Khasiat B Complex Shaklee Dalam Set Bersalin Shaklee

By | 25 January 2014

OK hari ini saya ingin menulis tentang bagaimana B Complex boleh membantu ibu selepas bersalin. Bagi yang belum tahu, B Complex adalah salah satu vitamin asas dalam Set Bersalin Shaklee.

B Complex Shaklee mengandungi 120 biji untuk penggunaan 4 bulan



Vitamin B memainkan perana dalam kesihatan kita dari segi sistem penghadaman, menyerap nutrien dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapat faedah optimum.

Gejala kekurangan vitamin B:
1. Keletihan
2. Kebas
3. Kerengsaan usus
4. Gemuruh
5. Kemurungan
6. Paranoia
7. Lemah dan lesu
8. Stress

Daripada sumber semulajadi, vitamin B banyak terdapat dalam makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kekacang dan bijirin. Namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses dan juga sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak boleh menyebabkan nutrient tersebut hilang daripada makanan.


Sumber semulajadi B Complex



Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan lagi, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.

Apalkah kepentingan B complex terhadap tubuh kita?
1. Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut serta otot di dalam saluran usus gastro
2. Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti tekanan
3. Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu mencegah anemia
4. Membantu mengelakkan sawan, epilepsi dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
5. Membina rambut yang sihat dan mencegah uban
6. Membantu dalam merawat elergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif
7. Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual, kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi badan terhadap keracunan plumbum.

Keunikan B Complex Shaklee

B Complex mengandungi kesemua vitamin B seperti:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflavin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Asid folik
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Fakta Nutrisi Pada B Complex Shaklee



Perbandingan harga B Complex Shaklee dengan jenama lain boleh baca sini http://vitamincerdik.blogspot.com/2013/08/kenapa-pilih-shaklee-b-compleks.html

Khasiat B Complex Shaklee untuk ibu selepas bersalin
1. Memelihara sistem saraf dari tekanan dan stress
2. Mengandungi asid folik yang diperlukan untuk pembentukan sel dan tisu baru
3. Membantu pembentukan darah ibu, kerana ibu selepas bersalin telah kehilangan banyak darah semasa proses bersalin. 
4. Menukarkan kalori kepada tenaga untuk mengelakkan ibu menjadi gemuk
5. Membantu menenangkan ibu dan menstabilkan hormon
6. Mengelakkan daripada post partum depression atau meroyan
7. Memberi stamina dan tenaga untuk ibu berjaga malam menjaga bayi

Khasiat B Complex Dalam Set Bersalin Shaklee


Bau B Complex sangat meloyakan?
Ya benar, sebenarnya bau pada B Complex adalah petanda yang bagus. Ini kerana  B Complex Shaklee adalah B Complex yang lengkap. Bahan yang menyebabkan bau kurang menyenangkan ini ialah Thiamin, ia memberi bau kepada B Complex, termasuk bau air kencing kerana ia larut air dan disingkirkan melalui kencing.

Vitamin Shaklee memang berbau kerana ia tidak mengandungi perasa atau pewarna tiruan dan dihasilkan dari sumber semulajadi. Bagi mengurangkan bau B Complex Shaklee, anda boleh menyimpan vitamin ini di dalam peti sejuk.

B Complex boleh menyebabkan air kencing menjadi kuning atau kehijauan


Mengapa warna air kencing boleh menjadi sangat kuning?
Ini kerana salah satu vitamin B iaitu Riboflavin (B2). Badan kita menyingkirkan lebihan Riboflavin melalui air kencing, menyebabkan air kencing menjadi pekat dan sangat kuning. Jadi jangan pengsan bila melihat air kencing anda kuning, lepas kencing minum air dan bila pergi tandas lagi, mesti air kencing kembali jernih atau kurang kuningnya lagi.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge