Tadi semasa drive kereta ke pejabat, tiba-tiba terberangan pulak dah. Ala kan berangan itu percuma saja. Jadi ini saya hendak kongsikan angan-angan dan impian saya. Saya harap akan jadi kenyataan dalam 3 tahun ini.
Angan-angan saya untuk ada RM1 juta tunai dalam akaun saya. Bagaimana saya dapat itu, Allah insyAllah akan lorongkannya. Hahaha.
Bila ada RM1 juta, hendak buat apa pula? Di bawah ini lagu Altimet, dia hendak buat apa kalau dia kaya.
Kalau saya kaya pula bagaimana?
Bayar hutang rumah
Inilah benda pertama saya hendak buat. Setiap bulan adalah keluar dekat RM3000 untuk bayar hutang rumah sahaja sekarang ini. Mujurlah sebahagian besarnya dibayar oleh penyewa rumah. Jadi bila ada RM1 juta tunai, RM300 ribu saya ketepikan untuk hutang rumah.
Alhamdulillah rumah jadi milik saya sepenuhnya. Jadi saya ada pendapatan pasif setiap bulan hasil sewa rumah kira-kira RM2000 sebulan. Untungnya.
Bagi Bonus Kepada Ibubapa
Ini pun satu kepentingan kepada saya, bagilah bonus kepada ibu bapa. InsyaAllah rezeki lagi berkat. Bolehlah berikan mereka RM25 ribu seorang, jadi RM50 ribu untuk kedua-dua ibu bapa. Bolehlah mama abah buat belanja hendak travel ke, hendak beli handbag LV ke, hendak beli mesin urut ke dll.
Puas hati boleh belanja mama abah.
Bayar Takaful Diri Sendiri, Suami dan Anak-anak
Setiap bulan saya habis kira-kira RM600 juga untuk program kad perubatan diri sendiri dan anak-anak. Jadi bila ada tunai banyak-banyak ini, bolehlah saya bayar lump sump sampai matang. Kira-kira RM30 ribu setiap anak dan diri saya, jadi habis RM120 ribu untuk takaful sahaja.
Jadi bulan-bulan saya jimat RM600 dari program takaful.
Simpanan pendidikan anak-anak
Untuk pendidikan anak-anak buat masa ini saya simpan melalui
- Tabung Haji – dengan 7% pulangan setiap tahun, simpanan dengan duit raya anak-anak. Jadi masuk setahun sekali sahaja.
- Emas – pembelian emas setiap bulan untuk setiap anak
Jadi bila ada tunai ini, bolehlah simpanan pendidikan ini dibayar sekaligus. Peruntukkan RM50 ribu setiap anak (3 orang). Jumlah RM150 ribu.
Menunaikan Haji
Umur saya pun dekat 40an lagi beberapa tahun. Jadi sebelum berumur 40 tahun, bolehlah tunaikan haji. Lagipun rumah sudah ada, anak-anak pun boleh tinggal dah. Peruntukan RM100 ribu untuk menunaikan haji dengan pakej yang ada.
Melancong Seisi Keluarga
Saya suka melancong, tapi jarang betul dapat merealisasikan hobi yang satu ini. Jadi dah terlajak ada tunai banyak ini, bolehlah peruntukkan untuk melancong seisi keluarga. Lokasi yang saya ingin tujui adalah Kembara Europe. Peruntukan RM50 ribu.
Persediaan Pencen
Selebih duit yang ada RM230 ribu saya hendak gunakan untuk persediaan pencen. Mungkin boleh masuk
- Saham amanah
- Saham
- Pelaburan emas
Bestnya kalau jadi kenyataan… insyaAllah boleh. Semoga Allah permudahkan. Ini bagaimana hendak digunakan duit RM1juta kalau dapat selepuk.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
kalau aku kaya mungkin akan berlakunya pembaziran duit… takut juga . dah kena lantik penasihat ekonomi persendirian.. hehe
zik recently posted…Ulasan ringkas dan keputusan piala malaysia separuh akhir 2.12.2015
kena pandai manage
Seronokkan kalau boleh ada wang simpanan RM1 juta.. In Shaa Allah Sis, kalau kita berusaha dengan gigih dan sentiasa ingat padaNYA… apa yang kita impikan In Shaa Allah akan menjadi kenyataan..
anuar recently posted…HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia.. (Terbukti Berhasil!!)
thanks doakan
Semoga hajat akak untuk menjadi kaya akan termakbul..insha allah 🙂
Junaidy Jaimi recently posted…Baju Back Support : Penawar Sakit Tulang Belakang
amin.. huhuh
semoga impian akak tercapai… saya pun hajatkan benda yang sama.. perkara pertama ialah bayar segala hutang piutang.. kemudian untuk family dan akhir sekali diri sendiri
zizie recently posted…Makan Putu Mayam Stail Orang Perak
amiin, terima kasih doa. saya doakan zizie pun berjaya
kalau lah begini detail bukan angan-angan lagi..ia adalah perancangan yang hebat dan saya mendoakan impian tersebut menjadi kenyataan..
mrhanafi recently posted…Teknik Gratis Belajar Guna Youtube
thanks doakan, really need the doa 🙂
Ya.
semua orang mahu kaya.
tapi malas nak usaha.
titan recently posted…Asingkan SAMPAH dengan bijak. Baru BUANG dengan penuh hemah.
jom usaha
Org mcam VC yang rajin macam nie…terer plak tue…memang tak mustahil utk capai RM1JUTA tue… 🙂
InshaALLAH dipermudahkan jika kena dengan cara nya.
Namun jika Yang Maha Kuasa tidak mengizinkannya DISINI,
InshaALLAH itulah perancangan yang terbaik buat VC dan keluarga… 🙂
p/s: Tak takut ker pegang duit banyak2 nie… 😀
si bongkok recently posted…#Review Gel Amani – Sakit Lutut Lagi Kesian Pulak Kata Rehan Mat Din
thanks doakan, pegang duit tu bukan lama pun banyak tu. dah bayar hutang semua, tinggallah apa yg ada je.