Kali ni tadabbur kita berkenaan Surah Al Qasas.
Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya ia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (yang demikian itu).
Surah Al Qasas 28:13
Ketaatan Ibu Nabi Musa AS
Dalam surah ini ada kisah di mana ibu Nabi Musa AS terpaksa melepaskan Nabi Musa AS ke Sungai Nil. Pada tahun Nabi Musa dilahirkan, ia merupakan tahun di mana Firaun memutuskan untuk membunuh bayi lelaki dengan cara penyembelihan. Pembunuhan ini dilakukan bergilir-gilir (selang setahun), sebabnya untuk tidak mengurangi tenaga lelaki.
Firaun memutuskan untuk membunuh semua bayi lelaki atas faktor mimpinya bahawa akan ada seorang lelaki daripada Bani Israel yang akan menjatuhkannya daripada takhta.
Ketika proses pembunuhan, ibu Nabi Musa AS berada di dalam rumah dan beliau sudah mendengar ibu-ibu yang menangis setelah melihat anak mereka dibunuh didepan mata.
Namun Allah mengilhamkan kepada ibu Nabi Musa AS untuk menyusukan baginda, dan setelah selesai, meletakkan Nabi Musa AS ke dalam raga. Allah mengilhamkan lagi, sekiranya ibu Nabi Musa merasa takut, hanyutkan Nabi Musa ke Sungai Nil.
Ia merupakan detik yang sedih buat ibu Nabi Musa, namun beliau redha, tetapi tetap berusaha untuk memastikan ke mana Nabi Musa dihanyutkan dengan bantuan kakak Nabi Musa. Sikap proaktif kakaknyalah menjadi asbab kembalinya Nabi Musa ke pangkuan ibunya.
Daripada kisah ini, kita dapati sikap ibu Nabi Musa AS sebagai seorang yang taat kepada perintah Allah tanpa banyak soal, yakin dengan janji Allah, redha dan bersabar dengan ujian yang menimpa.
Ibu Nabi Musa juga tahu bahawa Allah tidak menyekat hamba-hambanya untuk berusaha. Berusaha dalam konteks mencari kebenaran yang dijanjikan Allah.
Selepas pada lulus dengan ujian itu, Allah kembalikan Nabi Musa AS ke pangkuan ibunya dengan cara yang tidak terfikir olehnya.
Secara linguistik, “taqarru ainuha” bermaksud hilang segala ribut yang menyakitkan mata iaitu penyejuk mata. Perumpamaan ini seolah-olah Allah nak menyeka air mata kita agar tidak tumpah lagi sebab sedih.
Mata merupakan anggota yang kritikal untuk menunjukkan emosi kita, contohnya ketika kita sedih, air mata kita biasanya mengalir.
Refleksi
Banyak pengajaran yang kita dapat daripada kisah ini:
- Kekuatan taat dan yakin adalah kunci segalanya.
- Taat bukan bermaksud pasrah, taatlah dengan segala perintah ALlah tanpa mencari dan menyoal apakah logik disebalik segala perintah Allah tersebut kerana Allah Maha Mengetahui
- Redha itu tidak bermaksud berdiam diri dan hanya menunggu sahaja tetapi ia kena datang bersama usaha yang tepat. Sebab apa? Untuk mendapatkan perkara yang dijanjikan Allah.
- Jangan kita menjadi ribut kepada mata orang lain, jadilah seseorang yang boleh menghilangkan ribut tersebut.
- Bersikap proaktif seperti kakak Nabi Musa yang memberi inspirasi kepada kita semua untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam menunjukkan ketaatan.
- Jangan berputus asa apabil diuji Allah kerana setiap ujian pasti ada hikmah dan sinar dihujungnya.
Kesimpulan
Alhamdulillah, ayat ini mengajar diri kita untuk melihat ujian pada sisi yang berbeza. Redha itu bukan duduk saja. Redha itu bukan goyang kaki. Tapi redha yang benar ialah bersama sama usaha yang proaktif.
Hakikatnya pertolongan itu dari Allah. Dan untuk melihat ujian dengan sisi yang lebih baik juga perlu la lihat dengan penuh kasih dan cinta. Lihat dengan penuh kasih sayang. Usahakan diri jadi qurratun ‘ain bagi orang lain, pandanglah orang lain dengan kasih Sayang. Sebarkan kedamaian sesama muslim.
Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya
Klik nombor ini. Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu. Join kami ye.
Register di sini https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak


