Gabungan Rehab dan Nutrisi Bantu Pemulihan Pasca Strok

By | 5 April 2017
gabungan rehab dan nutrisi untuk strok

Gabungan Rehab dan Nutrisi Bantu Pemulihan Pasca Strok

Jika anda telah mengalami strok, otak anda akan perlu belajar semula beberapa kemahiran lama. Jika selama ini anda mungkin seorang profesional, memiliki banyak kemahiran dan belajar hingga tahap tertinggi, mungkin sekarang anda akan mendapati anda tidak dapat pun membaca ayat mudah bagi budak darjah 1.

Pada tahap ini pesakit strok akan mengalami sindrom in denial (tidak percaya diri sakit), mengalami pelbagai emosi seperti suka marah, sangat sensitif dan sebagainya. Sangat penting adalah sokongan orang sekeliling, di samping bersabar dengan pesakit.

Justeru anda memerlukan program pemulihan strok yang dapat membantu otak anda belajar semula semua perkara yang pernah dilakukan. Program Pemulihan pasca strok dapat membantu anda memperoleh semula kebebasan anda dan anda dapat menikmati semula melakukan semua perkara yang anda suka.

Gabungan Rehab dan Nutrisi Bantu Pemulihan Pasca Strok

Sebaiknya program pemulihan strok bermula 24 jam selepas strok anda. Sebaik anda stabil, mulakan dengan senaman mudah untuk membantu anda belajar semula bagaimana untuk duduk, berjalan, mandi, memakai pakaian dan makan.

Bagaimana pun proses ini adalah berbeza untuk setiap orang kerana strok boleh menjejaskan bahagian yang berlainan di otak.

Program Rehabilitasi Bantu Pemulihan Pasca Strok

Program rehabilitasi sebenarnya sangat diperlukan dan membantu pesakit. Pastikan anda mendapatkan khidmat pakar profesional untuk membantu anda. Ada beberapa kumpulan yang anda perlukan dan berbeza mengikut keperluan anda:

  • Fisioterapi – membantu meningkatkan pergerakan, keseimbangan dan penyelarasan
  • Occupational Therapy – membantu anda mengamalkan tugasan harian seperti makan, mandi dan menulis.
  • Terapi pertuturan – membantu anda belajar bahasa, bercakap dan menyelesaikan masalah.
  • Psikologi – membantu anda dengan masalah emosi seperti kemurungan dan kebimbangan.
Terapi pertuturan antara rehab yang penting untuk dibuat oleh pesakit strok

Terapi pertuturan antara rehab yang penting untuk dibuat oleh pesakit strok

Kesemua di atas ini anda boleh dapatkan di hospital. Tetapi tidak semua hospital mempunyai kesemua di atas (kecuali hospital kerajaan). Selain di hospital, kini perkhidmatan ini boleh diadakan di rumah sahaja. Sekiranya dijalankan di rumah, pastikan ahli terapi anda adalah profesional dan pakar dengan masalah anda.

Tujuan terapi di atas ini adalah untuk:

  • Membantu menguatkan otot anda
  • Meningkatkan penyelarasan anda
  • Membantu anda berjalan dengan sendiri, menggunakan kerusi roda atau walker

Pernah lihat orang strok yang dapat berjalan atau berdiri seperti biasa? Jangan bersedih, anda juga boleh dapat berjalan semula dan hadapi hari mendatang dengan normal seperti sebelum ini.

Nutrisi Bantu Pemulihan Pasca Strok

Semasa pemulihan strok, pemakanan yang betul adalah penting. Diet yang sihat boleh membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat, boleh membantu mengurangkan risiko strok kedua, dan menyediakan badan anda dengan nutrisi yang diperlukan untuk pulih dengan sendirinya.

Suplemen yang penting untuk pemulihan strok boleh diambil melalui makanan tambahan atau suplemen. Ada beberapa suplemen yang efektif dan penting untuk diambil oleh pesakit strok.

Antara suplemen asas yang penting untuk pemulihan pasca strok adalah:

Saya akan detailkan lagi berkenaan suplemen di atas dalam artikel seterusnya.

Rawatan Alternatif Bantu Pemulihan Pasca Strok

Bagaimana dengan rawatan alternatif lain? Tidak dinafikan banyak juga rawatan alternatif lain dipasaran yang mendakwa sangat bagus untuk diamalkan oleh pesakit strok.

Tapi bagi saya, elok bincang dengan doktor dahulu sebelum anda membuat apa-apa rawatan alternatif. Setakat yang saya tahu, antara yang selamat seperti akupuntur. Akupuntur mempunyai banyak kajian yang mendapati kebaikan dan keberkesanannya kepada pesakit strok.

Lain-lain pilihan alternatif sebaiknya anda dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu. Penyakit strok bukan calang-calang sebab ia melibatkan fungsi otak dan saraf anda. Silap rawatan mungkin menyebabkan kesan yang lebih teruk kepada pesakit.

Jadi artikel seterusnya saya akan berkongsi dengan anda perkara-perkara lain yang anda perlu tahu berkenaan strok. Stay tuned.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

8 thoughts on “Gabungan Rehab dan Nutrisi Bantu Pemulihan Pasca Strok

  1. nur azura

    tq kak raihanah. Saya dapat info dan buat rujukan diblog akak. Ayah mertua ada darah tinggi yang teruk dan petanda. mungkin rehab dan suplemen membantu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge