Maaf ya lama tak update hal tadabbur, so kali ni saya sambung Juz 11, pilihan ayat daripada Juz 11 Surah Yunus 11:87
Dan Kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya, “Ambillah beberapa rumah di Mesir untuk (tempat tinggal) kaummu dan jadikanlah rumah-rumahmu itu tempat ibadah dan laksanakanlah salat serta gembirakanlah orang-orang mukmin.
Surah Yunus 11:87
Kisah Perjuangan Nabi Musa AS
Ayat ini menceritakan kisah perjuangan Nabi Musa bersama saudaranya Harun yang dapat memberikan kekuatan dari sudut spiritual healing.
Allah perintahkan agar 12 kabilah Bani Israel (kira-kira seramai 600 ribu orang) untuk berkumpul di suatu tempat untuk memudahkan Nabi Musa AS memberikan arahan dalam misi mereka meninggalkan Mesir.
Setelah berkumpul, semua kabilah mengadu kepada Allah dalam bentuk solat berjemaah dan menghadap kiblat. Kemudian itulah Nabi Musa sebagai imam kepada semua kabilah, berperanan menyebarkan berita gembira kepada mereka.
Ada banyak peranan kita nampak disini. Umpamanya Nabi Musa sendiri berperanan besar dalam memberikan berita gembira, memberikan ketenangan. Dengan kefasihan lidahnya dan ketinggian ilmu agama baginda yang mana selayaknya perlu dicontohi oleh semua terutama kita tanpa mengira kedudukan kita. Sebab setiap kita pun adalah pemimpin, kita juga adalah pendakwah.
Dalam membina masyarakat, atau membina kumpulan kita, kitalah dulu kena mencontohi Nabi Musa AS ke arah masyarakat dan pasukan yang lebih baik.
Bani Israel pula ketika itu tersakiti, pesimis, tidak yakin kepada kemenangan dan kekuasaan yang dijanjikan. Mereka pula sedang dalam buruan Firaun dan regimnya, tentulah rasa ketakutan yang amat.
Refleksi
Ada banyk pengajaran di dalam ayat ini:
- Lihatlah orang-orang yang tersakiti emosinya atau spiritualnya dengan pandangan yang menggembirakan mereka dan jangan menambah lagi kesakitan mereka dan orang yang diuji Allah.
- Masjid atau rumah Allah bertujuan untuk menyatukan ummah, bukan memecah belahkan yang mana ia turut berperanan sebagai pusat komuniti masyarakat pelbagai lapisan.
- Jadikan rumah Allah sebagai klinik jiwa masyarakat dan bukan memburukan para pesakit emosi / spiritual.
- Sebagai ahli jemaah masjid, dengarlah kepada mereka yang memerlukan sokongan moral dan emosi, jadilah seorang pendengar yang baik.
- Bina suasana positif dalam berjemaah antara hubungan manusia sesama manusia.
- Praktikkan solat berjemaah walau dimana kita berada.
- Rasa ujian kita berat? Ingatlah kisah dalam AlQuran ada ramai lagi orang yang lebih perit ujiannya.
- Kita mesti jelas dengan destinasi dan hala tuju kita supaya kita tidak terpedaya dengan ujian-ujian di tengah perjalanan.
Kesimpulan
Kita sebagai manusia biar jadi orang yang selalu empati kepada semua orang. InsyaAllah kita juga mampu menenangkan diri kita, selain menenangkan orang lain.
Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya
Klik nombor ini. Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu. Join kami ye.
Register di sini https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak


