sejuk akan sebabkan kita mudah lapar. Ni juga membantu saya hari tu.
- Collagen: untuk sendi dan tulang, serta elakkan sunburn
- Ostenutrix: untuk elakkan lenguh-lenguh
- Nutriferon: Super penting!!! Nutriferon ni boost interferon iaitu perisai imuniti tubuh. Ia menghalang dari imuniti kita menjadi lemah ketika musim sejuk dan seterusnya memghalang jangkitan virus dan kuman.
Tip Travel: Protect Diri Dalam dan Luaran
So itulah antara secebis sharing saya hasil pengalaman saya tahun lalu. Saya packing semua tu juga hasil dari apa yang Shaklee share selain pengalaman sahabat-sahabat serta pembacaan sendiri. Alhamdulillah the trip was awesome, bila kita sihat, kita dapat menikmati travel kita tu.
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
Hubungi kami di nombor berikut untuk pendaftaran segera. Jangan lepaskan peluang ini untuk memulakan hidup baru yang lebih sihat!
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Untuk dapatkan Set Kurus Shaklee, boleh klik link berikut
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline #resVvixchallenge #feelyoung #polyphenols #coolparents #myyouthfulpower
#shaklee #shakleemalaysia
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Certified Product Expert / Trainer
Shaklee Gombak
PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


