Dalam berdiet, katakan dalam 7 hari, hanya 6 hari diet kita kena ketat dari segi pemakanan. 1 hari lagi tu dibenarkan untuk kita makan serba sedikit makanan kegemaran kita. Ini dipanggil sebagai cheat day.
Sempena cheat day saya semalam iaitu Sabtu, ditambah pula dengan permintaan anak-anak, saya buatkan kek coklat moist yang paling simple, mudah dan menjadi. Sapa2 pun boleh buat kek ni menjadi, hatta yang takde skill langsung in baking pun mesti boleh.
Kalau tak menjadi jugak, datang tempah dengan saya ok.. huhu gurau aje.
Resepi Kek Coklat Moist
Bahan A (1 cawan semua, gunakan cawan yang sama)
- Minyak sayuran
- Susu pekat
- Susu cair
- Serbuk coklat (any brand ikut kegemaran anda)
- Gula halus
Bahan B (dicampur bersama dan ditapis)
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh sodium bicarbonate
Bahan C
- Telur 4 biji
Cara Menyediakan
Campur Bahan A dalam periuk dan masak atas api perlahan. Tujuannya untuk cairkan gula dan ratakan adunan. Bahan B ditapis dan dicampurkan ke dalam Bahan A sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan dengan rata. Akhir sekali masukkan telur sebiji demi sebiji.
Masukkan adunan dalam bekas dan distim selama 30 minit atau sehingga kek masak.
Sejukkan dan bolehlah dihias mengikut kegemaran masing-masing.
biasanya saya tak hias pun sbb kalau hias kek ni jadi manis lagi. saya juga suka sediakan dan makan panas-panas. memang sedap dan habis sekelip mata je.
Disebabkan kita diet, jangan lupa ambil Lecithin untuk bakar lemak dan phytocol-st utuk blok kolestrol semua.
Selamat mencuba
Raihanah
Tel: 0122195919
COD gombak




wah mudah banget resepi dan cara membuatnya, tapi rasanya lebih ramai yang bersetuju untuk terus mengodernya 🙂
onlajer recently posted…Revolusi GST, Pihak Kerajaan Perlu Sebutharga Baru,Peluang Anda Cucuk Jarum.
boleh buat sendiri tu, senang je. 🙂
Sudah 2 kali buat kek chocolate moist sempena hari lahir anak. Nak cun tabur sugar rice yang ada bentuk bintang untuk deko tambahan.
akubiomed recently posted…Kerna Tatami hatiku terpaut
haa hari tu buat juga time birthday saya. tp bila deko2 jd manis pulak
alamak bestnya…. resepi sihat dan mudah
Annisa Biz recently posted…Set Bersalin SUTRA pilihan bijak
jangan lupa cuba ok 🙂