Call nowWhatsapp

Percutian tajaan penuh Shaklee ke Switzerland pada tahun 2022. Ok ini adalah coretan untuk program kami pada hari kedua. Hari kedua bermakna kami sudah sampai ke Zurich. Dan perlu ke Lucerne by bus di mana kami akan menginap di Lucerne selama 3 malam.

Suasana Burgenstock Hotel and Resort Alpine SPA Lucerne

Ia terletak 450 m di atas Tasik Lucerne di kanton Nidwalden berhampiran dengan Lucerne, hotel 5 bintang ini menanti anda dengan gabungan keselesaan moden dan suasana tradisional Switzerland. Para tetamu boleh mendapat manfaat daripada akses percuma ke Bürgenstock Alpine Spa.

Hotel Bürgenstock terletak di piazza, di tengah-tengah Bürgenstock Resort, bersebelahan dengan funikular Bürgenstock, yang membawa anda turun ke jeti perkapalan (sambungan ke Lucerne).

Resort ini terletak di pergunungan Bürgenberg dan menawarkan beberapa restoran dengan teres, serta pemandangan panoramik tasik yang indah dan pergunungan di Central Switzerland.

Kawasan spa seluas 10000 m² mempunyai kolam renang dalaman, 2 kolam renang luaran, 1 daripadanya menawarkan pinggir infiniti dengan pemandangan Tasik Lucerne yang menakjubkan, 3 bilik spa peribadi, 15 bilik rawatan dan kawasan kecergasan yang serba lengkap.

Lif Hammetschwand, lif luaran tertinggi di Eropah dan padang golf Alpine berada di kawasan berhampiran. Kawasan ini menawarkan tetamu yang memerlukan kelonggaran pelbagai pilihan persiaran, mendaki dan berbasikal gunung.

Itulah serba ringkasnya tentang Burgenstock Hotel.

Tempat ni best sangat. Di hotel mewah dalam kawasan kampung di Swiss ni memang unik. Dia dalam kampung tapi lavish (luxury). Setiap hari kami dengar alunan musik asli iaitu bunyi loceng-loceng lembu sewaktu meragut rumput. Tahu tak rupa lembu Switzerland? Lembu diorang memang terkenal sebab ada pakai loceng.

Lembu itu mempunyai kepentingan sejarah semasa penubuhan Konfederasi Switzerland pada tahun 1291. Pada tahun 1386, semasa Pertempuran Sempach, lembu itu melambangkan perjuangan orang Switzerland menentang singa Habsburg.

Susu Swiss pula terkenal dari lembu dari baka Holsteins. Holstein mudah dikenali dengan pewarna hitam dan putih yang tersendiri. Malah, ia adalah baka lembu tenusu yang paling popular di A.S. Ciri-ciri Holsteins adalah salah satu baka lembu tenusu terbesar, dengan berat sekitar 1,500 paun.

Kami sampai di Burgenstock dah menghampiri malam. Cepat saja check in sebab masing-masing dah letih kerana perjalanan yang panjang daripada Kuala Lumpur.

Bayangkanlah dari Kuala Lumpur ke Istanbul 11 jam, kemudian dari Istanbul ke Zurich selama 4 jam. Dari Zurich menaiki bas pula selama 2 jam. Total sekitar 17 jam perjalanan untuk dapat ke tempat kami check in hotel!

Lembu Swiss terkenal sebab pakai loceng
Lembu Swiss terkenal sebab pakai loceng

Tapi semuanya serasa bahagia, gembira dan enjoy kerana dapat dihadiahkan dengan pemandangan yang indah di Switzerland. Apatah lagi dapat menginap pula di hotel yang terbaik.

Hotel Burgenstock dimiliki oleh keluarga DiRaja UAE.

Welcoming Dinner

Sebaik kami check in, cepat-cepat salin pakaian untuk join welcoming dinner di dewan yang ditempah oleh Shaklee.

Semua food yang disediakan cukup kena dengan selera saya. Ada setengah orang tak boleh makan makanan ala barat. Tapi alhamdulillah syukurlah saya mampu makan, dan habiskan. Hihi

Menu Welcome Dinner Shaklee
Menu Welcome Dinner Shaklee
Main course. Sedap sangat. Eh semua saya suka
Main course. Sedap sangat. Eh semua saya suka

Bisnes Shaklee Biar Sampai Layak Dapat Percutian Shaklee Setiap Tahun!

End of day 2.

Bagi anda yang buat bisnes Shaklee, percutian Shaklee adalah sesuatu yang anda boleh dapat. Saya yang biasa-biasa ni pun alhamdulillah Allah bagi rezeki boleh sampai ke Switzerland. So can you!

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. 

Hubungi kami di nombor berikut untuk pendaftaran segera. Jangan lepaskan peluang ini untuk memulakan hidup baru yang lebih sihat!

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679

Untuk dapatkan Set Kurus Shaklee, boleh klik link berikut

https://wasap.my/60122195919

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline #resVvixchallenge #feelyoung #polyphenols #coolparents #myyouthfulpower
#shaklee #shakleemalaysia

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Certified Product Expert / Trainer
Shaklee Gombak

PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)