Sejak 2 menjak ini macam suka pula shopping dengan lazada. Macam-macam ada. Semalam saya teringat saya belum belikan beg sekolah KAFA untuk Hakim. Jadi saya terus terjah lazada.com.my sebab sebelum ini pernah window shopping dan nampak beg yang diminati agak murah juga.
Jom terjah cara membeli belah di Lazada
Cara Membeli Belah di Lazada
Langkah 1: Masuk website lazada di lazada.com.my.
Anda akan dapati skrin seperti di bawah. Jika anda sememangnya pernah mendaftar dengan lazada, bolehlah klik Login di kotak merah yang saya highlight. Jika anda pertama kali membeli dengan lazada, boleh Signup dahulu.

Langkah 2: Carian
Mana-mana barangan yang mempunyai sale yang banyak, biasanya lazada akan letakkan pada highlights seperti dalam skrin di bawah. Atau pun anda boleh klik pada kategori di sebelah kiri. Pilihlah kategori yang anda inginkan.

Atau anda boleh tuliskan apakah yang anda inginkan dan klik Search.

Langkah 3: Pilih item
Semalam saya pilih beg sama seperti dalam skrin ini. Karrimor Metro 30L Backpack. Saya dapati brand Karrimor ini tahan lasak dan selesa jadi saya pilih jenama ini. Hakim ada sebuah lagi beg yang sama beliau gunakan untuk ke sekolah kebangsaan.
Saya lihat banyak beg sekolah walaupun di Giant harga pun rm60 ke atas, jadi bagi saya memang berbaloi kalau ambil jenama Karrimor yang berharga RM86 harga selepas promosi. Kalau perasan, barangan ini dijual oleh sports direct melalui lazada.
Saya ada highlight tambahan promosi sebanyak 5% jika pengguna kad kredit HSBC. Promosi tambahan ini berbeza setiap hari. Macam semalam saya berjaya membuat pembelian dengan tambahan 12% bagi pengguna kad kredit RHB. Mujur juga saya beli semalam, saya hanya bayar RM86 sahaja untuk beg Karrimor.
Jika anda sudah pasti dengan pilihan anda, klik Add To Cart.

Langkah 4: Checkout
Pop up skrin seperti di bawah akan keluar sebaik sahaja anda klik Add to Cart. Sekiranya anda ingin membeli belah lagi, boleh klik Continue Shopping. Sekiranya anda tidak lagi mahu membeli, boleh klik Checkout.

Langkah 5: Maklumat Penghantaran
Isikan maklumat penghantaran anda. Kalau anda ada alamat baru, boleh Add Another Address. Kalau tidak, hanya pilih alamat penghantaran anda dan terus klik Continue.
Perhatikan penghantaran adalah percuma.

Langkah 6: Pembayaran
Isikan makluma pembayaran anda. Pilih cara membuat pembayaran, mudahnya pakai kad kredit yang ada promosi tambahan tadi. Kalau HSBC ada tambahan promo bolehlah gunakan kad HSBC.
Siap mengisi maklumat pembayaran, boleh klik Place Your Order.

Selesai membuat pembayaran, lazada akan menghantar emel kepada anda memaklumkan berkenaan pembelian yang anda telah buat.
Saya buat pembayaran semalam jam 9.30 malam, dan saya lihat pagi ini barang saya telah pun diposkan.

Mudahkan. Apalagi bolehlah beli belah di lazada.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Tak pernah lagi shopping dengan lazada..sekarang pakai hujung hari je nak beli..
saya pun suka shopping online. hihih
wah..bestnya ada panduan yang lengkap untuk membeli secara online di Lazada
Hero Borneo recently posted…Anak Blogger Dapat Tawaran Tingkatan 1 MRSM 2016
boleh shopping dah HB
kena pandai pilih barang mana yg nak beli. kan terpilih barang yang dorg kena ambik dekat wareshouse china, nak seminggu dua juga barang sampai.. tapi kalau brg tu ada dengan mereka, kejap je sampai,
semak saman recently posted…Semak Saman Trafik PDRM dan JPJ Online
oo patutla ada yang report berhari-hari baru sampai