Kalau Aku Kaya

By | 5 December 2015

Tadi semasa drive kereta ke pejabat, tiba-tiba terberangan pulak dah. Ala kan berangan itu percuma saja. Jadi ini saya hendak kongsikan angan-angan dan impian saya. Saya harap akan jadi kenyataan dalam 3 tahun ini.

Angan-angan saya untuk ada RM1 juta tunai dalam akaun saya. Bagaimana saya dapat itu, Allah insyAllah akan lorongkannya. Hahaha.

Bila ada RM1 juta, hendak buat apa pula? Di bawah ini lagu Altimet, dia hendak buat apa kalau dia kaya.

Kalau saya kaya pula bagaimana?

Bayar hutang rumah

Inilah benda pertama saya hendak buat. Setiap bulan adalah keluar dekat RM3000 untuk bayar hutang rumah sahaja sekarang ini. Mujurlah sebahagian besarnya dibayar oleh penyewa rumah. Jadi bila ada RM1 juta tunai, RM300 ribu saya ketepikan untuk hutang rumah.

Cepat bayar hutang rumah rasa lega sangat

Cepat bayar hutang rumah rasa lega sangat

Alhamdulillah rumah jadi milik saya sepenuhnya. Jadi saya ada pendapatan pasif setiap bulan hasil sewa rumah kira-kira RM2000 sebulan. Untungnya.

Bagi Bonus Kepada Ibubapa

Ini pun satu kepentingan kepada saya, bagilah bonus kepada ibu bapa. InsyaAllah rezeki lagi berkat. Bolehlah berikan mereka RM25 ribu seorang, jadi RM50 ribu untuk kedua-dua ibu bapa. Bolehlah mama abah buat belanja hendak travel ke, hendak beli handbag LV ke, hendak beli mesin urut ke dll.

Puas hati boleh belanja mama abah.

Berbakti kepada ibu bapa adalah kepuasan kepada diri kita

Berbakti kepada ibu bapa adalah kepuasan kepada diri kita

Bayar Takaful Diri Sendiri, Suami dan Anak-anak

Setiap bulan saya habis kira-kira RM600 juga untuk program kad perubatan diri sendiri dan anak-anak. Jadi bila ada tunai banyak-banyak ini, bolehlah saya bayar lump sump sampai matang. Kira-kira RM30 ribu setiap anak dan diri saya, jadi habis RM120 ribu untuk takaful sahaja.

Jadi bulan-bulan saya jimat RM600 dari program takaful.

Program takaful kesihatan untuk manfaat anak-anak dan keluarga

Program takaful kesihatan untuk manfaat anak-anak dan keluarga

Simpanan pendidikan anak-anak

Untuk pendidikan anak-anak buat masa ini saya simpan melalui

  • Tabung Haji – dengan 7% pulangan setiap tahun, simpanan dengan duit raya anak-anak. Jadi masuk setahun sekali sahaja.
  • Emas – pembelian emas setiap bulan untuk setiap anak

Jadi bila ada tunai ini, bolehlah simpanan pendidikan ini dibayar sekaligus. Peruntukkan RM50 ribu setiap anak (3 orang). Jumlah RM150 ribu.

Tabung pendidikan anak-anak

Tabung pendidikan anak-anak

Menunaikan Haji

Umur saya pun dekat 40an lagi beberapa tahun. Jadi sebelum berumur 40 tahun, bolehlah tunaikan haji. Lagipun rumah sudah ada, anak-anak pun boleh tinggal dah. Peruntukan RM100 ribu untuk menunaikan haji dengan pakej yang ada.

Menunaikan haji bila mampu

Menunaikan haji bila mampu

Melancong Seisi Keluarga

Saya suka melancong, tapi jarang betul dapat merealisasikan hobi yang satu ini. Jadi dah terlajak ada tunai banyak ini, bolehlah peruntukkan untuk melancong seisi keluarga. Lokasi yang saya ingin tujui adalah Kembara Europe. Peruntukan RM50 ribu.

Syoknya jika boleh kembara europe bersama ahli keluarga

Syoknya jika boleh kembara europe bersama ahli keluarga

Persediaan Pencen

Selebih duit yang ada RM230 ribu saya hendak gunakan untuk persediaan pencen. Mungkin boleh masuk

  • Saham amanah
  • Saham
  • Pelaburan emas
Tabung pencen sebanyak-banyaknya untuk pencen dengan tenang

Tabung pencen sebanyak-banyaknya untuk pencen dengan tenang

Bestnya kalau jadi kenyataan… insyaAllah boleh. Semoga Allah permudahkan. Ini bagaimana hendak digunakan duit RM1juta kalau dapat selepuk.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

14 thoughts on “Kalau Aku Kaya

    1. Raihanah Ahmad Post author

      amiin, terima kasih doa. saya doakan zizie pun berjaya

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      thanks doakan, pegang duit tu bukan lama pun banyak tu. dah bayar hutang semua, tinggallah apa yg ada je.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge