Protein Soya Untuk Ibu Hamil

By | 3 October 2014

Ibu hamil memang seboleh-bolehnya digalakkan ambil banyak nutrisi untuk tumbesaran kandungan. Begitu juga dengan protein. Anda suka protein haiwan atau protein tumbuhan?

2 kali kehamilan sebelum ini saya banyak bergantung kepada sumber semulajadi makanan. Protein seperti ayam, daging, telur dan ikan memang banyak juga saya ambil. Memang boleh kita bergantung sepenuhnya kepada makanan, tapi pengambilan suplemen juga semakin penting sekarang ni.

Untuk kehamilan kali ini saya memang amalkan ESP untuk tambahan bekalan protein saya. Ini kerana protein memang penting kepada semua ibu hamil.

Protein Soya Untuk Ibu Hamil
Ibu hamil perlu makanan seimbang


Apakah Protein

Protein merupakan nutrisi yang membantu melaksanakan pelbagai fungsi dalam badan manusia. Tanpa protein, tulang, kulit dan rambut tidak akan mempunyai strukturnya.

Peranan protein

1. Menggantikan sel dan tisu yang mati atau rosak

Contohnya parut, itu merupakan contoh sel atau tisu yang telah mati tetapi tidak digantikan. Maka ia kekal di kulit kita.

2. Mengawal proses badan (bukan semuanya protein)

Contohnya membantu mata untuk melihat, mengecutkan otot dan pembekuan darah.

3. Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan
4. Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin dan mineral dan oksigen ke seluruh badan
5. Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem pertahanan badan.


Sumber protein

Ada 2 sumber utama protein:

1. Protein haiwan

Susu, telur, daging dan ikan. Protein haiwan lebih lengkap secara biologi kerana protein haiwan mempunyai semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan.

2. Protein tumbuhan

Contohnya seperti bijirin, kekacang, produk soya. Walaupun protein tumbuhan merupakan protein tidak lengkap, ia tetap merupakan pengganti yang baik untuk daging atau protein haiwan. Terutama bagi kekacang + bijian atau kekacang + kacang biji dicampur bersama, ia akan saling melengkapi dan membekalkan semua asid amino penting yang diperlukan untuk seseorang individu.

Protein Soya Untuk Ibu Hamil – ESP


Saya gunakan ESP semasa mengandung, berpantang dan menyusu. Dan saya pernah guna 2 jenis protein soya. Satu ESP satu lagi daripada jenama xxxx. Apa yang saya perhatikan ESP ni wangi, dan rasa pun lebih sedap daripada jenama xxxx. ESP bukan sebarang soya.

Saya juga pernah juga makan produk soya seperti edamame masa menyusu anak pertama. Tapi tiada beza juga dari segi kepekatan susu. Ramai memberi tanggapan negatif terhadap soya, tapi bagi saya sendiri saya pengguna ESP dan saya yakin dengan ESP. Saya cuma cakap perkara positif sahaja tentang ESP dan saya yakin ianya selamat.

Baca juga Kepentingan Protein dan Bagaimana Memilih Protein terbaik.

ESP Difference

1. Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.

ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber haiwan, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolestrol.


2. Indeks Glisemik rendah

Salah satu keistimewaan ESP adalah memiliki Indeks Glisemik yang rendah, sekitar 39 dan menjadikannya sesuai untuk semua meskipun kepada penghidap penyakit kencing manis atau diabetes.

3. Mengandungi 9 Asid Amino

ESP menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. 

4. Protein soya merupakan protein paling lengkap

Berbeza dengan protein haiwan yang mengandungi lemak dsb, protein soya merupakan pengganti paling lengkap mengandungi semua asid amino perlu.

Manfaat Protein Soya Untuk Ibu Hamil

Bagi ibu hamil, ESP atau protein soya sangat membantu ibu dan bayi dalam kandungan iaitu membekalkan sumber protein yang mencukupi:

1. Sumber protein dan asid amino untuk bayi dan ibu


a. Penting dalam pembentukan otot bayi dalam rahim ibu
b. Memelihara dan membina otot ibu kerana kehilangan otot akibat kurang bersenam.
c. Khasiat protein membantu dalam proses kelahiran.
d. Meningkatkan sistem pertahanan badan ibu melawan penyakit. Gandingkan dengan Vitamin C bersama-sama protein sangat bagus untuk ini.

2. ESP membantu penyerapan zat yang lebih optimum


3. Badan lebih cergas dan bertenaga.

Ini kerana ESP merupakan penjana tenaga. Saya pergi Langkawi 3 hari baru-baru ini tak bawa ESP, rasa badan memang letih dan lesu. Balik ke rumah saya ambil masa 2 hari juga untuk kembali cergas. 

4. Menjana perasaan gembira dan mood lebih stabil.

Ibu hamil kena gembira selalu kan.

5. ESP memberikan rasa kenyang lebih lama.

Selalu saya ambil selepas bangun tidur. Saya campurkan sekali dengan Vivix dan Collagen Powder (kedua-dua ini selamat diambil semasa berpantang dan menyusu).

6. Meningkatkan metabolisme badan


7. Kulit baby lebih cantik dan gebu

Serius yang ni, saya nampak perbezaan kedua-dua anak saya. Yang sulung saya cuma ambil produk soya biasa (GMO, minuman soya, edamame). Kulit anak sulung saya kering, dan cepat naik rashes kalau panas.

Berbeza dengan anak kedua (saya ambil ESP semasa berpantang dan berterusan semasa menyusu), kulitnya lebih halus, gebu, kalau kena gigit nyamuk pun tak kesan kat kulit dia. Setengah baby kena gigit nyamuk, terus ada parut. Alhamdulillah, ESP adalah asbab sahaja.


8. Membantu meningkatkan tahap kolestrol baik dan baik untuk kesihatan jantung. 

Jantung ibu bekerja 2x ganda sepanjang kehamilan.

9. Membantu penyerapan vitamin daripada makanan dan suplemen yang lebih baik


10. Membantu mengurangkan rasa loya atau angin.


Saya mahu ESP Protein Soya Untuk ibu Hamil!

Protein Soya Untuk Ibu Hamil
ESP membantu ibu hamil mendapatkan kehamilan sihat



Sejak awal hamil saya memang tak lepaskan ESP ni. Sangat-sangat membantu saya untuk mengharungi proses mengandung. Sebab itu dalam set hamil atau set bersalin sangat disarankan pengambilan ESP ni. 

Wah, tak sabarnya nak ESP lagi ni!


Jaminan kami


Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam

1. Selamat
2. Semulajadi
3. Berkesan

Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.

Shaklee Difference: Always SafeAlways WorksAlways Green.

Mengapa saya?


Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

Penghantaran


Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Gombak, Kuala Lumpur dan Subang Jaya (USJ). Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, GDex, Nationwide Express atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

Pembayaran


Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

Cara Order Shaklee ESP Promosi Beli 6 Percuma 1 Hanya Bulan Oktober 2014

Harga runcit sebalang ESP adalah RM150. Tapi jika anda nak nilai terbaik, ada caranya. Hubungi saya, saya bagitahu rahsianya.

Jika anda juga mendapatkannya, anda boleh hubungi saya:


SMS / Watsapp :0122195919 
SID: 864679      

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge