Call nowWhatsapp

Lelaki Dengan Masalah Prostat

Ramai lelaki ada masalah prostat. Untuk keluaran kali ini saya ingin kongsikan dengan anda tentang masalah prostat.

Apakah masalah prostat

Prostat adalah kelenjar yang terletak di pangkal pundi kencing golongan lelaki dan mengelilingi salur kencing yang juga dikenali sebagai urethra. Saiznya sebesar kacang walnut sementara fungsinya adalah menghasilkan cecair yang beralkali untuk air mani.

Seperti kelenjar yang lain, beberapa masalah dan penyakit boleh timbul dalam kelenjar prostat. Penyakit dan masalah yang utama adalah Benign Prostatic Hyperplasia (Pembesaran Kelenjar Prostat) dan kanser prostat.

Perbezaan prostat bengkak berbanding normal

Perbezaan prostat bengkak berbanding normal

Pembesaran atau Pembengkakan Kelenjar Prostat

Benign Prostatic Hyperplasia atau BPH adalah pembesaran kelenjar prostat yang disebabkan oleh rangsangan hormon testosterone. Saiz normal prostat adalah 20gm, lebih daripada itu bermakna anda mempunyai masalah pembesaran atau pembengkakan prostat.

Pertambahan saiz prostat sebegini dapat dilihat di kalangan lelaki berumur 40 tahun ke atas. Mengikut perangkaan, lebih 50 peratus lelaki pada peringkat umur 40-an menghadapi masalah ini dan peratusan berkenaan meningkat kepada 75 peratus di kalangan mereka yang berumur 80 tahun ke atas.

Fakta Statistik Masalah Prostat

Fakta Statistik Masalah Prostat

Bilangan kes BPH di Malaysia kian meningkat dengan bertambahnya bilangan warga emas. Pada ujian saringan Kempen Kesedaran Prostat Peringkat Kebangsaan 2004, lebih 50 peratus daripada lelaki yang disaring didapati mempunyai gejala ini.

Saiz kelenjar prostat yang besar daripada normal akan menyebabkan salur kencing yang melalui kelenjar tersebut sempit. Akibatnya, mereka yang mempunyai masalah ini akan kerap mengalami kesukaran dalam membuang air kecil.

Tanda-tanda akibat BPH

  • Aliran kencing yang kurang baik (poor stream)
  • Kerap membuang air kencing (frequency)
  • Tidak dapat mengosongkan pundi kencing selepas membuang air (incomplete emptying)
  • Air kencing menitik dari kemaluan selepas selesai membuang air (terminal dribbling).
  • Nokturia iaitu perlu bangun dari tidur pada waktu malam untuk membuang air kecil.

Kesan Pembesaran atau pembengkakan Kelenjar Prostat

Ada beberapa kesan ke atas pesakit saya pecahkan dari segi kesihatan dan sosial

1. Kesihatan

  • Salur kencing tersumbat dan pesakit tidak dapat membuang air kencing secara normal.
  • Tekanan di dalam pundi kencing yang tinggi boleh menyebabkan risiko buah pinggang menjadi bengkak dan gagal berfungsi (renal failure).
  • Pembentukan batu karang juga boleh berlaku di dalam pundi kencing akibat masalah tersebut.
  • Pesakit juga berisiko mendapat penyakit hernia akibat keperluan untuk meneran untuk mengeluarkan air kencing

2. Sosial

  • Pesakit perlu kerap ke tandas untuk kencing hingga kerap mengganggu aktiviti sosialnya seperti ketika melancong, menonton wayang atau memandu kereta ke tempat yang jauh.
  • Mengganggu tidur seseorang pesakit dan menyebabkannya letih pada siang hari kerana kurang tidur disebabkan kekerapan bangun waktu malam untuk kencing. Ada pesakit yang perlu bangun antara enam hingga lapan kali setiap malam.
Pesakit prostat biasanya tidak dapat tidur yang berkualiti disebabkan kerapkali terjaga untuk kencing

Pesakit prostat biasanya tidak dapat tidur yang berkualiti disebabkan kerapkali terjaga untuk kencing

Potensi Pembesaran Prostat Menjadi Kanser

Kanser prostat terjadi apabila sel-sel prostat mengalami mutasi dan bertambah tanpa terkawal. Risiko menghidapi kanser prostat juga bertambah apabila umur melebihi 45 tahun.

Pada peringkat awal, kanser prostat tidak menyebabkan apa-apa tanda yang ketara berbanding BPH.

Tanda-tanda kanser prostat menyerupai BPH seperti

  • Kesusahan keluar air kencing
  • Aliran kencing yang lemah,
  • Kencing kerap
  • Nokturia

Namun terdapat pertambahan simptom iaitu:

  • Darah yang keluar bersama air kencing pesakit
  • Mengalami sakit pada tulang serta masalah bernafas

Lakukan Pemeriksaan

Lakukan pemeriksaan segera jika anda ada simptom masalah pembesaran prostat

Lakukan pemeriksaan segera jika anda ada simptom masalah pembesaran prostat

Jika suami anda ada masalah seperti ini, lekaslah pujuknya untuk membuat pemeriksaan dengan pakar urologi. Lebih cepat lebih baik untuk bantu suami anda pulih. Ini kerana masalah prostat turut boleh menyebabkan masalah kepada buah pinggang dan kanser.

Kebiasaanya doktor akan memberikan ubat sahaja, pembedahan pula dicadangkan sekiranya tanda-tanda tidak dapat dikawal lagi dengan ubat atau sekiranya terdapat komplikasi seperti batu karang.

Cara Rawatan Pembesaran dan Pembengkakan Kelenjar Prostat Dengan Shaklee

Terdapat beberapa suplemen yang boleh diamalkan oleh pesakit BPH. Antaranya:

1. Vivix

Saya teringat satu kajian ke atas salah satu produk Shaklee, iaitu Vivix ke atas kanser prostat. Dengan kanser prostat pun boleh sembuh, apatah lagi jika hanya melibatkan pembengkakan kelenjar prostat.

Vivix dengan resveratrol dan kesan ke atas kanser prostat

Vivix dengan resveratrol dan kesan ke atas kanser prostat

2. Omega Guard

Omega Guard kaya dengan DHA. Antara manfaat Omega Guard adalah:

Minyak ikan terbukti berkesan untuk membantu masalah prostat.

Minyak ikan terbukti berkesan untuk membantu masalah prostat.

  • Membakar kalori
  • Melindungi jantung
  • Memberi kecergasan fizikal dan kecerdasan minda
  • Melindungi sendi sendi
  • Mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA, dan lain-lain
  • Membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung

3. Vitamin E

Manfaat vitamin E untuk lelaki khususnya adalah:

Kebaikan vitamin e untuk masalah prostat

Kebaikan vitamin e untuk masalah prostat

  • Eraksi lama
  • Dapat memperbaiki kualiti dan membantu pergerakan sperma
  • Merangsang keinginan SEKS.. Meningkatkan hormon testosteron
  • Menghalang radikal bebas daripada merosakkan ovum dan sperma

4. Zinc Complex

Zinc adalah khazanah lelaki. Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan zinc yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, perkembangan yang kecil, kiraan sperma yang rendah dan kemerosotan fungsi seksual.

Pengambilan biji labu boleh membantu mengurangkan pembengkakkan prostat

Pengambilan biji labu boleh membantu mengurangkan pembengkakkan prostat

Antaranya kerana

  • Membantu meningkatkan kualiti sperma
  • Membantu dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat
  • Membantu dalam mengurangkan potensi mendapat kanser prostat atau pembesaran prostat
  • Meningkatkan paras testosteron untuk kehidupan seksual yang baik
  • Mencecah masalah mati pucuk
  • Mengelakkan masalah keguguran rambut

5. GLA Complex

GLA Complex dapat membantu masalah pembesaran dan pembengkakan prostat kerana

  • Membaiki prostatomegaly iaitu masalah prostat lelaki dan kerap kencing
  • Membantu mengawal selia hormon lelaki kerana prostat juga boleh disebabkan oleh keseimbangan hormon

6. Nutriferon

Nutriferon mengandungi ekstrak biji labu yang baik untuk kesihatan lelaki. Biji labu telah lama digunakan sebagai makanan semula jadi yang penting untuk kesihatan lelaki. Ini adalah sebahagiannya kerana kandungan zink yang tinggi, yang penting untuk kesihatan prostat (di mana ia dijumpai dalam kepekatan tertinggi dalam badan).

Biji labu dan minyak boleh memainkan peranan dalam merawat hiperplasia prostatik benigna (BPH , atau prostat membesar). Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua biji minyak dan labu benih labu mungkin sangat bermanfaat dalam menyokong kesihatan prostat.

Labu dan biji punyai khasiat kesihatan

Labu dan biji punyai khasiat kesihatan

Lelaki Dengan Masalah Prostat mungkin ada ikhtiarnya. Ayuh jangan tunggu lagi, kawal segera masalah prostat sebelum ia menjadi lebih serius.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)