Baru-baru ni ada terbaca di fb Kementerian Kesihatan malaysia berkenaan cuaca panas melampau akan dihadapi rakyat negara ini sehingga April 2015 nanti. Wah lama tu! Saya risaulah juga sebab kita ada anak-anak kecik kan.
Kalau cuaca panas melampau atau ektreme ni boleh menyebabkan kesan kepada fizikal dan kesihatan manusia seperti strok haba. Selain tu mungkin juga menjejaskan ekosistem dari segi bekalan air, pengeluaran sumber makanan terutama sayur-sayuran dan buah-buahan. Nampak banyakkan kesannya?
Keratan akhbar di bawah adalah daripada KKM:
Bahaya Strok Haba
Strok haba berlaku bilamana suhu badan meningkat kepada 40.5 darjah celsius. Kalau perasan dalam banyak dokumentari, strok haba boleh berlaku bila cuaca sangat panas. Negara yang ada 4 musim misalnya ramai juga kena strok haba ni time musim panas. Cuaca panas kita di Malaysia kebiasaannnya sehingga 38 darjah gitu je. Itupun kita kena dah berjaga-jaga terutama bagi yang terpaksa kerja di luar.
Punca strok haba ni antaranya adalah:
- Kurang minum air (dehidrasi)
- Pendedahan kepada cuaca panas dalam jangka masa lama, contohnya pekerja kontraktor bangunan dll
Tanda-tanda anda dapat strok haba:
- Sakit kepala (berdenyut)
- Mual
- Kurang berpeluh (walaupun dalam suhu panas)
- Denyutan nadi pantas
- Otot lemah / kejang
- Muntah
- Kulit kering / kemerahan
- Sawan
- Pitam
Kalau ada tanda-tanda awal tu cepat-cepatlah rujuk kepada doktor.
Cara Hadapi Musim Panas dan Elakkan Strok Haba
Dalam artikel KKM ada sertakan tips berikut:
- Banyakkan minum air tanpa mengira tahap aktiviti kita
- Minum minuman isotonik kerana minuman ini boleh mengantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh
- Lebihkan masa berada di dalam rumah atau bangunan
- Hadkan aktiviti luar anda. Jika perlu keluar, disarankan tidak keluar pada waktu cahasa matahari terik (pukul 11 pagi hingga 3 pm). Bagi ibubapa bayi baru lahir yang mengalami jaundis, jika mahu mendapatkan pancaran matahari untuk mengurangkan jaundis – disarankan untuk melakukannya sebelum pukul 10 pagi dan menyusukan bayi lebih banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
- Mandi atau buka kipas angin atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan
- Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
- Sewajarnya pakai pakaian yang dibuat daripada 100% kain kapas
- Pakai topi atau payung untuk mengelak daripada pancaran haba terus ke badan kita.
- Pakai losyen pelindung suria (sun screen) yang melindungi kulit dari pancaran cahaya UVA dan UVB (seeloknya lebih dari SPF 30 ke atas)
- Kurangkan minum minuman yang berkafein, alkohol atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
- Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin udara. Jangan tinggalkan warga tua atau kanak-kanak didalam kenderaan bawah terik matahari walaupun sebentar.
- Jika mahu bersenam, disarankan untuk bersenam di kawasan redup atau dalam bangunan. Atlit yang bersukan dalam cuaca panas perlu memastikan mereka minum lebih daripada kebiasaan
- Bagi kaum ibu yang mempunyai bayi dan kanak-kanak kecil, disarankan memantau anak-anak supaya tidak bermain di bawah panas terik, tidak memakaikan pakaian berlapis-lapis atau membendung bayi dengan kain tebal
Jadi untuk hadapi musim panas ni saya dah siap-siap simpan stok air, di samping tu simpan stok Performance Drink. Performance drink merupakan minuman isotonik tanpa gula dan perasa tiruan. Gas memang takdak! Sedap pulak tu. Hari-hari memang minum ni, selamat juga untuk kanak-kanak.
Jom hadapi cuaca panas ni dengan selamat dan sihat insyaAllah untuk semua.
JAMINAN KAMI
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
- Selamat
- Semulajadi
- Berkesan
- Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
- Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
MENGAPA SAYA?
Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.
PENGHANTARAN
Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Gombak, Kuala Lumpur dan Subang Jaya (USJ). Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, GDex, Nationwide Express atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.
PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.
SAYA NAK PERFORMANCE DRINK!
Untuk mendapatkannya, anda boleh hubungi saya:
SMS / Watsapp :0122195919
SID: 864679






Terima kasih berkongsi tips yang menarik. Minum air banyak tu yang pentingkan.
adarain recently posted…Fenomena Sungai Muar Berwarna Biru
banyakkan minum air atau minuman isotonik tanpa gula insyaAllah boleh membantu mengelakkan dehidrasi
Sekarang duduk dalam rumah pun dah terasa bahang panas..Memang kena minum air banyak-banyak
Bee Venom Malaysia recently posted…Testimoni Bee Venom Cream
memang terasa panasnya kan. saya berpantang ni pun tak pakai stokin!
anak-anak diminta banyakkan minum air kosong dari air manisnya…
banyakkan air kosong, atau minuman isotonik tanpa gula dan gas yan menyihatkan
selain diri kita, pastikan keluarga juga minum air yang secukupnya.
Dr Fattah recently posted…Nota Separa Perubatan Mengenai Senaman Yang Selamat
betul terutama anak2 kecil kita
minum air yg banyak memang tip penting kalau cuaca panas ni….
Manan Qayyim recently posted…Rumah Selangorku, Dibuka Untuk Jualan.
orang dewasa at least 3 liter. anak2 pun jngan lupa
Cuaca panas sekarang ini perlu pastikan minum air cukup dan kurang aktiviti diluar rumah.
akubiomed recently posted…Program Saringan Kesihatan Perkeso kenapa mengelak
betul tu, dah ada korban strok haba baru-baru ni melibatkan pelajar kan.
tips menarik . berhati-hati dengan cuaca panas sekarang ,
ramai yang tak sihat sekarang sebab cuaca tak menentu. ibu bapa kena alert selalu terutama yang ada anak2 kecil.