Kata-kata motivasi yang saya nak kongsikan ialah daripada salah satu kisah kejayaan pasukan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).
Minggu lalu telah berlangsung event pertahanan terbesar yang selalu dianjurkan oleh negara kita, iaitu Langkawi International Maritime & Aerospace (LIMA). Event ini diadakan setiap 2 tahun sekali, disertai banyak negara dari seluruh dunia.
Dulu-dulu penyertaan negara-negara besar ie Amerika Syarikat, Perancis dan lain-lain, namun sekarang disebabkan ada peperangan Ukraine – Rusia, maka Rusia dan banyak negara lain terutama dari Asia yang menyertai event ini. Kalau USA pun join, kita risau pulak jadi berperang pulak di negara kita kan. Bagaimanapun event tetap berlangsung dengan meriah.
Saya dan keluarga pun baru balik daripada trip #lima2023 demi memahat memori buat anak-anak kami. Dulu masa saya kecil, saya kerap kali menghadiri LIMA disebabkan almarhum Abah dulu bekerja sebagai Setiausaha Bahagian Bekalan, Kementerian Pertahanan. Jadi dapatlah fully access ke event LIMA, dapat join sebagai VVIP.
Tahun ini trip sendiri, jadi kami join sebagai orang awam.
Mana-mana pun syukur juga, banyak benda kami syukur dan kami pelajari.
Pengalaman Pilot Wanita TUDM
Setiap event LIMA, pasti ada pertunjukan udara. Dan kali ini ada seorang pilot wanita TUDM yang saya rasa kita boleh jadikan sebagai kata-kata motivasi buat kita.
Beliau bernama Mejar Patricia Yapp Syau Yin, berasal daripada Sandakan. Memang ada ramai pilot wanita TUDM yang tak kurang hebatnya, tapi sebab Mejar Patricia salah seorang yang menerbangkan pesawat tempur negara MIG-29.
Beliau berpengalaman selama 20 tahun dalam TUDM, dan tahun ini berusia 41 tahun.
Kata-kata Motivasi Mejar Patricia
Mejar Patricia pernah menitipkan 4 tip kejayaan buat kata-kata motivasi buat kita.
1. Disiplin
Disiplin membantu anda kekal fokus untuk mencapai matlamat anda, memberikan anda semangat untuk meneruskan tugas yang sukar dan membolehkan anda mengatasi halangan dan ketidakselesaan sambil anda mendorong diri anda ke tahap yang lebih tinggi.
2. Bekerja Dalam Kumpulan
Apabila anda bekerja sendiri anda memang mudah kerana tidak perlu menunggu sesiapa atau memerlukan kelulusan sesiapa untuk menyelesaikan sesuatu, justeru anda boleh bekerja dengan pantas.
Tetapi persoalannya ialah sejauh mana anda boleh meneruskan kehidupan dengan bekerja sendiri? Dengan kerja berpasukan, anda mempunyai orang lain untuk bersama-sama anda, untuk mengangkat anda apabila anda jatuh, untuk menggalakkan anda apabila anda berputus asa, dan untuk membawa anda apabila anda letih.
Bisnes Shaklee ni pun salah satu contoh bekerja dalam kumpulan.
3. Kepimpinan
Seorang ketua dan seorang pemimpin sangat berbeza kan. Kepimpinan adalah penting kerana ia memberi inspirasi, memotivasi, dan menjadi contoh kepada orang ramai untuk mencapai perubahan positif di dunia. Pemimpin mewujudkan visi, menyediakan pelan tindakan, dan membina hubungan yang kukuh dengan pengikut mereka.
Nilai kepimpinan ni penting dalam mana-mana pun kita berada, dalam bisnes MLM macam Shaklee pun sama pentingnya.
4. Keazaman Yang Tinggi
Keazaman atau determination kena kuat. Kejayaan adalah hasil daripada keazaman dan penumpuan utama sambil bergerak ke hadapan dalam jalan kerja.
Bila kita berazam untuk berjaya, tak kira apakah bentuk ujian yang kita lalui, tentu kita hadap dengan teguh pendirian malahan berupaya menambah baik diri kita.
Kesimpulan
Dalam dunia kita, memang ada ramai orang yang akan memberikan kita kata-kata motivasi. Kata-kata motivasi macam ni akan bantu kita menambah semangat serta membantu ubah perspektif diri kita.
After all kita yang kena berubah, jadi kita yang kena Ambik tindakan.
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Dengan menyertai team bisnes Shaklee saya,
Register sini
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak
PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
												

