Semalam genap setahun pemergian Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan. Siapa yang tidak kenal Almarhum, serasa seantero dunia mengenali beliau sebagai tokoh yang sangat disegani.
Lebih 2 dekat Almarhum memimpin Kelantan sebelum beliau melepaskan jawatan kepada Menteri Besar sekarang disebabkan penyakit dan keuzuran.
Saya selalu juga mendapat perkhabaran setiap kali beliau jatuh sakit seperti dimasukkan ke hospital dan sebagainya. Bermula tahun 2014 lagi kesihatan beliau nampak sangat terjejas. Akhirnya pada 12 Februari 2015, Allah memanggil beliau kembali ke pangkuanNya.
Tarikh ini di tahun lalu saya sedang sarat mengandung. Sedang saya tidurkan anak, terdengar bunyi mesej masuk dalam wasap.
Saya buka grup wasap usrah saya juga. Khabar yang diberikan, sangat menyesak dada. Memang telah tahu beliau uzur dan mungkin tidak lama hayatnya, tetapi pemergiannya itu tetap dirasai. Duka kehilangan adalah satu perkara tidak tertanggung oleh kita yang telah ditinggalkan. Saya masih ingat, saya pun menangis teresak-esak dengan kuatnya tengah malam itu, sampai suami pun terjaga.

Gambar ini bagi saya nampak kubur Almarhum yang sangat luas. Inilah kuasa sedekah yang banyak. Subhanallah
Seingat saya juga, semua orang tersentuh dengan pemergian beliau. Samada yang kenal rapat, atau sekadar mengenali beliau sebagai seorang tokoh tentu akan mengalir air mata menangisi pemergian beliau.
Kini telah setahun pemergian beliau. Apakah agaknya amalan baik yang beliau amalkan telah kita tiru? Semoga kasih sayang ini mampu mendekatkan kita kepada Allah s.w.t.
Semoga Allah cucuri rahmat ke atas beliau, Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Alfatihah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak




alfatihah.. tuan guru nik aziz nik mat..
zik recently posted…Keputusan terkini JDT vs Selangor Piala Sumbangsih 13.2.2016
semoga beliau dirahmati dan diampunkan
alfatihah…terasa kehilangannya…kebetulan, anak murid saya, meninggal dunia semalam…alfatihah
siti hazreen recently posted…Lirik Lagu Grace oleh Bryan Ingram
innalillah, semoga anak murid cikgu ditempatkan di kalangan orang soleh
Alfatihah.. tokoh yang mana bensar-benar memberikan kesedihan kepada seluruh rakyat atas pemergiannya.
musadun recently posted…Live Streaming Keputusan JDT VS Selangor 13.2.2016
sedih kehilangannya
beliau tiada pengganti, cuma anakanda sebagai waris…
Ikhwan recently posted…Tips Lulus Peperiksaan Separa Perubatan
iman tidak dapat diwarisi kan
Harap2 nik abduh mampu mewarisi paling tidak pon ciri2 kepimpinan arwah bapa kesayangan beliau ini…ameen
si bongkok recently posted…Sindiket Penipuan Warga Afrika dan Nigeria Scam Semakin Biadap
orang selalu sebut iman tidak dapat diwarisi. wallahualam
terasa kehilangannya. semoga ada pengganti nya di Malaysia
mudah2an DT. amiin
setahun perginya salah seorang pemimpin hebat dalam negara ini
al-fatihah
Uncle Zuan recently posted…Denda Yang Dikenakan Jika Tidak Patuh Peraturan Di Singapura
al fatihah buatnya
dah setahun dah rupanya ye.
tak sedar masa dah cepat berlalu.
titan recently posted…88 Program Affiliate yang sesuai untuk BLOGGER Malaysia – Edisi 2016
tanpa sedar masa berlalu
Alfatihah utk Tuan Guru..
Okje recently posted…Surpriselah sangat….
Amiin thanks sis
sekejab je setahun dah berlalu.. Semoga Roh Almarhum tenang berehat di sana
lekatlekit recently posted…SORANG LAGI SPESIS AZWAN ALI NAK TUNGGU ORANG KAT PADANG MASYAR
Amiin thanks sis
Saya mengagumi beliau sebagai seorang ahli politik yang benar-benar berjiwa rakyat. Kehilangannya merupakan satu kehilangan besar kepada politik negara.
Sikap beliau harus dijadikan panduan dan contoh kepada semua ahli politik di Malaysia.
hilang sukar berganti
Yang pernah saya terfikir laaa…
Mungkin dalam diri arwah ada rasa sedikit terkilan kerana dalam tempoh beliau berada dalam arus politik – isu HUDUD yang beliau sangat2 konsisten untuk di bawa ke peringkat tertinggi dalam pemerintahan negara untuk dilaksanakan tidak tercapai….
Diharap legasi sedia ada mampu meneruskan amanah yang dibawa oleh arwah sehingga satu hari ini perkara ini dapat tercapai untuk kebaikkan semua….ameen
si bongkok recently posted…Betul Ke Orang Cakap Kalau Bisnes Maju Sebab Pakai Pelaris Perniagaan
amiin