Salah satu target saya untuk tahun 2024 ialah nak pergi menunaikan haji.
Target ni sebenarnya sejak tahun 2021. Kuat sangat keinginan nak pergi haji bermula tahun 2020. Jadi pasang impian nak pergi haji tahun 2021. Tak dapat
- Tahun 2022 pun masih juga saya pasang impian. Buat rayuan juga masa ni. Pun tak dapat
- Tahun 2023 tu Tabung Haji ada ubah sikit skim pakej haji. Saya tak merayu. Tak dapat juga
- Tahun 2024 ni masih juga pasang impian. Moga tahun ni dapatlah.
Saya tengok pagi ni beberapa skim pembiayaan untuk orang percepatkan pergi haji. Saya ada cakap perkara ni dengan suami baru-baru ni, sebab ada tengok Bank Rakyat ada offer pembiayaan yang rendah sahaja. Isk teringin nak buat. Tapi suami masih tengah fikir.
Hukum Buat Haji Dengan Menggunakan Pinjaman
Saya teruskan kajian, kali ni baca sharing dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Merujuk kepada persoalan di atas, hukum melaksanakan ibadah haji melalui pembiayaan atau pinjaman institusi kewangan adalah dibolehkan dan diharuskan. Namun begitu, pelaksanaan ibadah haji dengan cara ini mestilah mematuhi beberapa syarat atau dhawabit yang telah ditetapkan sepertimana berikut:
Pertama: Pinjaman kewangan yang dilakukan itu tidak mempunyai unsur-unsur riba. Ini kerana hukum riba telah jelas dinyatakan haram di dalam al-Quran.
Kedua: Mempunyai pendapatan yang melebihi sara diri serta orang yang di dalam tanggungannya untuk melunaskan hutang dan perbelanjaan dalam mengerjakan ibadah haji. Justeru, barangsiapa yang tidak mempunyai lebihan wang daripada pendapatannya atau pendapatannya hanya cukup-cukup untuk kehidupan sehariannya maka kewajipan untuk melaksanakan ibadah haji tergugur daripadanya sekalipun dia mengambil pinjaman daripada institusi kewangan.
Ketiga: Pinjaman yang dilakukan itu dibuat di atas dasar menyegerakan perintah Allah SWT di dalam melaksanakan rukun Islam semata-mata.
Moga Tercapai Impian
Memang kalau boleh dapat buat haji tanpa pinjaman pun, moga Allah tunaikan. Mana tau dapatkan.
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Dengan menyertai team bisnes saya,
Register sini
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak
PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


