Kenapa Saya Jatuh Cinta Dengan Shaklee

By | 19 November 2014
Kenapa Saya Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Saya hampir terlupa berkenaan posting ini. Namun saya harap masih belum terlambat untuk saya tuliskan pandangan dan perasaan saya.

Semua orang berhak untuk teruja kepada sesuatu. Begitu juga saya. Biasanya saya ni mudah je bosan dengan sesuatu, tapi sangatlah magic bila dengan SHaklee saya mampu bertahan kini hampir 3 tahun sejak mula-mula mengambilnya sebagai suplemen.

Kenapa Saya Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Kenapa Saya Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Pengalaman Dengan Shaklee

Dulu saya jenis yang tidak ambil suplemen, lebih-lebih lagi suplemen berbentuk skim MLM. Sebelum dia buka mulut lagi saya dah lari. Kalau nak ambil suplemen pun saya rela lagi ambil daripada farmasi. Ha gitu sekali. Saya percaya perangai macam ni bukan saya seorang sahaja. Jadi nak mengubah orang bukan kita, tetapi Allah juga.

Apa yang membuka hati tentang Shaklee adalah masalah penyusuan. Masalah penyusuan dan kesihatan anak sulung saya menyebabkan saya rasa saya perlukan suplemen. Anak sulung saya meskipun saya amalkan pemakanan natural, ikut segala bagai petua mak nenek, kesihatan anak tak bertambah baik. Alhamdulillah memang tanpa penyakit pun, tapi kekerapan dia demam dan batuk membuatkan saya fikir kesihatannya biasa-biasa saja.

Jadi sebaik bersalin, saya ambil Shaklee. Sebenarnya set SHaklee saya beli time mengandung lagi. Tapi saya tak berani ambil masa mengandung. Saya hanya amalkan selepas 1 minggu bersalin. Sekarang baru saya sedar betapa ruginya saya.

Selain daripada menyediakan susu berkualiti buat anak-anak, saya juga mendapati kesihatan saya bertambah baik. Saya ni memang ada masalah batuk berpanjangan. Dah bukan 100 hari lagi, dekat setahun saya batuk. Baik batuk sekejap, pastu sambung balik batuk. Batuk saya sampai bawa sakit ke dada.

Saya memikirkan anak-anak masih kecil, justeru dengan Shaklee memang saya rasa kesihatan lebih baik. Alhamdulilllah Allah bagi buka hati dan mata saya untuk ini.

Kenapa Saya Jatuh Cinta Dengan Shaklee?

Shaklee selalu jadi mangsa fitnah dan cubaan untuk menjatuhkannya. Tapi almaklum Shaklee dah berumur lebih 50 tahun masih stay strong kata orang. Kenapa stay strong, sebab piagamnya sendiri sangat hebat.

1. Kesihatan lebih baik dengan Shaklee
Ini telah saya tuliskan sebagaimana di atas. Kini bukan sahaja saya dan anak-anak, malah suami, ibu bapa dan adik beradik saya turut merasai kesihatan bertambah baik dengan Shaklee. Saya ada seorang kakak menghidap SLE. Kesihatan beliau juga semakin baik dengan pengambilan Shaklee. Orang SLE ni memang sensitif buat saya sebab kakak saya sendiri menghidapinya. Ada 2 orang lagi customer SLE saya yang saya ambil berat dan bantu meningkatkan tahap kesihatan mereka.

Kenapa Saya Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Kisah kejayaan dengan Shaklee

2. Bisnes Model Shaklee
Sebelum saya sertai bisnes MLM Shaklee, saya memang tak tahu apa mengenai bisnes model yang dibawakan Shaklee. Saya beli Shaklee awalnya dengan percuma keahlian. Means saya tak bayar pun RM75 keahlian seumur hidup tu. Tapi saya hanya terbuka hati menyertai bisnes Shaklee hanya selepas 1 tahun lebih mengambilnya sebagai suplemen.

Kenapa Saya Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Shaklee telah membayar USD5 bilion kepada pengedarnya tanpa gagal

Memang ruginya saya rasa sebab lambat membuat keputusan dan lambat bertindak. Tapi kata orang better late than never. Banyak yang Shaklee tawarkan kepada pengedarnya di antaranya

  1. Ganjaran tunai
  2. Ganjaran pembiayaan kereta tanpa had
  3. Percutian ke dalam dan luar negara
  4. Ganjaran kepimpinan sehingga 6 level
  5. Berpencen dengan Shaklee
  6. Dan the list goes on

Sebenarnya dalam sistem tradisi bisnes kita, ia pun ada skim piramid. Anda perasan tak CEO hanya seorang? Tak boleh ada CEO sampai 2 atau 10 orang. Dan yang ramai adalah pekerja bawahan. Ini bermakna anda tidak boleh naik sebarangan. Hanya terpilih, berdasarkan performance atau kebolehan atau kebijaksanaan untuk mengampu boleh naik. Anda bekerja keras tetapi pulangan pendapatan anda tidak boleh lebih tinggi daripada orang atasan sedangkan anda bekerja keras.

Kenapa Saya Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Organisasi tradisi syarikat seumpama skim piramid

Tapi dalam SHaklee, tiada had bilangan Master (peringkat tertinggi SHaklee). Malah Shaklee menggalakkan pengedarnya naik dengan cepat dan beramai-ramai. Semakin banyak lagi ia suka. Anda tidak akan berjaya jika tak berusaha, atau anda mengampu pun anda takkan dapat apa.

Shaklee juga memegang piagam: Always Safe, Always Works, Always Green. Anda tahulah bila ada piagam macam ni ini bermakna syarikat benar-benar komited dengan janji dan piagamnya sendiri. Shaklee juga MLM bersifat patuh syariah dan ia berbeza dengan MLM lain di pasaran.

Baguskan sistem macam ni? Sebab tu saya suka Shaklee.

3. Harga Mampu Milik
Saya belum pernah jumpa harga barangan MLM yang begini punya murah. Saya tak katalah murah macam jualan di pasar malam, tapi harga suplemen Shaklee tidak banyak berbeza dengan harga suplemen sintetik yang banyak dijual di pasaran. Ha gitu, maknanya dah la harga lebih kurang sama, tapi anda dapat pulak suplemen semulajadi dan organik. Maka maknanya anda sendiri boleh fikir.

Jadi harga mampu milik ni bermakna bukan orang kaya sahaja mampu membelinya, even saya ada customer hanya bekerja menjual keropok di kantin sekolah merupakan customer saya yang setia dan gembira dengan kesihatannya yang bertambah baik.

Kenapa Saya Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Perbezaan harga SHaklee berbanding jenama lain

4. Kualiti Produk
Shaklee menjaga kualiti produknya. Saya memang tak ragu-ragu lagi berkenaan ini. Anda bayangkan Shaklee spent almost USD250 juta setahun hanya untuk kajian produk, testing dan ujian keberkesanan. Sebagai syarikat MLM dan berasaskan suplemen, Shaklee tidak perlu sebenarnya buat kajian ini. Ikutkan proses kerja KKM, hanya ubat sahaja wajib ada kajian dan kualiti produk.

Tapi Shaklee buat juga, untuk menjaga kualiti produknya, supaya kita semua yakin sebagai pengguna semua produknya.

Kenapa Saya Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Piagam Shaklee

5. Shaklee Halal
Jangan tak tahu, Shaklee sangat menjaga sensitiviti umat Islam. Setiap tahun memang ia akan renew label halalnya tanpa prejudis. Setiap tahun juga ia mengeluarkan produk baru seperti Phytocol-ST yang dikeluarkan pertengahan tahun ini dan ia juga dipastikan halal. Jadi produk yang dikeluarkan untuk pasaran umat Islam seperti di Malaysia dan Indonesia memang terjamin halalnya.

6. Shaklee Suplemen Semulajadi dan Selamat
Berbeza dengan suplemen bersifat sintetik, suplemen bersifat semulajadi akan mengadun dengan baik dalam sistem tubuh anda. Kalau sintetik ni dia duduk dalam badan anda, tanpa berubah bentuk. Silap-silap warna pun masih ada walaupun dah berada dalam perut anda.

Ramai juga yang tidak sedar sebenarnya mereka telah mengambil produk beracun untuk masih ke dalam badan mereka. Saya sedar juga tentang ini. Beberapa tahun lepas saya ada ambil produk pelangsingan Trimz and Klenz yang kemudiannya diisytiharkan sebagai produk mengandungi bahan beracun sibutramine.

Kenapa Saya Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Perbezaan Shaklee

Mujurlah saya ni panjang umur, Alhamdulillah. Tapi saya jadi serik ambil produk di pasaran negara yang sebenarnya tanpa kajian dan merupakan sejenis OEM. OEM adalah seseorang pengusaha mengambil produk daripada China atau negara lain dan diletakkan jenama mereka sendiri. Sebab itu kalau anda nak jadi pengusaha pun boleh. Letak sahaja jenama apa-apa, contohnya jenama Bedah. Dan anda buatlah promosi dan marketing sehingga masuk television sekalipun. Rakyat Malaysia jenis mudah percaya, sedangkan sebenarnya perkembangan saintis dan kajian penciptaan di Malaysia masih jauh ketinggalan. Tetapi bagaimana setiap hari ada sahaja produk baru dikeluarkan? Nampak sangat tak logiknya.

Jadi pastikan anda ambil produk yang selamat, contohnya seperti SHaklee ini. Dah 3 tahun saya consume, alhamdulillah tiada side efek, sebaliknya kesihatan bertambah baik.

Sebenarnya anda tak perlukan sebab untuk jatuh cinta, bagi saya cukuplah saya gunakannya yang selamat dan semulajadi, ia juga sangat berkesan dalam meningkatkan tahap kesihatan saya. Tahap pendapatan juga bertambah kan.

Saya Bantu Anda Tingkatkan Kesihatan dan Taraf Pendapatan Anda

Jika anda teruja untuk meningkatkan tahap kesihatan, atau ingin berbisnes cara Shaklee hubungilah saya untuk saya bantu anda. Bisnes Shaklee bukan tentang individualistik, tetapi kita bergerak seumpama sebuah keluarga. Saya akan tolong anda tapi dengan syarat anda juga mahu berubah, mahu keluar daripada zon selesa.

Awas ya tahun depan krisis ekonomi terbesar, fasten your seat belt!

Kenapa Saya Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Ayuh bersama kami mendaki kejayaan

Hubungi saya
Raihanah
Tel/Wasap/SMS 0122195919
SID 864679

4 thoughts on “Kenapa Saya Jatuh Cinta Dengan Shaklee

    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu semakin ramai peminat. yang penting semakin ramai yang sihat.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge