Call nowWhatsapp

Rumah saya memang dah 80% progress. Tiles tengah pasang. Nampak area dapur pun dah siap. Jadi minggu lalu saya buat operasi beli lampu. Saya banyak juga google dan Tanya orang-orang yang pernah buat rumah seperti abang saya. Kebanyakan mereka suggest pegi House of Lightings di Puchong.

Maka minggu lalu saya amik cuti sehari untuk cari lampu. Antara yang saya beli:

  1. Lampu downlight 6in
  2. Lampu pagar
  3. Lampu emergency
  4. Lampu luar dapur
  5. Lampu tangga
  6. Lampu spotlight
  7. Kipas 3 blade (saya pernah baca review, 3 blade lebih sejuk berbanding 4 atau 5 blade)
  8. Kipas 4 blade (untuk hall)
  9. Kipas dinding untuk dapur
Lampu murah dan cantik

Lampu gantung – sangat pening nak pilih. Yang bawah tu lampu pagar

Lampu downlight

Lampu downlight

Lagi lampu downlight

Lagi lampu downlight

Lampu gantung

Lampu gantung lagi

Lampu downlight - sangat banyak

Lampu downlight – sangat banyak

 

Total semua habis RM2600. Banyak sebenarnya habis kat kipas, sebab lampu ni murah je sebenarnya. Bila dah sekali dengan bulb dia bagi diskaun lagi.

Ada akak tu beli lampu bulat besar untuk hal. Cantik weh. Kalau kat luar katanya dalam RM900. Tapi kat kedai ni boleh dapat RM250 sahaja. Serious memang lawa lampu tu.

Tapi bagi yang dekat area Gombak, anda boleh ke kedai lampu kat jalan Kuching, near to Bank Rakyat, Tesco dan Whitehouse Coffee. Tepi highway tu je. Sebab dia tengah sale. Kami beli 6 pcs lampu downlight (sebab kes tak cukup lampu), baru RM75, siap dengan mentol Philips.

Ok tu je saya nak share kali ni. Selamat memburu lampu.

Mamahakim

 

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)