6 Tanda Awal Anda Mungkin Alami Strok

By | 4 April 2017
6 Tanda Awal Anda Mungkin Alami Strok

5 Tanda Awal Anda Mungkin Alami Strok

2 minggu ini saya banyak membaca berkenaan strok. Sebab apa? Biarlah saya rahsiakan dulu. InsyaAllah sesuai dengan masa nanti saya akan khabarkan kepada anda. Strok ini rupanya berlaku secara senyap. Tahu-tahu muka dah herot, sukar bercakap dan lain-lain.

Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk dan dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok setiap tahun. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.

Daripada banyak kes strok, 75% pesakit tidak sedar mereka sebenarnya telah diserang strok. Jadi artikel saya hari ini untuk berkongsi dengan anda apakah tanda awal yang anda mungkin mengalami strok.

Apakah Strok

Strok adalah serangan kepada otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh yang mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Apabila bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas dan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.

Saksikan video di bawah berkenaan tanda-tanda awal strok.

Jenis-jenis strok

Terdapat dua jenis strok yang utama:

1. Strok iskemia

Strok iskemia terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.

Strok iskemia mungkin terjadi disebabkan:

  1. Trombosis serebrum – darah beku (trombus) terbentuk di arteri utama yang menghala ke otak, menghentikan bekalan darah.
  2. Embolisme serebrum – gumpalan darah terbentuk di saluran darah di bahagian tubuh yang lain, contohnya di leher ataupun jantung, dan dibawa oleh aliran darah ke otak.
  3. Strok lakunar – di mana sekatan berada di saluran-saluran darah kecil jauh di dalam otak.
Strok Iskemia

Strok Iskemia

2. Strok Berdarah

Strok berdarah adalah apabila saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah dan menyebabkan pendarahan. Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.

Strok berdarah mungkin disebabkan oleh:

  1. Pendarahan intraserebrum iaitu apabila saluran darah pecah di dalam otak itu sendiri.
  2. Pendarahan subaraknoid iaitu apabila saluran darah di permukaan otak berdarah dan darah mengalir ke bahagian di antara otak dan tempurung kepala, yang dikenali sebagai ruang subaraknoid.
Strok Berdarah

Strok Berdarah

6 Tanda Awal Anda Mungkin Alami Strok

Strok tidak terjadi tanpa amaran. Selalunya, ada tanda-tanda amaran.

Gejala-gejala utamanya adalah:

  • Kelemahan atau merasa kebas mengejut di sebelah bahagian badan. Tanda-tanda ini mungkin muka yang meluyut, meleleh air liur, merasa lemah pada tangan atau kaki.
  • Kekaburan penglihatan pada sebelah atau kedua-dua mata secara tiba-tiba.
  • Kesukaran bertutur atau memahami pertuturan, atau pertuturan yang tidak jelas
  • Pening, kehilangan imbangan, kekeliruan
  • Sakit kepala yang teruk yang mengejut
  • Rasa mual atau muntah

Dengan mengenali tanda-tanda ini, mudahlah kita mengambil tindakan segera dan mendapatkan bantuan perubatan profesional. Ini kerana semakin cepat anda mendapatkan bantuan, semakin dapat mengurangkan kesannya dan mengelakkan strok seterusnya.

Jadi artikel seterusnya saya akan berkongsi dengan anda perkara-perkara lain yang anda perlu tahu berkenaan strok. Stay tuned.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

20 thoughts on “6 Tanda Awal Anda Mungkin Alami Strok

  1. Faizul Hafiz

    Terima kasih. Perkongsian yang menarik.

    ilmu ini penting untuk orang sama – sama ambil iktibar. Sebab strok ni boleh jadi pada sesiapa sahaja.

    Reply
  2. Dewi

    Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau http://www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis 🙂

    Reply
  3. nohas

    mmg takut bila terkena pada diri sendiri atau ahli keluarga…mencegah lbh baik dari mengubati..

    Reply
  4. Fidah Shah

    Pemakanan gaya hidup juga merupakan ‘penyumbang’ kepada pelbagai penyakit.
    Thanks for the info..memang sebelum ni tak tahu detail pun pasal strok.
    Fidah Shah recently posted…Siapa KitaMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge