Tadabbur kali ni sangat menekankan hanya Allah sebaik penolong untuk segalanya “Hasbunallah wani’mal wakeel”. Kita kena didik hati kita yakin Allah akan bantu keluarkan kita dari segala roadblock yg kita alami.
Kami berfirman: “Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!
Surah Al-Anbiya’ 21:69
Kisah Nabi Ibrahim AS
Dalam Surah Al-Anbiya’ ada banyak kisah Nabi-nabi terdahulu. Salah satunya kisah Nabi Ibrahim AS yang juga merupakan bapa para anbiya’ dan paling banyak diceritakan.
Di dalam surah ini, Nabi Ibrahim pada usia yang muda berdepan dengan kaum yang menentang dakwah tauhid yang baginda sampaikan. Pada zamannya Nabi Ibrahim dikenali sebagai anak muda yang suka mencetuskan kontroversi.
Dalam ayat ini, Nabi Ibrahim dihukum mati oleh pembesar ketika itu kerana didapati bersalah memusnahkan berhala yang dianggap Tuhan oleh masyarakatnya.
Bentuk hukuman mati itu mesti disaksikan oleh masyarakat seramai mungkin agar boleh dijadikan sebagai peringatan kepada orang lain. Baginda dihumban ke dalam satu bangunan api daripada tempat tinggi dalam keadaan berikat.
Nabi Ibrahim bersendirian sahaja, kecuali Allah bersamanya.
Peristiwa Nabi Ibrahim AS Dibakar Hidup-hidup
Pada ketika baginda bersendirian, even ayah baginda pun tidak pula membelanya, malahan mengatakan, “Pergi matilah”. Ayah Nabi Ibrahim sememangnya tidak menyokong perjuangannya, dan menyokong pemerintah yang mahu membunuh anaknya sendiri. Bayangkanlah ujian besar buat Nabi Ibrahim.
Tapi apa kata Nabi Ibrahim? Kata baginda
..”Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”.
Surah Ali Imran: 3:173
Apa yang berlaku selepas itu? Allah membantu menukarkan api menjadi sejuk. Allah lah yang memerintahkan api menjadi salaman kerana perjuangan Islam baginda. Jadi kita boleh gunakan ayat ini juga sebagai zikrullah kita sehari-hari untuk menenangkan hati. Baca sekurang-kurangnya 3x.
Sekarang bulan Ramadan, kita semua mencari malam AlQadr (lailatul qadr). Sebab apa? Sebab kita mahukan pertemuan dengan para malaikat, selain Allah juga dikatakan turun ke langit dunia pada ketika ini. Lailatul qadr juga adalah malam malaikat menyebarkan salam.
Banyaknya malaikat turun ke bumi ketika itu, itulah menyebabkan langit dunia pun serasa damai, tenang, mendung, panas tapi tak hujan. MasyaAllah mudah-mudahan kita dapat bertemu dengan ALQadr.
Refleksi
Ada banyak pengajaran dari ayat ini
- Lakukanlah tadabbur, perhatikan dengan teliti setiap kalimah yang Allah gunakan dan setiap ayat yang Allah gunakan, dan susun. Ia boleh memberikan petunjuk kepada kita dalam mengubah dan menguruskan kehidupan kita.
- Kita mungkin akan dibenci dan disakiti namun ingatlah kita bukan orang pertama yang diuji sebegitu.
- Tidak semua orang memahami apa yang kita mahu dan tidak semua menyokong apa yang kita rasakan perlu.
- Tetaplah berada atas landasan yang besar, walaupun dunia tidak memihak kepada kita seandainya kita percaya kebenaran berada di pihak kita.
- Orang yang memperjuangkan kebenaran akan menerima ucapan salam dan doa dari para malaikat.
- Percaya bahawa Allah akan mengeluarkan kita daripada apa jua bentu api yang membakar kehidupan kita.
- Kita tidak mampu menjadi seperti Nabi Ibrahim yang memiliki mukjizat sebegitu, tapi kita boleh didekati, didatangi dan didoakan oleh para malaikat.
- Yakin bahawa kita tidak pernah bersendirian kerana Allah sentiasa bersama kita, maka keraplah memohon perlindungan dan bantuan Allah.
Kesimpulan
Saya selalu amalkan ayat ini Hasbunallah wa nikmal wakeel, sebagai amalan harian. Pada anak-anak pun saya ajarkan dibaca setiap pagi atau sebelum ke sekolah. Ianya satu bentuk pergantungan kita kepada Allah sepenuhnya.
Pada ketika saya menunaikan umrah tahun lalu (2022), zikir inilah yang menjadi zikir terbanyak saya pada sepanjang 12 hari disana. Dan bagi saya, itulah saat paling tenang dan saya rasa paling selamat. MasyaAllah. Amalkanlah selalu. Amalkan untuk bisnes pun boleh juga.
Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini, sertai komuniti bisnes Shaklee bersama saya
Klik nombor ini. Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu. Join kami ye.
Register di sini https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak


