Call nowWhatsapp

Satu drama korea yang saya suka tengok sekarang adalah drama Saimdang. Saya bukanlah tengok banyak sangat drama TV, selalunya memang tiada masa. Yelah, asyik dan ralit dengan kerja Shaklee, dengan anak-anak lagi, sebenarnya sukar hendak ada masa menonton TV. Tapi drama yang satu ini memang saya tidak lepas peluang (biasanya tengok recorded punya la).

Sinopsis Saimdang

Drama bersiri Korea “Saimdang” adalah mengenai seorang tokoh seni korea bernama Shin Saimdang. Wajah Saimdang telah diabadikan dalam wang korea berharga 50 ribu Won. Kisah ini berkenaan kisah cinta beliau dengan Lee Gyeum (juga seorang tokoh seni Korea) dan perjuangan beliau pada zamannya.

Siapa Saimdang?

Drama Saimdang adalah berkenaan tokoh terkenal Korea, iaitu Saimdang. Seorang pelukis terkenal di zaman Joseon, kurun ke 16 masehi dulu. Tak banyak maklumat boleh didapati melalui internet, tapi kalau lihat pada penceritaan drama memang menarik juga.

Pelakon yang melakonkan watak Saimdang adalah Lee Young Suk, iaitu pelakon yang sama melakonkan watak Dae Jang Geum yang popular 10 tahun lalu. Drama Dae Jang Geum tu saya ulang tengok sampai berapa kali, kalau ada tayang memang tengok.

Persamaan antara cerita Saimdang dengan Dae Jang Geum adalah sama, iaitu sejarah. Kedua-duanya sejarah tentang tokoh wanita korea. Seorang terkenal disebabkan lukisan (Saimdang) dan seorang lagi merupakan doktor wanita pertama Raja Korea.

Cerita macam ini memang saya suka, kalau cerita macam Goblin atau cerita cinta lain, tak masyuk sangat bagi saya. Ada banyak pengajaran bagi drama-drama sejarah begini:

  1. Bagaimana orang zaman dahulu berjuang untuk mendapatkan pelajaran. Dahulu wanita diketepikan daripada mendapat pendidikan formal
  2. Bagaimana wanita boleh berjuang untuk menegakkan integriti, apa yang betul, prinsip yang benar. Sedangkan orang keliling penuh rasuah, berkuasa dan sebagainya.
  3. Saimdang dan Dae Jang Geum merupakan wanita yang pakar dalam bidang mereka, tidak jemu belajar
Wajah Saimdang diabadikan dalam duit korea 50,000 won

Wajah Saimdang diabadikan dalam duit korea 50,000 won

Kedua-duanya menjadi pengajaran bagi saya.

  • Jangan jemu untuk belajar dan mengajar. Menjadi pakar dalam bidang anda. Walau dalam rank mana pun, saya tetap komited untuk belajar. Semakin banyak kita belajar, semakin banyak yang kita tidak tahu. Saya komited menjadi pengedar Shaklee yang PAKAR untuk membantu lebih ramai orang.
  • Jaga integriti. Do what is right. Sama dengan prinsip Shaklee, do what is right.

Kan best kalau drama Melayu kita ada drama sejarah yang berkualiti sebegini betul tak? Buat drama sudahlah, tak payah buat filem.

Adakah anda belajar sesuatu?

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)