Kelmarin group Shaklee kami rancang nak buat trip ke Istanbul. Oh dah terbayang di mata ni seni bina Islam zaman dahulu disamping cuaca yang dingin dan pemandangan yang menarik. Jom cuci mata..
Kosnya dalam RM5k seorang. Ahli keluarga saya ada 5 orang sekarang ni. Jadi minima kena menabung RM25k. Sempatkah nak menabung ni? RM3k sebulan ni untuk cukupkan tabung ayam by Disember 2015. Mudah-mudahan bisnes Shaklee saya menguntungkan sangat2 bulan ni.
Selain tu bab-bab travel ni ada 2 lagi impian saya.
Tiket percuma mengerjakan Umrah dan Ziarah 2016 anjuran Shaklee
Ha ni saya memang aim sangat. Sebab saya nak hadiahkan tiket ni kepada ibu bapa saya atau mertua saya. Saya takkan ambil tiket pertama ni, saya nak hadiahkan buat mereka dulu. Sebab apa? Mereka keramat hidup saya dan suami.
Perlukan point untuk layakkan diri dapat tiket ni.
Travel New Zealand mengejar biri-biri!
Trip ni sebenarnya saya mengenangkan anak-anak saya sukakan haiwan. Jadi mesti diorg akan sukakan trip ni. Maklumlah biri-biri dia lebih ramai daripada rakyatnya sendiri!
Jadi saya dah bajet jugak ni around RM30k untuk kami semua ke sana. Hmm.. takpe, kenalah struggle dengan Shaklee ni supaya bonus pun masyuk sangat. Amiin
Jom tolong aminkan doa saya, bubuh kat komen ya.
“Ya Allah, Kau kabulkanlah impian Raihanah nak bawa ibubapanya umrah dengan tiket percuma Shaklee tahun 2016, juga Kau kabulkanlah impiannya untuk beliau bawa keluarganya bercuti ke New Zealand atau Istanbul. Murahkan rezekinya dengan Shaklee dan naik rank cepat. Amin ya rabbal alamin.”








Istanbul dah masuk dalam wish list saya. Kalau bawa family , travel cara pakej lebih mudah di urus sebab ramai. Kalau travel sendiri saya prefer redah saja. Tersesat perkara biasa tapi sewaktu sesat banyak perkara lucu berlaku yang tak dapat di rasai jika dengan pakej. Travel buat saya rasa ‘ hidup ‘ 😉
Rahimah recently posted…3 Hari 2 Malam Di MPS Holland Boat House Di Oosterdok, Amsterdam . Sempit Tapi Best !
itulah memang best travel ni, dah lama saya tak travel sbb saya pun tak reti nak menabung untuk tujuan ni. Tahun ni mesti capai impian saya. InsyaAllah