Ayat ni best sebab mengajar bagaimana berdepan dengan ujian sambil rasa syukur. Kalau kita dapat capai buat perkara ni, masyaAllah sangat best perasaan tenang tu. Kena cuba ya.
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh
Surah Al-Naml 27:19
Kisah Nabi Sulaiman AS
Ayat ini boleh memberikan kita kekuatan dan perisai daripada kita bersangka buruk kepada Allah apabila diuji dengan halangan-halangan yang tidak kita duga.
Umpamanya, kita dah ada plan A, tiba-tiba terpaksa buat plan B.
Nabi Sulaiman AS merupakan seorang pemerintah yang dianugerai Allah dengan mukjizat yang dapat memahami bahasa binatang seperti percakapan burung dan semut.
Dalam surah ini, burung hud-hud (selaku penasihat hala tuju strategik kerajaan) memberitau Nabi Sulaiman untuk menuju ke utara.
Dalam perjalanan ke destinasi tersebut, mereka terganggu kerana adanya lembah semut. Baginda tidak sanggup memijak dan mengganggu komuniti makhluk lain. Lalu baginda berhasrat mencari laluan alternatif dan berharap burung hud-hud segera datang untuk memberikan nasihat namun tidak muncul-muncul
Selepas beberapa ketika, mesyuarat mengejut diadakan unttuk mendefinasikan semula destinasi hala tuju.
Semut adalah makluk yang paling pandai menguruskan organisasi. Mereka antara makhluk paling rajin dan tidak kenal erti penat dan letih.
Semua ada ketua, iaitu Permaisuri Semut (betina), justeru ia mengingatkan baginda kepada peranan seorang ibu yang selalu memberikan arahan. Selain mengingatkan baginda kepada ayahnya.
Dalam kisah semut ini, menampakkan pada kita kasih sayang bagaimana permaisuri semut dengan kasih sayang untuk menyelamatkan anak buahnya, Ia mengingatkan effort ibu dan bapa seperti Nabi Daud dan isteri untuk menyelamatkan aqidah anak-anak.
Bagaimana pula sikap Nabi Sulaiman? Nabi Sulaiman kekal bertenang dan tidak pula cepat panik. Baginda juga tidak marah dengan halangan yang berlaku. Sebaliknya baginda kekal bersyukur dan tidak protes. Selain Nabi Sulaiman terus memerhati dan mengambil pengajaran.
Refleksi
Banyak pengajarannya disini.
- Belajarlah daripada Nabi Sulaiman AS bahawa jika kemahuan kita dihalang sesuatu, kekallah bertenang dan jangan cepat panik.
- Setiap halangan merupakan satu anugerah Allah sebenarnya untuk kita perolehi lebih banyak ganjaran. Jadikan juga halangan itu sebagai cabaran yang kita boleh belajar sesuatu daripadanya dan tambah baik diri kita.
- Kekal bersyukur dan tidak protes walaupun ketika kehilangan sesuatu.
- Usah dikejar apa yang belum dicapai, sebaliknya hadirkan rasa syukur terlebih dahulu atas segala pemberianNya. Selepas peristiwa ini, Nabi Sulaiman AS dimaklumkan tentang Kerajaan Ratu Balqis, ianya merupakan sesuatu pencapaian terbesar Nabi Sulaiman AS.
- Kekal menghargai apa yang Allah telah berikan kepada kita selama ini, nikmat yang Allah beri terlalu banyak hingga tak mampu dihitung.
- Pandang sesuatu masalah sebagai peringatan untuk bersyukur, bukan sebagai noktah.
- Sentiasalah menghargai dan berterima kasih kepada ibu bapa kerana sungguh kita tidak mampu membalas budi mereka.
Kesimpulan
Ayat ini mengajar kita untuk bersangka baik dengan takdir Allah ..
Asbab Nabi Sulaiman bersangka baik dengan Allah dan tidak mengeluh, ini juga kerana syukur pada Allah Allah membantu baginda untuk medepani ujian nya.Â
Jangan jadikan ujian sebagai masalah tapi jadikanlah sebagai cabaran untuk bersyukur dengan apa yang kita ada.
Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya
Klik nombor ini. Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu. Join kami ye.
Register di sini https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak


