Cara Kerja Lebih Daripada Satu

By | 29 December 2015
Idea untuk peluang bisnes

Semalam kecoh dalam FB berkenaan pernyataan bijak seorang Menteri, YB Ahmad Maslan. Kata beliau

Buat 2 kerja untuk tampung kos sara hidup

Menurut beliau rakyat yang melakukan 2 pekerjaan pada satu masa tidak dianggap perkara luar biasa dan kerajaan menggalakkan usaha tersebut sebagai cara menangani peningkatan kos sara hidup.

YB Ahmad Maslan menyarankan rakyat membuat lebih daripada 1 pekerjaan

YB Ahmad Maslan menyarankan rakyat membuat lebih daripada 1 pekerjaan

Respon Rakyat

Respon rakyat saya lihat bercampur-campur. Ada yang mengejek beliau disebabkan merasa pernyataan itu seolah-olah tidak masuk akal. Seumpama orang susah yang disuruh lebih susah lagi. Sudah jatuh ditimpa tangga, terkena taik pulak. Begitulah bidalannya.

Bekerja Lebih Daripada Satu

Saya pula berpendapat ini adalah satu peluang. Puluhan tahun kita dilarang untuk bekerja lebih daripada satu selama ini. Terutama jika sudah bekerja di sektor awam atau swasta, bekerja lebih daripada satu boleh dikenakan amaran.

Apabila seorang timbalan menteri mencadangkan perkara ini, saya fikir ini adalah satu rahmat yang seharusnya diambil peluang oleh rakyat, ya terutama dalam musim ekonomi tidak menentu sekarang.

Peluang baik untuk diambil, anda bagaimana?

Peluang baik untuk diambil, anda bagaimana?

Tolak tepi dulu peranan kerajaan dalam perihal mengawal harga barang, harga minyak, kos sara hidup, dan cukai yang meletup-letup sekarang. Itu kita sembang lain kali. Saya cuma ingin fokus tentang peluang bekerja lebih daripada satu ini.

Telah Lama Melaksanakan Bekerja Lebih Daripada Satu

Saya sendiri telah lama melaksanakan bekerja lebih daripada satu. Syarikat saya tahu saya buat sambilan Shaklee itupun tidak pernah melarang disebabkan saya sendiri memastikan kewajipan kepada syarikat didahulukan dan diberi keutamaan.

Dalam facebook saya sendiri ramai bos saya, mereka nampak saya posting jualan Shaklee. Tetapi tidak pernah mengambil tindakan di atas sebab tugas di syarikat tidak pernah saya abaikan, alhamdulillah. Semua kerja siap pada masa yang diperlukan atau lebih awal.

Selain jualan Shaklee, saya turut membuat perkhidmatan facial dan spa bergerak dan bekam klinikal (marketing sahaja) dan sebagai blogger.

Tanggungjawab di rumah tidak usah kira la kan, sebagai isteri dan ibu memang macam-macam kena buat. Saya percaya bukan saya seorang, tetapi ramai lagi telah mengamalkan bekerja lebih daripada satu.

Dahulu kecoh kakitangan awam bekerja sebagai pemandu teksi selepas bekerja sehingga mereka diberikan amaran. Jadi sebenarnya ramai rakyat telah mengamalkan bekerja lebih daripada satu. Dengan perkembangan ini saya kira peluang terbaik untuk rakyat mencari peluang yang boleh dimanfaatkan untuk kehidupan mereka.

Peluang baik yang tidak harus anda lepaskan

Peluang baik yang tidak harus anda lepaskan

Cara Bekerja Lebih Daripada Satu

Seboleh-bolehnya carilah kerja yang sesuai dan anda sukai. Banyak peluang jika anda beri peluang kepada diri anda untuk memajukan diri sendiri. Di antara kerja-kerja yang saya fikirkan sesuai adalah:

Freelance

Contoh freelance boleh dibuat adalah sebagai penterjemah, pereka grafik, dan macam-macam lagi. Antara laman web yang anda boleh rujuk adalah fiverr.com, freelancer.com, upwork.com antaranya.

Bisnes Online

Bisnes online tidak memerlukan modal yang besar. Anda tidak perlukan pekerja, premis fizikal dan lain-lain. Banyak bisnes online anda boleh ceburi contohnya

  1. dropship
  2. MLM seperti shaklee (hubungi saya jika hendak bisnes shaklee)
  3. blogger (jangan tidak percaya, blogger pun boleh buat duit banyak)

Itu contohnya, online ini tidak terbatas, banyak lagi kalau kita mula explore.

Bisnes Kemahiran

Jika anda berminat dengan kemahiran, pun boleh, antara yang saya terfikir adalah:

  1. Bekam – kami boleh ajarkan anda dengan modal yang minima
  2. Facial dan spa – hubungi kami untuk menjadi agen kami dengan modal sangat minima (bawah RM1000).
  3. Urusan rumah – jika anda telah punyai kemahiran berkenaan paip, elektrik dan lain-lain apa salahnya anda ambil upah membaiki. Lumayan juga tau.
  4. Bakeri – jika anda minat membuat kek, roti dan lain-lain, boleh mulakan bisnes ini. Gunakan medium online untuk mengetengahkan idea anda, atau boleh buat marketing offline seperti banner dan bunting.
  5. Mengajar – kalau anda biasa mengajar, boleh buat kelas tuisyen, mengaji, mengajar orang dewasa pun boleh.

Itulah serba sedikit yang saya boleh fikirkan. Jika anda berminat menyertai tim saya untuk apa-apa tujuan di bawah:

  • Jualan produk Shaklee
  • Facial dan spa bergerak
  • Bekam klinikal

Bolehlah hubungi saya segera untuk saya bantu anda juga.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

75 thoughts on “Cara Kerja Lebih Daripada Satu

  1. aryan azra

    betul tu, dalam ekonomi sekarang, kita perlu berusaha untuk mencari income yang lain, pandang saja dari sudut positif

    Reply
  2. ztieshr

    memang dah pernah buat lebih dari 2 kerja before ni. cuma sekarang ada terbatas sikit sebab ada masalah. Tapi statement tu macam tak kena jer lah. Itupun mungkin sebab lain orang lain interpretation kan.. Keje akak byk sungguh tu.. Rajin akak ni

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      memang statement tu buat orang marah, cuma posting ini saya fokus kpd positifnya

      Reply
  3. paridahishak

    untuk menambah pendapatan ramai yg tlh buat lbh dari satu kerja sejak lama lagi…kalau asyik bergoyang kaki saja sedang diri tersepit macamana nk lepaskan diri drpd kesempitan.

    Reply
  4. Puan kutu

    betul tu setuju sgt kena grab segala peluang yg ada..

    takde masalah nak buat dua kerja yg satu basic yg lg satu tu sampingan..ni klu dua tiga kerja dua2 yg basic perlu kerah tenaga mati la bila masa nak rehat..tak semua org mampu..yg dinyatakan yb tu pegang 3 jawatan..bukan buat 3 kerja..so sila guna otak klu nk bercakap..haa marah..marah..hahahaha
    Puan kutu recently posted…The Carnival Waterpark Sungai PetaniMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul, setakat menteri kerahan tenaga apa sangat kan

      Reply
  5. zool

    walaupun tak gemar komen dari timbalan menteri tu tapi kena terima juga memang kena juga kerja lebih dari satu

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      itulah, tapi eloknya kerja ringan macam online atau baking tu. janganlah kerja berat juga

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kan, nak lagi dia menteri apa sangat dia buat. hihih

      Reply
  6. siti hazreen

    memang viral betul citer 2 kerja nih…tergelak-gelak saya baca ulasan orang ramai tentang hal nih…ekonomi semakin mendesak sekarang ni

    Reply
  7. Hafizin Jamil

    Ahmad Maslan banyak tak boleh pakai statement dia. Tengok isu topup hari tu. Berpusing habis,. Ni kalau penjawat awam semua buat 2 kerja, nanti ada pula menteri yang salahkan kerja part time kalau ada prestasi merosot.

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      tapi katanya semalam yg i baca, dia kata dia maksudkan kerja online. wallahualam

      Reply
  8. Elias Abllah

    Ramai je yang buat satu kerja pun tak boleh perform. Isu sebenar bukan 2 atau 3 kerja yang menjejas preatasi tapi silap sendiri

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kena ukur baju di badan sendiri, kalau rasa tak boleh perform, hanya fokus kepada 1 kerja sahaja

      Reply
  9. cara master

    bisnis sampingan yang menggiurkan saat ini adalah bisnis yang berhubungan dengan internet seperti google adsense dll

    Reply
  10. Luthfiyatun nisa

    Betul itu…kerja lebih dari satu itu memang penting selain menambahkan penghasilan, kerja lebih dari satu juga menghindarkan kita dari membuanng waktu yang tidak bermanfaat…..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge