Bagi yang adalah rakan facebook saya, saya ada upkan status semalam berkenaan hari terakhir saya bekerja di sebuah syarikat ICT semalam. Tamatnya 30 November 2016 maka berakhirlah perkhidmatan saya di syarikat tersebut selama 16 tahun.
Saya mula bekerja di syarikat tersebut sebaik saya tamat belajar pada tahun 2002. Dan terus setia sehingga semalam, iaitu 16 tahun. 16 tahun macam-macam saya lalui, pahit manis semua ada. Tapi mestilah yang best lebih banyak, kalau tidak mesti saya tidak bertahan selama 16 tahun.
16 Tahun Dalam Industri ICT Negara
Paling saya hargai selama saya bekerja dalam sektor ICT adalah persahabatan dengan rakan-rakan pejabat saya. Persahabatan dan keakraban yang saya memang takkan perolehi di syarikat lain mungkin. Kami bukanlah ramai sangat, sekitar 80 orang sahaja. Tapi inilah rakan-rakan yang baik bagi saya.
Cabaran paling besar saya hadapi adalah pada beberapa tahun lalu bila menghadapi isu tikam belakang. Saya memang polos orangnya. Saya tidak sedar langsung adanya jenis yang suka tikam belakang ni. Akhirnya orang ini berhenti dengan sendirinya. Tapi perbuatannya walaupun saya maafkan tapi saya serahkan kepada ALlah untuk diadili nanti. Sebab bagi saya, tidak boleh saya terima perbuatannya kepada saya. Entahlah, saya berhak untuk berperasaan begini kan.
Kini Working At Home Mother
Maknanya dengan ini saya secara rasminya menggalas cabaran sebagai WAHM – working at home mother. Ini bagi saya satu cabaran baru. Bekerja di rumah dengan anak-anak, memang menjadi impian semua ibu. Semoga saya berjaya!
Sementara menunggu 30 November 2016, saya ada juga intai-intai peluang untuk membuat selling Shaklee. Jadi di samping online, saya juga akan buat juga offline sales. Ada lokasi-lokasi yang saya berminat dan insyaALlah saya akan selalu maklumkan nanti. Sebolehnya jemputlah jadi rakan fb saya supaya lebih mudah anda mendapat maklumat tentang Shaklee.
Boleh add saya sebagai rakan fb anda: http://facebook.com/raihanah.ahmad
Promosi Disember 2016
Untuk menutup tahun 2016, Shaklee menawarkan promosi bagi produk berikut:
InsyaAllah saya akan kemaskini lagi maklumat berkenaan semua produk dalam posting lain.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak




moga terus sukses yee
Ira recently posted…Serbuk Kolagen- Bukan Sekadar Untuk Cantik
tq ira
Tahniah Puan Raihanah kerana berjaya mencipta kerjaya sendiri….
Saya doakan semoga lebih cemerlang dengan kerjaya di atas pilihan dan minat sendiri….
Anuar recently posted…SUPER SEASON PASS 3GB RM30
tq cik anuar
Semoga menjadi WAHM yang berjaya… Aamiin…
tq kak cik
16 tahun?? wow, lamanya
bekerja dari rumah best, dan cabarannya juga berbeza dengan kerja yang lama…moga terus berjaya sis 😉
siti hazreen recently posted…Hadiah Kepada Top Komentator 2016 – Emas Public Gold
tq cikgu
tahniah kerana melepaskan diri dari zon selamat…saya pula akan menyusuli dengan azam sebagai usahawan sepenuh masa juga nanti…blogger dan takaful advisor
Hero Borneo recently posted…4 Petua Power Untuk Elak Muflis
tq wish HB
Wah perubahan yang besar dalam hidup ya puan. semoga terus maju dan berjaya.
betul tu cik thanks doakan saya
16 tahun lama tu …
haa 16 tahun dah