Persediaan Persekolahan Anak

By | 1 December 2014
Persediaan Persekolahan Anak

Sebelum ni saya ada share checklist untuk persediaan persekolahan anak. Bagi mak yang anaknya first time nak masuk darjah 1 ni memang berdebarlah, maklumlah first time buat persediaan.

Persediaan Persekolahan Anak

Jom ke sekolah

 

Shopping Baju Sekolah Anak

Sebab suami dah gaji minggu lepas, saya tak berlengah lagi ajak dia pi shopping baju sekolah anak. Kawan-kawan saya ada share beberapa brand dan lokasi baju sekolah yang biasa mereka guna. Antaranya Canggih, Signature, atau JKids. Tak kurang juga yang tak branded tapi ada jual je dekat dengan rumah.

Bulan 10 baru ni saya ada beli 1 set lengkap baju sekolah: baju sekolah, seluar, singlet, tali pinggang. Dibeli dekat dengan rumah, and its priced almost RM50 untuk sepasang je. Jadi saya rasa memang tak boleh jadi, kena cari yang lain.

Anak sulung saya ni cepat betul besar dan meninggi. Baju tadikanya pun bulan 6 dah tak cukup inci seluarnya. Baju ok lagi. Tapi sebab dia dah 6 tahun saya tak beli baru. Sabar je mana ada. Jadi saya expect untuk sekolah rendah pun dia memang macam tu, sebab memang tengah proses pembesaran.

Minggu lepas pilihan kami Tesco. Jadi pegilah Tesco Selayang. Antara yang dibeli:

  1. Baju sekolah lengan pendek RM11.90 sehelai
  2. Seluar sekolah RM21 sehelai
  3. Singlet RM5 sehelai
  4. Set baju kafa RM23 sepasang
  5. Stokin 3 pasang RM5
  6. Seluar track RM8
  7. Baju t-shirt RM5

Habis around RM200 jugak sebab saya beli untuk seminggu terus. Almaklum saya kerja takut tak sempat nak uruskan laundry pada weekdays.

Stationery

Untuk stationery, kebetulan ada warehouse sale kat Taman Subang Perdana. Jadi minggu lepas saya pi beli. Antara yang dibeli

  1. Stabilo Pensil Color Jumbo 18pcs RM12.90
  2. Stabilo Pensil Color Jumpo 12pcs RM8.90
  3. Pensil tulis 2 kotak
  4. Eraser 1 kotak RM9
  5. Pensil case RM2
  6. Buncho Water color 6cc
  7. Sticker label RM2.30
Persediaan Persekolahan Anak

Stationery anak-anak

Sticker label tu saya nak buat untuk label buku-buku dia dan buat jadual waktu. Rubber stamp nama dia pun saya dah beli, penat weh nak tulis nama buku banyak2 ni. Huhuh

Lain-lain ada lagi la belum beli. Contohnya

  1. Gam
  2. Gunting
  3. Pembaris
  4. Pembalut buku
  5. Singlet x3
  6. Set baju kafa x3 pasang
  7. Sampin kafa x2

Untuk bulan ni targetnya untuk bayar yuran persekolahan SK, yuran tadika anak kedua dan yuran kafa. Serta beli barang-barang di atas yang belum dibeli tu. Total lagi around RM700 jugaklah sebab termasuk yuran tadika anak kedua.

Persediaan korang macam mana? Jom share dalam komen ya.

Mamahakim

12 thoughts on “Persediaan Persekolahan Anak

    1. Raihanah Ahmad Post author

      haa betul tu, bahagikan kepada 3 bulan. Tak terasa sangat duit keluar laju.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul3x. alhamdulillah kita bersedia lebih awal. tu pun ada barang belum beli.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      beli 1 size bigger. kalau beli lambat nanti habis size. huhuh

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      saya beli awal sebab kes takut takde size, dan takut duit habis kot lain 🙂

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      nostalgia kan semua tu. sekarang kita pula sediakan untuk anak2

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge