Call nowWhatsapp

Ramai mungkin masih belum percaya bahawa gula boleh membantu anda kurus lebih cepat. 5 tahun lalu masa saya merancang anak kedua, saya cuba kuruskan badan. Mula-mula saya elakkan nasi. Memang berat turun sikit tapi banyaknya masih maintain.

Saya google lagi, hasilnya saya ambil tindakan untuk kurangkan gula. 3 hari pertama memang sukar, tapi lama-lama saya sudah biasa minum air tanpa gula atau tidak lagi mengambil kuih, kek, aiskrim yang sarat dengan gula. Bila pengamalan ini berlaku, berat badan memang senang betul turun.

Bagaimana Gula Menyumbang Kepada Kegemukan

Gula menyebabkan kita ketagihan untuk makan.

Bila kita makan gula, ia akan menyebabkan insulin lebih banyak dihasilkan dalam badan kita. Kesannya, otak kita akan dirangsang untuk mencari makan bergula lagi dan lagi dan lagi.

Contohnya, kalau kita minum air manis. Perasan tak kita rasa macam tidak puas. Dah minum kita nak minum lagi. Dah habis gelas kedua, kita rasa macam nak minum lagi. Saya pernah ambil air sirap limau 4 gelas sebelum mula makan tengahari, at one time!

Contoh lain, kalau lepas bersenam kita ‘dimomokkan’ untuk ambil 100Plus. Sedangkan minuman ini bergula. Betul tak, kita boleh minum air ini dengan lebih banyak berbanding kalau kita minum air kosong. Sebab apa? Otak kita akan terangsang untuk mahu lagi dan lagi dan tidak rasa puas bila kita minum atau makan makanan bergula.

Nak bagi anda lagi senang faham, cuba makan kerepek yang kita beli di kedai. Untuk pengetahuan anda, kerepek itu ada gula dan MSG. Betulkan, kita makan dan tak boleh nak berhenti. Kita terasa macam nak makan sampai habis. Kalau tak habis, lagi tu lah kena makan. Bila dah habis baru rasa puas. Betul tak? Ha.. itulah penangan gula dalam makanan dan minuman.

Gula ditukarkan kepada glycogen

Bila kita makan makanan atau minuman bergula, ia akan ditukarkan dalam bentuk Glycogen dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, sumber tenaga dari badan kita akan diambil dari Glycogen dahulu. Selepas Glycogen dah habis, barulah dibakar lemak lemak dalam badan kita.

Jadi, bila kita ambil makanan atau minuman bergula, kandungan Glycogen dalam badan kita meningkat dan kesannya, kita bersenam banyak, tapi tak kurus kurus. Rupa rupanya, yang dibakar adalah lebihan Glycogen dalam badan. Bukannya lemak dari badan.

Sebab itulah, mengapa pakar diet cakap. Kalau hendak kurus, mesti jauhi gula.

Bagaimana Elakkan Gula Sedangkan Saya Craving Untuk Manis?

Kebanyakan orang macam inilah, lidah rasa nak makan manis-manis. Terutamanya ibu menyusu yang kerap rasa dahaga dan lapar. Jadi apa boleh buat kalau dalam keadaan begini?

Saya ambil ESP.

Sejak ambil ESP, saya sudah kurang banyaklah craving sweets ni. Saya ambil ESP jam 7 pagi, 10 pagi, 2 petang, dan sebelum tidur jam 10 malam. Kesannya mestilah cepat sahaja turun kilo itu.

Ini kerana ESP merupakan protein dan mengurangkan rasa lapar sebaliknya memberikan rasa kenyang lebih lama.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)