Call nowWhatsapp

Mungkin ramai telah mengenali saya, saya bukanlah kategori kurus sejak dari kecil. Seumur hidup saya, saya hanya pernah 2 kali berat badan 50kg (tak kira umur remaja dulu, umur dewasa). Bagaimana saya buat?

Pertama kali.

Saya kurus masa tu memang ada ambil produk pelansingan. Produk T***z & C***z tak silap saya. Alhamdulillah la kurus dan apa yang paling penting saya masih sihat dan selamat. Sebab apa? Selepas saya berjaya dalam misi tu ada berita di suratkhabar mengatakan produk tu telah ditarikbalik atau diserbu. Saya tak pasti sekarang macamana. Berat saya lepas pengambilan produk ni 50kg.

Kali kedua

Objektif nak kurus kali kedua ni sebab nak rancang anak kedua. Masa ni berat badan dalam 80kg. Lepas melahirkan anak sulung saya tak berpantang dengan elok mengakibatkan badan pun kurang sihat dan berat badan pun tak turun-turun. 

Kali ni sebab serik dengan produk pelangsing, saya diet tanpa suplemen. Diet pemakanan. Saya tak makan makanan karbohidrat (nasi, mee, mihun, roti, pasta), elakkan minyak kecuali minyak zaitun dan elakkan makanan manis (aiskrim, air bergula, kek dan lain-lain). Hakikatnya diet macamni memang agak teruk sikit. Tapi berjayalah turun 25kg dalam tempoh 8 bulan.

Berat saya sebelum mengandung anak kedua sekitar 55kg. Tak dapat 50kg.

Cubaan kali ketiga

Lepas bersalin anak kedua, sepanjang tempoh kelahiran sehingga tempoh 2 tahun penyusuan saya komit dengan pengambilan Shaklee untuk tujuan berpantang, menyusu, kurus dan kesihatan. Kurus tu saya kurang dapat. Yang lain-lain memang hebat. Tetapi berat badan maintain sekitar 65 hingga 70kg la. Tu yang bestnya. Takla sampai 80kg. Berbeza dengan anak pertama dulu.

Objektif kali ni bukanlah nak rancang anak ketiga. Tetapi lebih kepada kesihatan dan kecantikan. Kalau nak anak pun boleh 🙂

Saya mula diet 2 minggu lalu iaitu pada 10 Februari 2014. So far saya dah turun 1 kg seminggu. Dah 2 minggu maknanya 2kg dah turun. Penurunan yang tak drastik adalah lebih baik sebenarnya. Apa yang saya buat?

Pemakanan pun saya jaga tapi tak strict sangat sebagaimana diet sebelum ini. Saya hanya diet karbohidrat itupun kadang-kadang ada juga terambil roti. Makanan manis saya masih ambil tetapi dalam kuantiti yang kecil. Begitu juga dengan pemakanan berminyak, elak juga tapi jika tiada pilihan bedal juga.

Saya lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kekacang. Lapar tak? Memang lapar, terutama in between meals, tetapi bila lapar saya hanya minum air kosong. InsyaAllah lupa sekejap lapar tu.

Seperkara lagi pagi-pagi saya amalkan pengambilan perahan lemon + sesudu besar minyak zaitun. Ini untuk membantu mengempiskan perut. Haa sapa kata orang Shaklee tak amalkan pemakanan sunnah? 🙂

Selain itu saya masih mengekalkan pengambilan

1. ESP + Collagen + Vivix sebelum breakfast. Biasanya memang ini sajalah breakfast saya, insyaAllah boleh bertahan sampai tengahari.

2. Cinch tea mix. Ambil masa perut kosong waktu pagi dan juga balik dari tempat kerja pada petangnya. Cinch tea mix ni memberikan tenaga dan juga meningkatkan metabolisme. Sebenarnya ramai yang berlebihan berat badan ni salah satunya sebab kurang metabolisme. Saya salah seorang daripadanya.

3. Lecithin dan Omega Guard. Untuk membakar lemak. Ni saya ambil selepas makan tengahari dan makan malam.

4. Alfalfa. Saya ambil sebelum breakfast juga. Fungsinya selain detoks adalah untuk mengekang nafsu makan. Jadi ambil sebelum breakfast, satu hari tu selamatlah daripada bernafsu makan.

5. Herblax. Power produk Shaklee yang satu ni. Saya ambil hanya di hari minggu sebelum tidur. Memang bagus sangat dalam mengosongkan perut. Pagi-pagi terus flush habis.

6. Ostematrix. Ramai yang kata oste ni untuk tidur yang enak, beri kerehatan dan khasiat kalsium. Tetapi bagi saya Ostematrix juga untuk elak sembelit. Saya ambil hari-hari sebelum tidur. Esok pagi memang senang betul nak membuang.

Full set ini yang saya ambil, campur dengan Cinch Tea Mix dan Alfalfa


Jadi gabungan di atas membantu penurunan berat badan saya selama ini. Baru 2 minggu, insyaAllah 2 minggu lagi saya update lagi.

Jika anda inginkan konsultansi berkenaan program pengurusan berat badan ibu, boleh hubungi saya. Free je.

Mahu tahu program pengurusan berat badan yang sesuai untuk ibu selepas bersalin? Baca sini http://vitamin-cerdik.com/2014/02/ssuplemen-yang-sesuai-untuk-ibu-diet.html
Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)