Senarai Semak Persediaan Persekolahan Anak

By | 18 October 2014
Persediaan Persekolahan Anak

Tahun depan ni anak sulung saya darjah 1, maknanya first time la saya terjebak dengan persediaan sekolah ni. Dalam excited saya berdebar juga. Apa yang boleh saya buat adalah berdoa semuanya lancar. Juga berdoa anak saya cemerlang dunia dan akhirat.

Pendaftaran Sekolah Kebangsaan

Pendaftaran SK ni sejak tahun lalu lagi. Saya register online dan buat pengesahan di sekolah yang kita pilih. Pastu tunggu je sampailah tahun ni dia akan letak sekolah mana yang sesuai kat kita. Biasanya dia letak je sekolah yang kita minta tu, unless over quota dia akan hantar ke sekolah berdekatan.

Persediaan Persekolahan Anak

Pendaftaran Online Darjah 1

Baru-baru ni dapat surat, suruh buat pengesahan lagi dan kena bawa original surat beranak. Dia bagi sekali borang-borang semua, panduan pakaian sekolah dan senarai buku-buku. Tapi kata kerani sekolah buku-buku beli kemudian sebab nanti cikgu akan bagitau buku yang mana akan digunakan. Ha bagus juga supaya takla bazir buku kan.

Ujian Penentuan Kelas

Ada ujian penentuan kelas pada 22 November 2014 nanti. Time tu kerani kata ada briefing jadi mak pak kenalah hadir. Anak hadir pun kena lengkap pakaian sekolah dah. Tu dia.. saya dok ingat ujian penentuan kelas ni tahun depan terus. Rupanya dah siap-siap bagi kelas.

Senarai Semak Persediaan Persekolahan Anak

Selama ni ada dalam otak saya je checklist ni. Tapi saya dah segregate ni ikut bulan, supaya takla susah sangat nanti-nanti sebab duit banyak ni nak guna. Saya pun dah riki kat mana nak beli dengan harga murah dan berkualiti.

Oktober 2014

1 set pakaian sekolah
2 pasang kasut sekolah
Beg sekolah – dah ada
Stationeries
Lain-lain keperluan

November 2014

4 lagi set pakaian sekolah kebangsaan
5 set pakaian KAFA
1 pasang kasut sekolah (backup)

Yuran pendaftaran tadika anak kedua (Faiz)

Disember 2014 (awal bulan)

Buku sekolah kebangsaan dan KAFA
Yuran pendaftaran SK

Senarai lengkap boleh tengok kat imej di bawah ni.

Persediaan Persekolahan Anak

Checklist Persediaan Persekolahan Anak

Tips Persediaan Keperluan Persekolahan

Antara tips yang dikongsikan oleh kawan-kawan saya:
1. Stationeries beli dalam kuantiti bulk. Sebab budak darjah 1 ni kejap je la tahannya. Saya dah pk nak beli di Mydin saja sebab banyak jual in bulk. Pastu bulk yang ada tu jangan tunjuk kat dia, nanti dia tahu kita ada banyak spare.

2. Beli awal takut habis stok size dan kuantiti yang kita nak tu

3. Beli hujung tahun sebab biasa banyak sale. Kalau plan nak pakai 2nd term nanti beli size besar sikit sebab budak-budak cepat besar.

4. Untuk ibu bekerja, belilah sampai 5 pasang terus pakaian SK dan 5 pasang pakaian KAFA. Sebab ada hujung minggu je untuk gosok baju. Ni plan saya lah.

5. Stiker. Beli stiker untuk lekat kat semua barang anak-anak supaya tak bercampur dengan orang lain. Maklumla baru darjah 1.

6. Rubber stamp nama anak. Sebab banyak buku nak tulis nama, elok tempah je rubber stamp nama anak. Sebab darjah tak tahu lagi jadi rubber stamp nama je lagipun tahun depan boleh pakai lagi

Untuk anak tadika biasanya saya beli je di tadika terbabit. Biasanya yuran pendaftaran tu dah termasuk semua kelengkapan. Biasanya dalam RM600 jugakla. Kalau nak beli pun beli beg sekolah dan stationeries je.

Itu semua rancangan, semoga Allah permudahkan nanti. Ni first time anak darjah 1, jadi saya pun super exsaited jugak lah.

Mamahakim

10 thoughts on “Senarai Semak Persediaan Persekolahan Anak

    1. Raihanah Ahmad Post author

      rupanya memang sekolah kebangsaan sekarang memang ada ujian dulu. memang pengalaman baru.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kata orang setiap satu mesti ada pertama kalinya kan.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge