Mujurlah ada seorang rakan telah ingatkan saya berkenaan pendaftaran tahun 1 bagi sesi persekolahan 2018. Dan mujurlah ia bermula 1 Mac 2016. Kali ini perlulah untuk daftarkan Faiz untuk tahun 1 bagi 2018. Cepat betul masa berlalu, tanpa sedar anak-anak sudah besar dan bersekolah semuanya. Sangat rugi rasanya kalau tidak punya banyak masa buat mereka 6 tahun pertama usia mereka. Semasa menulis ini, rasa rindu pula kepada anak-anak.
Perlu diingat, pendaftaran secara atas talian dibuka dari 1 Mac 2016 hingga 30 Mac 2016. Jadi cepat-cepatlah daftarkan anak-anak anda ya.
Cara Daftar Anak Tahun 1 Bagi Sesi Persekolahan 2018
1. Masuk ke laman web Sistem Pengurusan Atas Talian
2. Daftar sebagai pengguna
Jika anda belum berdaftar sebagai pengguna, klik Pengguna Baru dan ikuti langkah pendaftaran pengguna seperti di bawah.
Antara maklumat yang diperlukan adalah
- Nama Penuh
- No MyKad
- No Telefon
- Emel
- Kata Laluan bagi akaun anda.
Bagi sistem ini, nama pengguna adalah menggunakan No Kad Pengenalan Anda.
3. Daftar Masuk
Jika anda telah berdaftar, masukkan No Kad Pengenalan anda serta Kata Laluan, seterusnya klik Daftar Masuk.
Anda akan dibawa masuk ke dashboard seperti dibawah. Jika anda skrol sikit ke bawah, terdapat 2 pilihan iaitu Sekolah Menengah Kawalan dan Pendaftaran Tahun Satu. Klik pada Pendaftaran Tahun Satu.
4. Pendaftaran Baru
Selepas masuk ke Pendaftaran Tahun Satu, terdapat 2 pilihan iaitu Permohonan Baru atau Semak Permohonan. Sekiranya anda baru hendak mendaftar, pilihlah Permohonan Baru Baru.
5. Permohonan Baru
Sila ikuti langkah-langkah permohonan Baru seperti di bawah:
a. Maklumat Murid
Masukkan No MyKid anak anda. Jika anda pilih No. Sijil Lahir, bolehlah masukkan nombor sijil lahir atau lain-lain dokumen.
Masukkan juga Negeri dan Jenis Sekolah yang dipilih. Klik pada Simpan.
b. Kemaskini Maklumat Anak
Sistem ini sebenarnya telahpun mempunyai database anak dan ibu bapa. Bila anda masukkan No. MyKid, maklumat lain tentang anak anda akan dijana secara automatik. Hanya anda perlu kemaskini status Tempat Kelahiran sahaja.
Setelah selesai, klik pada Simpan. Pop up seperti berikut akan dipaparkan.
c. Kemaskini maklumat ibu bapa
Seperti saya sebut diatas, maklumat ibu bapa telah ada di dalam sistem ini sebenarnya. Hanya anda perlu Cari No Kad Pengenalan anda dan suami/isteri dan klik Carian seperti di bawah.
Maklumat ibu bapa akan dipaparkan. Anda hanya perlu kemaskini mana yang berkenaan.
Tekan Simpan
Pop up akan dipaparkan seperti ini.
d. Permohonan Sekolah
Anda perlu tahu apakah sekolah pilihan anda. Biasanya memang sudah tahu hendak sekolah yang mana. Jadi anda hanya masukkan maklumat sekolah berkenaan.
Tekan simpan, dan pop up seperti ini akan dipaparkan.
e. Perakuan
Akhir sekali adalah proses Perakuan. Baca balik semua maklumat yang anda masukkan, jika betul tekan Hantar. Jika perlukan kemaskini anda boleh semak kembali dan perbetulkan.
Apa Berlaku Selepas Ini
Selepas membuat permohonan, biasanya anda boleh menyemak kembali permohonan anda. Anda boleh batalkan permohonan atau anda boleh kemaskini.
Dalam tempoh 30 hari, anda hendaklah mencetak surat dan di bawa ke sekolah pilihan anda untuk pengesahan. Klik pada icon bertanda merah untuk mencetak surat. Sebelum ini, anda klik pada Kemaskini, barulah antaramuka seperti dibawah akan dipaparkan.
Bila klik pada icon tersebut, surat akan dijana. Surat adalah seperti di bawah. Bolehlah anda bawa surat berikut ke sekolah pilihan anda untuk mendapatkan pengesahan.
Selepas proses ini anda hanya perlu tunggu surat pengesahan sahaja, biasanya sekolah akan telefon untuk anda ambil surat tersebut. Disebabkan Faiz akan masuk darjah satu pada tahun 2018, maka suratnya akan sampai pada tahun hadapan (hujung tahun).
Jadi jangan tunggu lama-lama ya, anda hanya ada tempoh 30 hari untuk mendaftarkan anak anda bagi sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor. Dan 14 hari untuk tempoh pengesahan di sekolah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak






















nasib baik sistem ini belum diimplimen ke seluruh negara..jadi tak risau jika terlepas mendaftar pada masa kini..
mrhanafi recently posted…Peluang Kedua Mesti Ambik Punya
huhuh tp saya rasa bagus juga kalau seluruh negara boleh pakai, tapi tengoklah talian internet kan
Daftar skolah skrang pun online. makin maju..
Bahrain recently posted…Movie Zootopia Papar Kecekalan Seekor Arnab Menjadi Polis
mempermudahkan urusan
MV pun kena daftar anak sulung tahun ni..
Noriza Rahman recently posted…EcoWorld Season’s Flower Show dengan Sentuhan Romantis
saya register anak no 2. good luck MV
Dengar pada kak ipar kata, kalau tak isi segera, memang tipis la anak dapat masuk sekolah.. Dekat selangor memang berebut la.. Alhamdulillah.. Anak sedara dah berjaya daftar..
Hafizul recently posted…Kenanglah Yang Lama Agar…
sy klik nak cetak surat utk akuan sekolah kenapa dia suruh log in…
sape2 boleh tlg tak.. emailkan je pada saya