Tahun Baru 2016 Semoga Terus Sukses

By | 1 January 2016
Selamat tahun baru 2016

Hari ini 1 Januari 2016, dengan rasminya kita telah berada pada tahun 2016 yang insyaAllah akan kita hadapi dengan penuh kesyukuran, kesederhanaan, usaha yang tekun dan lebih berjaya.

Ramai juga yang berkongsi azam tahun baru mereka, bagi saya pula ada beberapa perkara saya hendak fokus pada tahun ini. Bukanlah azam tahun baru tetapi lebih kepada matlamat dan fokus.

68683_10154631265213881_5431822242837377835_n

Setiap hari adalah permulaan baru, jadi berusahalah

Fokus tahun 2016

Keluarga

Untuk diri dan suami, ingin jadi lebih memahami dan komunikasi yang lebih baik.

Untuk anak sulung saya, Hakim yang masuk darjah 2, saya ingin lebih bersedia untuk membantunya dalam pelajaran. Selain itu saya hendak juga pastikan Hakim lancar membaca AlQuran dan solat pun lebih baik.

Untuk anak kedua saya, Faiz yang masuk tadika pada usia 5 tahun. Saya ingin lebih rapat dengannya, memahaminya dan memastikan tumbesarannya normal seperti rakan sebayanya.

Untuk anak bongsu saya, baby Sarah. Saya teruskan penyusuan sihat dan membantunya dalam setiap perkembangan dirinya.

Untuk abah mama dan mek saya supaya saya lebih bersabar dengan mereka, dapat membantu mereka dengan hal ehwal rumah dan lebih komunikasi dengan mereka.

Kerjaya

Tidak banyak yang saya boleh katakan buat masa ini sebab syarikat tempat saya bekerja agak terjejas juga dengan situasi ekonomi sekarang. Syarikat ini telah berusia 30 tahun lebih tetapi masih tetap utuh untuk beberapa kali kemelesetan ekonomi kerana resepi rahsia mereka.

Namun dengan pengurusan baru yang agak muda, nampaknya strategi kurang menjadi dan macam banyak isu juga akhir-akhir ini.

Apapun saya akan membantu mana yang termampu bersama syarikat.

Bisnes

Di tahun 2015 saya telah menambah 2 lagi perkhidmatan, selain bisnes berasaskan suplemen seperti Shaklee.

Geng Spa Jutawan

D’Haizsa Wellness menawarkan perkhidmatan facial / spa bergerak / di rumah dan myBekam klinikal

Di bawah satu syarikat yang ditubuhkan iaitu D’Haizsa Wellness, kami telah mempunyai 2 lagi perkhidmatan iaitu

Kedua-duanya diasaskan di penghujung Disember 2015. InsyaAllah akan cuba dikembangkan melalui strategi offline dan online.

Selain itu kami juga mengalu-alukan agen yang berhasrat untuk membuat pendapatan yang dapat membantu mereka melalui tahun 2016 dengan tenang dan berjaya.

Dengan Shaklee saya harap tahun ini dapat naik rank sekurang-kurangnya Coordinator dan dapat membantu beberapa orang downlines saya naik rank dan memegang bonus 4 angka sekurang-kurangnya setiap bulan.

Percutian

Cadangnya tahun 2016 saya cuba untuk merancang percutian ke Legoland pada penghujung tahun, insyaAllah. Selain itu trip-trip pulang ke kampung juga dalam rancangan juga.

Simpanan

Saya ada kongsikan berkenaan tabung suami isteri, salah satunya ialah duit yang tersimpan boleh ditukar kepada emas. Emas adalah aset, jadi bila hendak guna bolehlah dipajak. Tidak perlu pun kita gunakan kad kredit atau meminjam. Lebih mudah macam ini. Jadi setiap boleh kena adalah jumlah tertentu yang boleh disediakan untuk ditukarkan kepada emas.

Homestay @Gombak

Cadangnya hendak dibuat satu homestay di rumah kami. Hasrat kami hendak kickoff Januari 2016 tapi macam ada masalah air pulak (tekanan perlahan), nampaknya perlu diberikan tarikh baru untuk mula.

Walau apa pun perancangan kita, saya berharap anda turut berjaya dengan setiap rancangan anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

12 thoughts on “Tahun Baru 2016 Semoga Terus Sukses

    1. Raihanah Ahmad Post author

      waalaikumusslam. thanks sis, selamat tahun baru juga to u

      Reply
  1. naaisyah

    Assalamualikum. Selamat tahun baru. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kekuatan olehNya untuk menjalankan segala tugas 🙂
    naaisyah recently posted…2016.My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge