Call nowWhatsapp

Lawatan Ke Farm In The City

Ramai yang sedang cuti-cuti kan sekarang ni. Untuk saya dan keluarga, hujung tahun bagi 2014 ni tak kemana sangat sebab kebetulan tengah buat rumah jadi bajet memang lebih kepada rumah. Bagaimanapun untuk menyukakan anak-anak, kami bawa anak-anak ke Farm In The City.

Anak-anak kami ni suka benar dengan haiwan, kat rumah dah ada mini farm, ni nak pergi Farm In The City memang melompatlah diorg tu.

Farm in The city rupanya terletak dekat je dengan Faizland (sebelum berpindah ke Bangi), ia memang dekat dengan The Atmosphere. Jadi perjalanan dari rumah ke Seri Kembangan ni memakan masa 30 hingga 45 minit. Semalam trafik agak smooth, rasanya ramai yang takde di bandar disebabkan cuti-cuti Malaysia buantarabangsa.

Harga tiket pulak RM30 (dewasa), RM25 untuk kanak-kanak atas 4 tahun. Jadi kami bayar rm85, Faiz dapat percuma sebab masih bawah umur. Untungnya.. hihih

Banyak yang anak-anak tengok dan beraktiviti di sana:

Bagi makan pada giant kura-kura. Besar betul kura-kura dia, mana taknya asyik makan je kerjanya!

Lawatan ke Farm In The City
Kura-kura ni berusia 31 tahun

Bagi makan burung, pelbagai jenis burung ada. Dalam hal ni anak-anak saya memang expert la sebab banyak kali juga mengulang subjek Taman Burung sebelum ni.

Lawatan ke Farm In The City
Sedang beri makan burung

Kejar-kejar dengan itik. Comel-comel itik-itik tu, lepas diberi makan, main kejar-kejar pulak anak-anak saya ni.

Rumah reptilia seperti ular pun ada tapi time ni saya jalan laju-laju. Seram

Bagi makan rusa dan kambing. Jinak betul rusa dan kambing ni, besar pulak tu. Ada seekor kangaroo, tapi kecik dan sedang berehat.

Lawatan ke Farm In The City
Rusa dan kambing yang gemuk

Menangkap ikan kat Longkang. Lama juga dok kat sini sebab Faiz tak puas hati nak tangkap juga ikan. Akhirnya kami pujuk untuk ke tempat seterusnya.

Lawatan ke Farm In The City
Jom tangkap ikan

Main-main dengan arnab. Ini pun subjek expert sebab memang ada arnab kat rumah.

Lawatan ke Farm In The City
Banyak arnab kat sini

Fish Feeding. Subjek expert jugak ni

Lawatan ke Farm In The City
Ikan koi dan ikan talapia sangat banyak dan gemuk

Jumpa pulak dengan species biawak dan iguana ni. Cantik warnanya. Anak-anak saya tak takut pun nak pegang. Aduh anak baba punyalah diorg ni kan.

Lawatan ke Farm In The City
Biawak lidah biru
Lawatan ke Farm In The City
Iguana yang cantik

Banyak lagi yang boleh dilihat di sana, memang anak-anak saya pun puas hatilah. Alhamdulillah settle hutang dengan diorg.

Mamahakim

 

14 thoughts on “Lawatan Ke Farm In The City

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

RSS
Follow by Email
YouTube
YouTube
Telegram
WhatsaApp